Pages - Menu

Pages - Menu

Permohonan ke Insititut Teknikal Jepun Malaysia JMTI Januari 2013

Pengambilan Pelajar Baru JMTI Sesi Januari 2013

 
Permohonan ke Insititut Teknikal Jepun Malaysia 
JMTI Januari 2013 

Insititut Teknikal Jepun Malaysia JMTI

JMTI telah ditubuhkan dengan kerjasama teknikal antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Jepun.

Objektif penubuhannya adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan dan berpengetahuan dengan menyediakan latihan kemahiran di peringkat tinggi dalam bidang teknologi termaju sejajar dengan keperluan teknologi semasa dalam sektor perindustrian. Institut ini menawarkan program latihan di peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan dan Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan.

PROGRAM PENGAJIAN DI JMTI

(a) Diploma Teknologi Kejuruteraan
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
(b) Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan
  • Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  • Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer
  • Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
 Bagi pengambilan Januari 2013, berikut penerangannya:

Kursus yang ditawarkan:

J01 Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
J02 Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
J03 Diploma Teknologi Kejurteraan Elektronik
J04 Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

Syarat kemasukan ialah SPM dengan 5 kredit :

 BM, BI, Math/Math Tambahan, Sains/Fizik dan satu Matapelajaran Teknikal lain.
Umur : 17 hingga 35 tahun

Kursus yang ditawarkan:
J01A Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
J02A Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Komputer
J03A Sijil Asas Teknologi Kejurteraan Elektronik
J04A Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

Syarat kemasukan ialah Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2012 dengan 5 kredit :


 BM, BI, Math/Math Tambahan, Sains/Fizik dan satu Matapelajaran Teknikal lain.

Umur : 18 Tahun




Semua permohonan melalui laman web www.jtm.gov.my mulai 24 September 2012.




Tarikh tutup permohonan 24 Oktober 2012.


PERTANYAAN DAN KEMYUSKILAN:


Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan di talian 04-5087800 sambungan 2204/2995.

LOKASI:



INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
PLOT 59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK, 14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809

WEBSITE: http://www.jmti.gov.my

Jika anda dari selatan iaitu arah Ipoh/Kuala Lumpur anda boleh keluar menyusuri Tol Simpang Ampat/Bukit Tambun.

Sekiranya dari utara anda boleh keluar menyusuri laluan Juru/Bukit Mertajam atau Tol Bukit Tambun.

 Kemudahan Prasarana

Kemudahan Asrama


Asrama

JMTI mempunyai 3 blok asrama. 2 blok untuk pelajar lelaki dan 1 blok untuk pelajar perempuan.
Blok - blok asrama telah dinamakan dengan nama-nama bunga yang unik iaitu:

Blok Lelaki:
Asrama Kekwa
Asrama Bunga raya

Blok Perempuan:
Asrama Sakura


Setiap blok asrama mempunyai kemudahan seperti berikut:

1. Bilik televisyen
2. Bilik Menggosok ( setiap paras )
3. Bilik Dapur ( setiap paras )
Berikut adalah jadual jenis bilik, kapasiti dan kadar sewa di asrama

JMTI.
Jenis Bilik    Kapasiti    Kadar sewa

Bilik pelatih

1 bilik untuk 2 orang


594 orang

Lelaki : 396orang

Perempuan : 198


RM 10 / seorang

Bilik pegawai

1 bilik untuk 2 orang


Blok lelaki : 40 orang

Blok Perempuan : 20 orang
Kemudahan bilik :

Tandas
Seterika
Cerek air
RM 20 / seorang

Bilik Pensyarah

1 bilik untuk 1 orang


Blok lelaki : 3 orang

Blok perempuan : 6 orang
Kemudahan bilik :

Tandas
Seterika
Cerek air

RM 25 / seorang
Deposit kunci : RM 5.00

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa kemudahan asrama
JMTi, anda boleh berhubung dengan:

Penyelia asrama,

En. Hussaini Aras Bin Agus Salim

Tel :045087800 : Ext: 2506

SEJARAH JMTI

blue button JULAI 1994
Cadangan membina JMTI oleh (Unit Perancang Ekonomi)EPU Jabatan Perdana Menteri.

red APRIL 1994
Seramai empat orang dari Kumpulan "Japanese Basic Survey Team on JMTI Project" telah melawat ke Malaysia.

green OGOS 1994
Perdana Menteri Jepun melawat Malaysia. Salah satu daripada agendanya ialah untuk membincangkan tentang penubuhan JMTI.

blue button FEBRUARI1995
Dua orang pakar sumber manusia dari Jepun iaitu En. Shoji Shiga dan En. Hideyo Shimazu telah dihantar ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengkaji keperluan penubuhan JMTI.

red SEPTEMBER 1995
Lawatan ke Malaysia oleh "Japanese Preliminary Survey Mission Team" yang terdiri daripada sembilan anggota dan diketuai oleh En. Shioji.

green JUN 1996
Tujuh anggota daripada Japanese Specialist Survey Mission Team yang diketuai oleh En.Masaharu Tanaka telah melawat ke Malaysia untuk kali yang ke-dua.

blue button SEPTERMBER 1997
Japanese Implementation Study Team yang diketuai oleh En. Moriaki Nagae, melawat Malaysia. Lawatan itu disusuli dengan majlis menandatangani Record of Discussion (ROD) on Japanese Technical Coorperation on JMTI Project.

red JANUARI 1998
Kerjasama teknikal antara negara Jepun dan Malaysia telah bermula secara rasmi.

green JULAI 1998
Seramai 46 orang pelajar telah mendaftar di JMTI yang terdiri daripada pelatih ILP dan pelajar lepasan SPM/SPMV. Mereka telah mengikuti bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik (TKE) dan Teknologi Kejuruteraan Komputer (TKK).

blue button JANUARI 1999
Pendaftaran pelatih baru dalam bidang TKE dan TKK. Mereka terdiri daripada pelajar lepasan SPM/SPMV sahaja.

red JULAI 1999
Pendaftaran pelatih baru dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik (TKE), Teknologi Kejuruteraan Komputer (TKK), Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (TKM) dan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (TKP).

Technical Advisory Committee (TAC) ditubuhkan untuk mengkaji semula program-program Diploma Teknologi bagi memenuhi keperluan industri Malaysia.

green JANUARI 2000
Kakitangan JMTI berpindah ke Pulau Pinang. JMTI memulakan operasi di kampus tetap.

blue button SEPTEMBER 2001
Majlis Konvokesyen yang pertama diadakan di JMTI. Seramai 25 orang pelajar berjaya menerima Diploma Kemahiran Teknologi bersama Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer.


3 comments:

Terima Kasih sudi komen