Pages - Menu

Pages - Menu

Keputusan Peperiksaan PMR Duhai Ibu bapa Terimalah Keputusan Anak Anda

Keputusan Peperiksaan PMR Duhai Ibu bapa Terimalah  Keputusan Anak Anda Dengan Positif



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini, Rabu, 19 Disember 2012, adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua calon PMR 2012. Bahkan dinantikan oleh para guru dan ibubapa. Jam 10.00 pagi tadi, semua calon PMR 2012 telah  memperolehi keputusan PMR di sekolah masing-masing. 



 Gambar Rajah Laluan Pendidikan di Malaysia


Keputusan peperiksaan PMR baru sahaja diumumkan dengan rasminya. Debaran ibu bapa dan calon-calon yang terlibat selama ini telah berakhir. Sememangnya telah menjadi adat di dalam peperiksaan, ada yang cemerlang dan ada yang kurang bernasib baik.

Kepada lepasan PMR 2012, 
khususnya kepada bekas anak-anak didik saya di
 SMK Jengka Pusat 2 dan SMK Jengka 2...

Tahniah buat pelajar-pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang. Bagi pelajar Muslim, seeloknya, laksanakanlah Sujud Syukur di atas kejayaan anda. Untuk mengetahui kaedah melakukan Sujud Syukur, boleh baca entry, Cara Sujud Syukur kepada Allah di sini.

 Bagi mereka yang kurang cemerlang, jangan berputus asa dan teruskan berusaha untuk meningkatkan pencapaian di dalam peperiksaan-peperiksaan yang akan datang. Jadikan kekurangan PMR untuk tingkatkan usaha bagi pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lebih penting dua tahun akan datang.

Walau bagaimanapun halatuju selepas SPM yang akan datang perlu dirancang dari sekarang berdasarkan minat dan potensi pelajar. Kepada para pelajar lepasan PMR 2012, dan bakal menjejakkan kaki ke Tingkatan 4 pada 2013, eloklah merujuk kepada kaunselor-kaunselor sekolah untuk memastikan pemilihan sekolah dan subjek di tingkatan 4 yang lebih sesuai.  

Kepada Calon PMR 2012 Di SMK Jengka 2, saya percaya, anda boleh menemui Cikgu Sabri hari ini di sekolah...

Kita percaya pagi tadi, ada calon yang stress hingga sakit perut dan tak lalu makan. 

Kita juga percaya ada ibubapa yang resah-gelisah kebimbangan takut anak yang diharapkan tidak dapat mencapai targetnya. Tidak mencapai target bermakna impian untuk menghantar anak-anak ke sekolah pilihan hati bakal berkecai.
Tidak kurang stress, takut, bimbang dan berdebar ialah guru yang "sebenar" guru


Keputusan Peperiksaan PMR Duhai Ibu bapa Terimalah  Keputusan Anak Anda Dengan Positif

Pada entri kali ini saya ingin fokus kepada ibubapa calon PMR. Jika ibubapa mempunyai perasaan tertekan dan bimbang menunggu keputusan PMR anak, itulah tandanya anda seorang ibubapa yang baik.

Manusia ini memang tidak terlepas daripada membuat perancangan dalam kehidupan. Sebagai ibu bapa, kadang-kala kita merancang segala yang terbaik demi keluarga dan anak-anak. 
 
Anak merupakan anugerah dan nikmat yang terbesar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Mutiara hati bagi pasangan ibu-bapa ini akan menjadi saham dan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda sekiranya mereka dididik dan di bentuk dengan baik serta menjadi anak yang soleh. Sebaliknya, jika mereka di abaikan tidak mustahil akan menjadi anak yang terbiar dan pada masa akan datang akan menjadi sampah kepada masyarakat dan negara.
  


Dalam masyarakat kita hari ini ramai ibubapa yang tidak kisah atau cakna tentang anak-anak mereka. Mereka sibuk, tiada masa berkualiti bersama anak dan mereka membiarkan persekitaran yang rencam dan ganas mendidik dan mentarbiah anak-anak mereka dan akhirnya mereka meninggalkan pewaris yang bangkrap akal budinya


Lalu, saya percaya, kita sudah tentu tidak ingin melahirkan pewaris yang bangkrup akal budinya.
Nasihat kami kepada ibubapa yang menerima keputusan anak-anak agar bertenang. Paling penting walau apa keputusannya terimalah dengan berlapang dada dan seadanya. 


Akui itulah kemampuan dan keupayaannya jika selama ini hasil keputusan setiap ujiannya setara pada standard itu. Jika selama ini anak kita hanya mendapat  1A sahaja dan keputusan besok mereka mendapat 3A atau 4A mereka sudah dianggap cemerlang kerana "go beyong" dari  kebiasaan mereka. 

Jangan sesekali mengutuk, berleter atau menunjukkan tanda kecewa dan kesedihan dalam saat mereka juga mungkin kecewa dengan pencapaian mereka. 





Saya amat yakin anak-anak yang tidak pernah gagal dalam ujian atau oti mereka mendapat 8A akan kecewa jika mereka tidak dapat 8A. Saya yakin anak-anak yang seringkali dapat 1A, tiba-tiba PMR dapat 3A pasti mereka amat gembira. Oleh itu jangan kita luluhkan dan suramkan sedikit kegembiraan mereka dengan kekecewaan kita.
PMR bukan penyudah dan pengakhiran kepada hasrat kita ibubapa dan anak-anak. Perjalanan masih jauh dan terbuka luas. 


Apa yang kita mahu anak kita menjadi manusia yang boleh memberi kesejahteraan pada diri dan masyarakat suatu masa nanti. Kita mungkin tidak mahu anak kita cerdik tapi perangai macam setan. 

Sebagai ibu dan ayah, fitrah dan lumrah ibu bapa, kita nak anak kita memiliki kecemerlangan rohani,ukhrawi, sahsiah dan adab seimbang dengan intelektual.  Justru itu,  banyak jalan untuk anak kita memacu laju ke hadapan.

 Lepasan PMR (klik di sini, untuk membaca artikel Ke Mana Selepas PMR) boleh menyambung pelajaran melalui laluan akademik biasa ke Tingkatan 4 hingga universiti atau laluan latihan kemahiran KPM atau agensi lain hingga ke universiti. Boleh klik di sini, untuk info lanjut.

 Plan Tranformasi Pendidikan seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah:




Apa yang penting kenal pasti minat dan kecenderungan  kerjaya   mereka dan pimpinlah mereka laluan mana yang boleh dan mampu mereka laluinya. Pemilihan laluan kerjaya yang betul dan tepat akan memudahkan perjalanan hidup masa depan mereka apa lagi dengan bekal jatidiri kita yang kita titip dalam jiwa dan minda mereka. 

Seperkara lagi, sebagai ibu bapa cuba kita ajak anak kita merenung kembali kesilapan diri anak. Bermuhasabah dan mengkoreksi diri. Mencari punca keagalan untuk meraih kecemerlangan. Kemudian cuba perbaiki akan kelemahan itu.

Walaupun anak merasa kecewa kerana tidak mendapat semua A, namun sebagai ibu bapa, ibu bapa harus menerima keputusan itu dengan sikap yang positif.  Semoga dengan kegagalan meraih semua A itu menjadi pengajaran kepada si anak.

 Semoga dari peristiwa ini si anak itu belajar menerima kesilapan diri dan berusaha membaikinya. Ada sesetengah ibu bapa menyifatkan anaknya ( yang tidak memperolehi semua A) sebagai sangat bertuah kerana mengalami kekecewaan di peringkat PMR,  dan bukan di peringkat SPM.

Maka, kita seharusnya mengasihani anak-anak kita. Latihlah mereka belajar daripada kesilapan. Fikirkan dan kaji semula kesilapan diri. Belajar daripada kesilapan.

Latihlah mereka agar menilai semula setiap perbuatan dan tindakan. Latihlah mereka agar akur kepada kenyataan. Latihlah mereka agar tidak menuding jari menyalahkan orang lain setiap kali mereka berhadapan dengan kegagalan.

Pendidikan awal anak-anak bermula di rumah, bermula daripada sikap ibu bapa. Jikalau sejak kecil anak-anak diajar agar tidak menerima kesilapan diri dan suka menuding jari mencari kesilapan orang lain, maka itulah keperibadian yang akan menjadi darah daging anak itu apabila mereka dewasa kelak.

Insya-Allah, anak-anak itu akan menjadi generasi yang lebih bijak, matang, berkebolehan dan berperikemanusiaan…

Mudah-mudahan dalam perjalanan itu mereka tidak mudah terpesona dengan pelangi kepalsuan. Insya-Allah, anak-anak itu akan menjadi generasi yang lebih bijak, matang, berkebolehan dan berperikemanusiaan

Mungkin para ibu bapa boleh melayari artikel Mengajar Anak tentang Alam dan kehidupan di sini

Mungkin ada pandangan membina daripada para pembaca, silakanlah ye. Sekian, wassalam.












1 comment:

  1. assalamualaikum...sy nk tnye,klau sy nk jd photographer...aliran ape yg prlu sy ambil thn dpn??

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen