Mohd. Mokhtar Shafii Tokoh Maal Hijrah Pahang
Mohd. Mokhtar Shafii Bekas pensyarah Tokoh Maal Hijrah Pahang
Mohd. Mokhtar Shafii ditemani isteri, Datin Latifah Ahmad Jailani
bersama hadiah yang diterimanya selepas diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah
Pahang dalam majlis Sambutan Maal Hijrah 1434H Peringkat Negeri Pahang di Dewan
Jubli Perak, Kuantan
KUANTAN
15 Nov. - Kesungguhan memartabatkan agama Islam melalui pendidikan sepanjang
hayat melayakkan bekas pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan, Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Mohd. Mokhtar Shafii menerima
anugerah Tokoh Maal Hijrah 1434H Peringkat Negeri hari ini.
Menurut
Mohd. Mokhtar yang kini berusia 70 tahun, penganugerahan tersebut memberi makna
tersendiri kepada dirinya yang kini meneruskan khidmat sebagai pensyarah
sambilan di Universiti Malaya selepas bersara.
"Saya
bersyukur dengan penganugerahan ini dan segala pengalaman sepanjang mendidik
anak bangsa akan terukir sebagai kenangan terindah termasuk 10 buku yang saya
terbitkan berkaitan Islam diberi pengiktirafan.
"Walaupun
telah bersara, saya masih meneruskan perkhidmatan sebagai pensyarah sambilan
kerana mahu terus berkongsi ilmu dengan generasi muda kini," katanya
ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat negeri
di sini hari ini.
Mohd.
Mokhtar berkata, beliau juga aktif sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Pahang,
Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Negeri Pahang (Muip) dan Ahli
Majlis Fatwa Selangor serta Ahli Majlis Agama Islam Selangor.
Bapa
kepada lima cahaya mata itu berkata, proses pembelajaran tidak harus terhenti
walaupun usia sudah meningkat malah golongan muda masa kini perlu menuntut ilmu
ke tahap yang tertinggi.
"Ini
kerana, hanya melalui ilmu terutama ilmu agama kita dapat mengelak generasi
muda daripada lalai dan terjebak dalam masalah sosial.
"Malah
golongan muda juga harus digalakkan ke masjid dan menghadiri majlis ilmu, namun
dalam masa sama perlu berhati-hati agar tidak salah dalam menuntut ilmu,"
jelasnya.
Tambahnya,
pendidikan agama tidak boleh diabaikan malah perlu seiring dengan ilmu yang
lain.
Pada
majlis itu, Mohd. Mokhtar membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej umrah dan
sijil penghargaan.
SUMBER; UTUSAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen