Pages - Menu

Pages - Menu

Pendaftaran Mahasiswa Baru UTM Lancar

Pendaftaran Mahasiswa Baru UTM (Undergraduate) Sesi 2012/12013, 1 Sept. 2012, Sekitar Kolej-kolej Kediaman Mahasiswa UTM



Tahniah kepada pelajar yang berjaya terpilih menjadi mahasiswa dan mahasiswi UTM. UTM sendiri ada menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang UTM yang berkelayakan. 

Boleh baca entry ini, UTM Sasar Pendidikan Percuma, di sini.


 Mohd. Tajudin Ninggal (dua dari kiri) beramah mesra dengan mahasiswa baru ketika sesi pendaftaran pelajar baru di UTM Skudai, Johor Bahru, baru-baru ini.

Pendaftaran pelajar UTM lancar

Sumber; Utusan Johor

JOHOR BAHRU 4 Sept. - Proses pendaftaran penuntut baru sesi 2012/2013 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Ahad lalu berjalan lancar.

Proses pendaftaran pada sebelah pagi melibatkan empat buah kolej kediaman penuntut iaitu Kolej Perdana, Kolej Tun Fatimah, Kolej Tun Hussein Onn dan Kolej Tuanku Canselor.

Ia diikuti dengan pendaftaran di Kolej Rahman Putra, Kolej Tun Razak, Kolej Tun Dr. Ismail serta Kolej 9 dan 10 pada petangnya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni), Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin Ninggal berkata, UTM mengaplikasikan dua inovasi baru bagi memastikan proses pendaftaran kali ini berjalan lancar dan pantas.



"Menerusi kaedah tersebut, penuntut baru mendaftar terus di kolej kediaman masing-masing untuk mendapatkan kunci bilik dan ibu bapa boleh terus menghantar anak mereka ke asrama.

"Proses ini hanya mengambil masa lima minit bagi setiap penuntut. Selain memudahkan penuntut, kaedah ini tidak membebankan ibu bapa kerana mereka tidak perlu menunggu lama sehingga pendaftaran selesai," katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan meninjau proses pendaftaran tersebut dengan menunggang basikal dari kolej ke kolej.

Ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil dalam usaha mempromosikan gaya hidup sihat kepada mahasiswa baru.

Mohd. Tajudin memberitahu, bagi melancarkan proses pendaftaran, UTM menggunakan khidmat 160 petugas yang terdiri daripada penuntut senior yang diberi latihan sebelum pendaftaran bermula.

"Mereka terdiri daripada ahli jawatankuasa kolej mahasiswa dan ahli pelbagai persatuan yang dipilih berdasarkan prestasi yang ditunjukkan sepanjang tempoh pengajian mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen