Permohonan Kursus Sijil Pengajar Vokasional ( VTO)
Ambilan 2013 Kini Telah Dibuka
Pengambilan Pelajar Baru untuk Ambilan Januari & Mei 2013 bagi Kursus Sijil Pengajar Vokasional ( VTO) Kini Telah Dibuka
Untuk makluman permohonan pengambilan pelajar ini dibuka mulai 3 September 2012 (Isnin) hingga 2 Oktober 2012 (Selasa).
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan atau lebih dikenali sebagai Centre
for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) terletak di Shah Alam, Selangor.
CIAST telah mula beroperasi pada tahun 1983 dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Jepun dibawah Projek Pembangunan Sumber Manusia ASEAN dan dikawal selia oleh pakar-pakar teknikal dan pengurusan dari Jepun menerusi JICA sehingga tahun 199.
CIAST beroperasi sepenuhnya dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia bermula pada 1991 sehingga Mei 2007 sebelum dipindahkan pengurusannya di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di kementerian yang sama pada Jun 2007.

KURSUS VTO
SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO)
OBJEKTIF KURSUS :
Program latihan ini adalah bertujuan untuk
menghasilkan pengajar yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta
652 (NASDA) Standard 6 dan mempunyai kriteria sebagai PP/PPD iaitu :
“ Memiliki sekurang-kurangnya SKM di dalam bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang diiktiraf oleh JPK/MLVK “
RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :
- Menggunapakai NOSS Vocational Training Officer (I-031-3) sebagai garis panduan asas.
- Tempoh pelaksanaan kursus adalah selama 9 bulan merangkumi Methodology Vokasional selama 3 bulan di CIAST dan Latihan Internship selama 6 bulan di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.
- Graduan akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun
2. a) Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan Lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) ; dan
b) Mempunyai salah satu dari kelayakan berikut :
i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ; atau
ii. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ; atau
iii. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
PELUANG PEKERJAAN :
Graduan boleh memohon jawatan sebagai pengajar vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.
Sila klik pada iklan di bawah untuk paparan yang lebih jelas.
CARA MEMOHON:
Untuk memohon sila klik BORANG ONLINE DI SINI
Hubungi
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)Peti Surat 7012, Jalan Petani 19/1 |
Seksyen 19, 40900 Shah Alam |
Selangor Darul Ehsan |
Malaysia |
+603-55438200 | |
+603-55438398 |
Sambungan Unit Pengurusan Pembangunan Pengajar Baru
8226/ 8225/ 8227/8295
Maklumat Lanjut sila layari http://www.ciast.gov.my
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen