Pages - Menu

Pages - Menu

PERANAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH


PERANAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH


 

PERANAN perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah merancang aktiviti atau program bimbingan, mengadakan sesi kaunseling, menjalankan penafsiran dan penilaian, sebagai koordinator, kerjaya dan temuduga, kaunseling keluarga, khidmat nasihat kepada guru dan pentadbiran serta terlibat dalam penyelidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1993) telah menetapkan objektif am perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti berikut:

1. Memberikan khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi
semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang semua kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan fikiran pelajar.

2. Memberikan khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah
laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut,
menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku sosial yang lain.



3. Memberikan khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan meorientasikan semua pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu untuk menghadapi dan mengatasi masalah mereka.



     Menurut Suradi Salim (1996) kaunseling ialah satu perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan pelajar memperolehi kestailan intelek dan emosi yang dengannya dia boleh menyelesaikan masalah atau kemusykilan, membuat rancangan dan memperoleh kepuasan kendiri yang lebih tinggi .

     Kesedaran untuk melahirkan para pelajar berdisiplin merupakan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979), iaitu penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Usaha ini dilakukan salah satunya dengan cara meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

     Peranan dan tugas kaunselor dari persepsi pengetua, guru besar, guru-guru dan ibu bapa tidak lebih sebagai pembimbing kerjaya, perundingan, kaunseling, pengujian dan penilaian ,melaksanakan program kemahiran dan aktiviti pelajar. 
      Sehubungan ini didapati lebih 70-90 % menyokong penuh dan membantu tugas-tugas kaunselor di sekolah. Dengan itu kaunselor/pegawai psikologi sekolah kini berkhidmat sepenuh masa waktu pejabat; asalkan sesi kaunseling tidak dilakukan pada sesi pengajaran-pembelajaran. Bahkan tugas-tugas tersebut relevan dan bermakna kepada para pelajar dalam perkembangan diri mereka di sekolah.

     Amaluddin dan Norlina (2010) berpendapat kepentingan peranan kaunselor di sekolah sememangnya tidak dapat dinafikan. Antara tumpuan kaunselor sekolah adalah terhadap perkembangan individu dan pencegahan tingkah laku bermasalah. 
      Secara umumnya, terdapat tiga aspek utama yang boleh diberikan oleh kaunselor dalam membantu remaja ialah memberi kemahiran atau kebolehan atau pengetahuan untuk mengurus kehidupan seharian, maklumat tentang kerjaya dan plan realistik setelah tamat persekolahan.

     Peranan kaunselor bertambah mencabar berdasarkan banyak hasil kajian lalu yang menekankan bahawa masalah pelajar di Malaysia bersangkutan dengan masalah penyesuaian diri, penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah dan kelas, penyesuaian dengan sekolah, kesihatan, kemajuan, jantina dan sebagainya. (Fatanah, 1988, Asmah Bee, 1979 dan Hassan Langgulung, 1975).


     Seterusnya Sallehudin Abdul Wahab, (1991) mendapati bahawa pelajar akan menemui kaunselor apabila menghadapi masalah belajar, masalah dadah, masalah disiplin dan masalah sosial. Kajian yang dijalankan oleh Karla dan Sue (1991) ke atas 160 orang kaunselor pelajar telah mendapati bahawa 41% daripada kaunselor tersebut sangat kerap diminta untuk menjalankan sesi kaunseling individu kepada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Sebanyak 54% telah diminta oleh pengetua sekolah dan sebanyak 62% diminta oleh guru-guru. Ini menunjukkan kaunselor sekolah sangat diperlukan bagi membantu mengatasi permasalahan tersebut. Dan kaunseling individu adalah bentuk kaunseling yang sering digunakan untuk membantu menangani tingkah laku bermasalah di kalangan pelajar.



     Dalam kajian Amla (2003), melalui program kerjaya sehari yang dijalani bersama pelajar-pelajar berpencapaian rendah, didapati program tersebut telah berjaya meransang motivasi belajar mereka. Ini selaras dengan Program Career Academy yang melibatkan seluruh negara Amerika didapati berkesan setelah ianya berjalan hampir dua dekad. Antara kesan yang jelas ialah di kalangan mereka yang berisiko tinggi Program Career Academy didapati berjaya meningkatkan kehadiran ke sekolah, tidak berhenti sekolah walau pun ianya tidak mengesani pencapaian akademik (Amla 2003).



     Selain itu terdapat bukti yang menunjukkan pendidikan kerjaya dan teknikal boleh memainkan peranan mengurangkan bilangan mereka yang tercicir dari sekolah, terutama di kalangan mereka yang berisiko tinggi. Bukti menunjukkan bahawa apabila pendidikan kerjaya dan teknikal diberi penekanan ke atas pembelajaran akademik serta pengetahuan ianya berjaya mengurangkan keciciran di kalangan mereka yang berisiko tinggi (Wonaccot, Michael, 2000 dalam Amla 2003).



     Dalam menjalankan peranan sebagai kaunselor, Zulkhairi (2004), telah menunjukkan bahawa kaunselor yang dipertanggungjawabkan di sekolah-sekolah sudah mampu memainkan peranan yang sewajarnya dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah mereka dan mengendalikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah dan seterusnya secara tidak langsung dapat membantu negara menangani gejala salah laku sosial di kalangan remaja.



     Kesimpulannya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertujuan mengenal pasti bidang yang diperlukan pelajar, menentukan sama ada terdapat perbezaan dari segi keperluan sekolah, menentukan sama ada terdapat perbezaan dari segi keperluan utama antara pelajar bandar dan luar bandar; dan menentukan sama ada terdapat perbezaan dari segi keperluan yang berbeza kaum.Yang nyata perkhidmatan ini membimbing perkembangan kemahiran belajar dan pelajaran,sosial,kerjaya dan pemahaman diri.



BIBILOGRAFI

Amla, Zuria & Salleh. 2003. Kaunseling Sekolah. Siri Penerbitan Fakulti Pendidikan UKM. Bangi.


Amaluddin bin Ab. Rahman & Norlina Omar. 2008. Kaunseling Remaja: Tip dan Panduan Ke Arah Satu Keluarga Satu Kaunselor. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.


Asmah Bee Mohd. Noor. 1979. Tingkah laku dan masalah seks di kalangan kaum remaja. Widya, 23 Julai.


Chiam Heng Keng. 1977. Problem of urban adolescent : Peninsular Malaysia. Journal of Sosiology and Antropology. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.


Fatanah Mohamad. 1988. Kajian terhadap masalah peribadi pelajar sekolah menengah berasrama penuh dan tidak berasrama penuh di Pengkalan Chepa, Kelantan. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak diterbitkan)


Hassan Langgulung. 1975. Perkhidmatan pelajar sekolah-sekolah di Malaysia. Jurnal Pendidikan. 2 : 1 – 9


Kementerian Pendidikan Malaysia. 1996. Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah: Bimbingan dan Kaunseling.


Mitchel , T.R. 1978. People In Organization Understanding Their Behavior, United State of America.Mc-Graw-Hill,Inc


Sallahuddin Abd. Wahab. (1991). Sikap pelajar-pelajar sekolah menengah terhadap kaunselor , peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta kesediaan mereka untuk menemui kaunselor. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.


Suradi Salim. 1996. Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur . Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Zulkhairi Roslan. 2004. Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SMK Jalan Reko, Kajang, selangor. Tesis Sarjana. UKM, Bangi 


SUMBER; http://umminessa.blogspot.com/2010/07/peranan-perkhidmatan-bimbingan-dan.html 




Kini Anda Mampu Menduduki Peperiksaan MEdSI Dan Mendaftar Ke Program DPLI Atau ISMP Dengan Mudah!

Peluang untuk anda menjadi guru akan tercapai dengan apa yang bakal saya tunjukkan sebentar lagi.
Adakah anda di antara berjuta rakyat Malaysia yang bercita-cita menjadi seorang guru tetapi masih belum berpeluang merealisasikannya? Teruskan bacaan anda supaya anda tidak menyesal kerana apa yang bakal dikongsikan akan membuatkan anda tersenyum lebar!




          Sila klik PANDUAN LENGKAP MEdSI di sini
 untuk tip dan panduan temuduga selanjutnya.




Salam sejahtera buat pembaca blog cikgukaunseling.com ini,

Kerjaya perguruan dikategorikan sebagai salah satu profesion yang tertua di dunia. Kini ianya telah memasuki satu dimensi baru.

Pada masa dahulu guru hanya dikenali sebagai penyampai ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran dalam bidang tertentu. Kini guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan. Tanggung jawab guru diluaskan lagi sebagai pemudah cara pengetahuan dan harus mempunyai persediaan yang cukup untuk membentuk dan mewujudkan kondisi pelajaran dan pembelajaran secara cekap dan efektif.

Kerjaya dalam bidang perguruan ini mempunyai cabaran yang besar. Sebelum bergelar guru, banyak aspek yang perlu diberi perhatian, misalnya dari segi kelayakan akademik dan ujian kemasukan yang perlu dihadapinya iaitu ujian dan temuduga Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI).

Kebanyakan guru berjaya melepasi ujian bertulis yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) dengan kerjasama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) namun ramai yang tidak berjaya melepasi ujian temuduga yang diadakan.


Apakah sebabnya kebanyakan calon-calon guru mengalami kegagalan dalam temuduga ini?

Baru-baru ini rakan saya, Cikgu Ikhwan ada membuat kajian berkaitan dengan masalah ini. Dalam kajian yang dijalankan, terdapat 15 kajian kes kegagalan calon KPLI, DPLI dan ISMP sepanjang temuduga pendidikan dijalankan. Andaboleh lihat di pautan ini 
Sila klik PANDUAN LENGKAP MEdSI di sini


Bagi sesiapa yang belum mengenali Cikgu Ikhwan, beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di sebuah institusi kemahiran swasta yang berpengalaman di dalam bidang pendidikan. Beliau telah menghasilkan beberapa artikel pendidikan sebagai satu sumbangan di dalam mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan pendidikan.

Bukti kesungguhan beliau telah dibuktikan lagi dengan terbitnya sebuah panduan untuk calon guru DPLI yang bertajuk “Panduan DPLI : Tips Peperiksaan dan Temuduga MEdSI”.


Anda boleh dapatkannya secara di sini :
Sila klik PANDUAN LENGKAP MEdSI di sini

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen