Pages - Menu

Pages - Menu

Faedah Kemudahan dan Keistimewaan Pendaftaran OKU

Faedah Kemudahan dan Keistimewaan Pendaftaran OKU

1.  Pengecualian Cukai Jalan.

Jabatan Pengangkutan telah menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan (road tax) bagi orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan tempatan mulai tahun 2004. 

Syarat-syarat;

 Kereta,van dan motosikal nasional sahaja

Berdaftar dengan JKM 

 Kenderaan didaftarkan di bawah nama pemohon

Memiliki lesen memandu yang sah

        Pengecualian di beri hanya pada sesebuah kenderaan dalam satu masa
2.  Kemudahan pengangkutan awam
  • Tambang konsesi
  • MAS 50% penerbangan domestik
  • KTM 50% bagi semua kelas
  • LRT, KL Monorail 50%
  • Rapid KL – tiada bayaran
  • Transnasional 50%
  • Kementerian Pengangkutan/ Syarikat Prasarana Negara
3.  Program Pendidikan Khas Kem. Pelajaran/Jab. Pendidikan Khas


4.  Program Pendidikan Integrasi Kementerian Pelajaran

5. Elaun RM50.00 sebulan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Kementerian Pelajaran

6.  Elaun RM300.00 sebulan kepada pelajar IPTA Kementerian Pengajian Tinggi

7.  Kod amalan akses bagi OKU:-
  • Bangunan baru wajib ada ram dan railings
  • Laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda
  • Lif khas dengan rekabentuk yang sesuai
  • Tempat letak kereta,tandas khas dan sebagainya
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Majlis Kerajaan Tempatan
8.  Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan.
  • Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU
  • Pelepasan cukai sebanyak RM 5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU yang berusia dibawah 18 tahun
  • Pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagi membeli alat-alat khas untuk kegunaan sendiri,anak atau ibubapa OKU.
  • Mulai 2005 pelepasan cukai diri ditambah dari RM 6000 kepada RM 8000 dan kepada pasangan OKU dari RM 3000 kepada RM 3500.
  • Kementerian Kewangan/ Lembaga Hasil


9.  Kadar sewa rumah yang rendah DBKL


10.  Potongan harga 20 % pembelian rumah Syarikat Perumahan Negara


11.  Pengecualian bayaran rawatan perubatan :
  • Bayaran wad kelas 3
  • Bayaran pakar
  • Bayaran ubat
  • Hanya hospital kerajaan
  • Kementerian Kesihatan
12.  Pengecualian Bayaran dokumen perjalanan
  • Pasport
  • Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri/Jabatan Imigresen

13.  Kemudahan peluang pekerjaan
  • Pekeliling petrkhidmatan Bil. 10/1988
  • 1% peluang pekerjaan sektor awam
  • Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online
  • Kementerian Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja

14.  Geran galakan perniagaan OKU
  • Telah berniaga
  • Usia 18 tahun keatas
  • Individu dan berkelompok
  • Geran berbentuk one-off
  • Kem. Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja

15.  Pengecualian duti impot alat ganti alat tiruan/sokongan
  • Kementerian kewangan

16.  Pengecualian 50% duti eksais kenderaan OKU
  • OKU Fizikal sahaja
  • Ada lesen memandu yang khas
  • Kereta nasional sahaja
  • Tidak boleh pindah milik atau jual selama 10 tahun kecuali dengan kebenaran kem.Kewangan
  • Sebuah kereta setiap 10 tahun
  • Kementerian Kewangan
17.  Pencen terbitan
  • Anak penjawat awam yang telah meninggal dunia
  • JPA – Bahagian Pencen

18.  Waktu berkerja anjal
  • Kemudahan kepada kakitangan awam untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak OKU
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
19.  Kemudahan Telekom
  • Bayaran sewa bulanan dikecualikan
  • Panggilan 103 operator tidak dikenakan caj
  • Panggilan menunggu atau pindahan secara percuma
  • 19 tahun keatas,atas nama sendiri
  • Bawah 18 tahun atas nama keluarga
  • Celcom-pengecualian bayaran sewa bulanan
  • Kem. Tenaga,Air dan Komunikasi/Telekom Malaysia
  •  20.50% potongan yuran pengajian Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
21.  Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat

22.  Elaun Pekerja Cacat Jabatan Kebajikan Masyarakat

23.  Geran Pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat

24.  Bantuan alat tiruan/sokongan

Info lanjut dan untuk download sila klik di sini.

2 comments:

  1. aslmualaikum sye oku fizikal...sye brumur 20 tahun....tinggal di port dickson...cume tangan kiri je lumpuh akibat kmalangan jalan rye...sye ingin berdikari dan mencari pendapatan.... apakah ada pekerjaan untuk sye??? dan sekiranya sye ingin melanjutkan pelajaran bagaimanakah perlu sye lakukan...sye bukan lah pelajar cemerlang... tapi sye ingin menyara hidup...harap di balas

    ReplyDelete
  2. asalammualaikum... sye oku fizikal brusia 20 tahun menetap di port dickson.. sya menjadi oku slepas terbabit dgn kemalangan jln raya..cuma tangan kiri sya yg lumpuh..sya ingin menyara hidup tetapi sya tidak tahu pekerjaan apakah yang boleh saya lakukan....adakah peluang pekerjaan bagi saya???? dan sekiranya saya ingin melanjut kan pelajaran apa yang perlu dilakukan.sya bukanlah pelajar cemerlang....sya tidak mahu membeban kan ibu sya lagi..kami bukan orang senang...sya ingin menyara hidup sya....harap di balas

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen