Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)
Pengenalan & Latarbelakang Penubuhan
Keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merapatkan jurang pendidikan yang wujud merupakan satu agenda utama dalam
meningkatkan kecemerlangan pendidikan selaras dengan aspirasi Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Sehubungan itu, segala
usaha yang berkaitan dengan Bantuan Persekolahan kepada golongan yang
berkelayakan akan sentiasa menjadi keutamaan KPM.
KEMENTERIAN Pelajaran telah mengenal
pasti bahawa antara faktor keciciran dalam kalangan pelajar sekolah
ialah kemiskinan. Untuk mengatasi masalah itu, KPM telah melaksanakan
Dasar Pendidikan Wajib di bawah seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 (Akta
550) mulai Januari 2003 yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak
mereka ke sekolah mulai tahun satu sekolah rendah.
Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di bawah seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Selaras dengan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) maka ia untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah, dan seterusnya menjana kecemerlangan pendidikan mereka.
Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di bawah seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Selaras dengan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) maka ia untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah, dan seterusnya menjana kecemerlangan pendidikan mereka.
Kumpulan wang amanah ini memberi bantuan kepada pelajar miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama. Hal ini selaras dengan Dasar Pendidikan Wajib untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh.
PEMILIHAN PELAJAR
Pemilihan pelajar dibuat oleh jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh pengetua atau guru besar dan disyaratkan sekurang-kurangnya dua ahli, terdiri daripada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
PENDAPATAN KELUARGA
Pelajar miskin yang pendapatan keluarganya tidak dapat menampung keperluan pendidikan dan berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan keluarga tidak melebihi kadar yang ditetapkan seperti rajah di atas.
Murid penerima bantuan KWAPM mestilah mematuhi kriteria kelayakan seperti berikut:-
1. Murid miskin warganegara Malaysia; bagi murid yang tidak mempunyai sijil kelahiran, pengesahan dari Jabatan Pendaftaran diperlukan.
2. Murid yang bersekolah di sekolah kerajaan atau di sekolah bantuan kerajaan.
3. Murid Orang Asli/Penan yang bersekolah di Sekolah Orang Asli/Penan (layak menerima bantuan KWAPM secara automatik).
4. Murid miskin yang mana pendapatan keluarganya tidak dapat menampung keperluan pendidikan dan jumlah pendapatan keluarga berada di bawah paras kemiskinan seperti rajah di atas.
KATEGORI PELAJAR YANG LAYAK MENERIMA KWAPM
Pelajar yang layak menerima bantuan KWAPM ditetapkan mengikut kategori seperti berikut:
Kategori 1
Pelajar miskin Tahun 1 yang tercicir daripada sistem persekolahan di bawah Dasar Pendidikan Wajib 2003
Kategori 2
a) Pelajar miskin tahun dua hingga enam yang pernah bersekolah tetapi tercicir pada tahun seterusnya/ di tengah persekolahan atau kanak-kanak yang berumur lapan hingga 12 tahun yang tidak pernah bersekolah langsung.
b) Pelajar sekolah menengah yang tercicir di tengah persekolahan akibat kemiskinan.
Kategori 3
Pelajar miskin tahun 1 - 6 yang masih bersekolah (bukan tercicir) tetapi memerlukan bantuan dan sekiranya tidak diberi bantuan akan menyebabkan tidak dapat meneruskan persekolahan.
Ini termasuk pelajar tahun enam yang akan memasuki tingkatan satu pada tahun berikutnya.
Kategori 4
Murid miskin yang terlibat di dalam kes kecemasan seperti bencana alam. kebakaran dan lain-lain yang menyebabkan punca pencarian keluarga terjejeas.
TATA CARA PERMOHONAN
Syarat Tambahan bagi Tahun 2010
Bagi tahun 2010, KPM mensasarkan penyaluran bantuan KWAPM dilaksanakan menggunakan senarai nama yang diperolehi daripada Data Kemiskinan Nasional yang dikenali sebagai eKASIH selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Ogos 2008 dan Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil 8/2008 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 8 Ogos 2008.
Dalam mesyuarat tersebut memutuskan bahawa semua bantuan persekolahan akan diuruskan oleh KPM sahaja dengan menggunakan Sistem eKASIH.
eKASIH merupakan Sistem Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan tujuan memusatkan data golongan miskin dan miskin tegar.
Tindakan menggunakan data eKASIH dalam penyaluran bantuan adalah untuk mengelakkan berlakunya ketirisan dan pertindihan dalam pemberian bantuan dengan kementerian-kementerian lain.
Semua murid yang KIRnya telah berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan sebagai M atau MT, akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan.
Bagi KIR yang belum mendaftar, permohonan boleh dibuat melalui laman web http://www.ekasih.gov.my. Ibu bapa atau penjaga yang berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan PGK) Nasional dan belum tersenarai dalam Sistem eKASIH juga boleh membuat permohonan dengan mengisi borang yang boleh diperoleh di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
Senarai nama ini mengandungi maklumat terperinci ibu bapa/penjaga murid yang mana pendapatan isi rumah berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional seperti berikut:-
Kadar dan Jenis Bantuan
Kadar dan jenis bantuan yang diberikan ini adalah tertakluk kepada
keupayaan dana KWAPM dan perubahan boleh dibuat oleh pihak Jawatankuasa
KWAPM di peringkat Kementerian yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha
KPM pada bila-bila masa.
Kadar Bantuan KWAPM
Pelajar Sekolah Rendah :
BAP - RM200 bagi setiap seorang murid setahun.
BB - RM25/RM50 bagi setiap seorang murid untuk tempoh 10 bulan.
Pelajar Sekolah Menengah :
BAP - RM300 bagi seorang murid setahun
BB - RM30/RM60 bagi setiap seorang murid untuk tempoh 10 bulan.
BAP - RM200 bagi setiap seorang murid setahun.
BB - RM25/RM50 bagi setiap seorang murid untuk tempoh 10 bulan.
Pelajar Sekolah Menengah :
BAP - RM300 bagi seorang murid setahun
BB - RM30/RM60 bagi setiap seorang murid untuk tempoh 10 bulan.
Jenis Bantuan KWAPM
1. Bantuan Am Persekutuan (BAP) - pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan keperluan lain; dan
2. Bantuan Bulanan (BB) - wang saku dan perbelanjaan harian lain.
2. Bantuan Bulanan (BB) - wang saku dan perbelanjaan harian lain.
Prosedur Permohonan KWAPM
Permohonan perlu dibuat setiap tahun dengan mengisi Borang Permohonan KWAPM di peringkat sekolah beserta dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:-
a) Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga dan isteri
b) Salinan sijil lahir murid/kad pengenalan pelajar
c) Salinan sijil kematian ibu bapa/penjaga (jika berkaitan)
d) Salinan sijil penceraian ibu bapa (jika berkaitan)
e) Surat pengesahan anak angkat dari Jabatan Pendaftaran Negara (jika berkaitan)
Pihak sekolah akan membuat pemilihan murid yang layak melalui mesyuarat jawatankuasa bantuan di peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar/Pengetua sekolah.
Jawatankuasa ini terdiri daripada kakitangan
sekolah dan sekurang-kuranganya terdapat dua (2) orang wakil bukan guru
daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Jawatankuasa ini
bertanggungjawab untuk menyemak dan memperakukan murid yang layak
menerima bantuan KWAPM.
Setelah murid yang layak dikenalpasti dan dipersetujui oleh jawatankuasa, pihak sekolah akan mengumpulkan semua maklumat yang diperolehi dengan menyediakan borang rumusan permohonan yang lengkap dan menghantarkan borang rumusan tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk disemak/disahkan.
Jabatan Pelajaran Negeri merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk
menghantar senarai nama yang telah disemak/disahkan ke Bahagian Kewangan
KPM untuk diproses.
Bahagian Kewangan akan membuat semakan terakhir sebelum proses pembayaran dibuat. Peruntukan bagi bantuan KWAPM akan dikreditkan ke akaun sekolah.
Bahagian Kewangan akan membuat semakan terakhir sebelum proses pembayaran dibuat. Peruntukan bagi bantuan KWAPM akan dikreditkan ke akaun sekolah.
Pada peringkat ini, Jawatankuasa
pengurusan bantuan di peringkat sekolah pula perlu memainkan peranan
dengan memantau proses agihan bantuan kepada semua murid yang layak.
Pihak sekolah boleh mengkreditkan bayaran berupa wang tunai terus ke
akaun murid ataupun barangan berdasarkan keperluan persekolahan kepada
murid yang layak.
Penerangan lanjut berkenaan proses permohonan dan
pembayaran bolehlah rujuk di carta aliran di pautan (link) ini.
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Kriteria%20Kelayakan%20dan%20Kadar%20Bantuan.pdfhttp://www.moe.gov.my/userfiles/file/Kriteria%20Kelayakan%20dan%20Kadar%20Bantuan.pdf
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen