CHII MOU (kiri), Anis Nabilah (tengah) dan Ting Fong berkongsi kegembiraan selepas menerima keputusan STPM masing-masing di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR -
Kecacatan tidak menghalang pelajar orang kelainan upaya (OKU) mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) 2011.
Itulah yang
dibuktikan oleh tiga pelajar OKU, Anis Nabilah Wahab, Eric Su Chii Mou
dan Yeow Ting Fong yang masing-masing mengalami masalah kecacatan
penglihatan, rabun dan spastik.
Bagi Anis
Nabilah, 19, yang memperoleh 2A dan 2B, keyakinan terhadap keupayaan
diri untuk menggenggam kejayaan menjadi prinsip hidupnya walaupun
dilahirkan buta sejak lahir.
"Saya percaya
kejayaan pasti datang jika seseorang itu percaya pada kemampuan diri dan
yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk membantu jika usaha berterusan
dilakukan," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan STPM
2011 oleh Majlis Peperiksaan Malaysia di sini semalam.
Sementara itu, Ting Fong, 19, pula melahirkan rasa gembira kerana tidak menyangka memperoleh keputusan 4A.
- Sumber: Kosmo, Mac 2012
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen