Pages - Menu

Pages - Menu

Mersing Laguna dibatalkan

Mersing Laguna dibatalkan

 

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar memeriksa perbarisan pada Majlis Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor, semalam. 

MERSING 8 Sept. - Projek mega, Mersing Laguna di sini yang dilancarkan April lalu dibatalkan berikutan kegagalan pihak pemaju mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda sendiri telah memantau kemajuan projek berkenaan dan pihak pemaju didapati gagal memenuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani 25 Februari lalu.


"Mengikut perjanjian, pihak pemaju hendaklah meningkatkan modal berbayar sebanyak RM200 juta namun sehingga ke hari ini, selepas tamat tempoh enam bulan, pemaju masih gagal untuk memenuhi syarat asas tersebut.

"Dengan kegagalan tersebut, maka projek ini dengan sendirinya adalah terbatal," titah baginda pada Majlis Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-47 di Kem Iskandar Mersing di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen