Malaysia diiktiraf
negara ke 8 paling bahagia
Malaysia The Truely Asia
Malaysia dapat pengiktirafan
negara ke-8 `paling bahagia' - KPN
KOTA
KINABALU 19 Nov. - Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas
diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara,
melalui Indeks Kebahagian yang dikeluarkan baru-baru ini.
Ketua
Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata laporan indeks keluaran World
Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute, Columbia University
itu berjaya mengatasi negara maju lain.
"Sebagai
perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan
Korea Selatan ke-38.
Saya
berkongsi maklumat ini kerana segala tindakan dan keberkesanan kita adalah
selari dengan kebahagian masyarakat," katanya ketika berucap merasmikan
Persidangan Ketua Agensi Polis Bantuan bersama Pegawai Kanan PDRM ke-24 di
Wisma Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di sini, hari ini.
Justeru,
katanya, semua pihak perlu menggandakan usaha agar masyarakat di negara ini
terus hidup aman dan bahagia.
Persidangan
dua hari itu dihadiri 200 peserta terdiri daripada pegawai kanan polis dan
ketua agensi polis bantuan seluruh negara.
Pengarah
Urusan SESB Abd. Razak Sallim berkata penganjuran persidangan itu bagi
memantapkan kerjasama dan hubungan dua hala di antara agensi polis bantuan dan
Polis Diraja Malaysia agar imej pasukan polis dapat dipertingkatkan ke tahap
lebih tinggi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen