Syabas Pekerja Malaysia keempat paling berdedikasi
Kuala Lumpur: Pekerja Malaysia adalah yang keempat paling berdedikasi di dunia selepas India, Brazil dan Itali, demikian satu kajian sebuah perkhidmatan pelancongan dalam talian.
Kaji selidik berkaitan deprivasi percutian 2012 oleh agensi pelancongan dalam talian Expedia.com.my mendapati sembilan daripada 10 pekerja di Malaysia sukar melupakan kerja, walaupun ketika bercuti.
Menurut kajian itu lagi, sebab utama pekerja negara ini tidak memanfaatkan cuti mereka ialah kegagalan menyelaraskan cuti bersama rakan.
Sebanyak 40 peratus pekerja yang dikaji berkata, mereka enggan mengambil cuti kerana tidak pasti sama ada ketua meluluskan cuti, manakala 15 peratus pula bimbang percutian mereka akan memberi gambaran negatif terhadap kerjaya profesional, menurut kenyataan Expedia.com.my, semalam.
Kaji selidik itu membandingkan tabiat bercuti membabitkan lebih 8,000 orang dewasa yang bekerja di 22 negara di Asia, Australasia, Amerika Utara dan Selatan serta Eropah.
BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen