Malaysia Mungkin Dilanda gempa bumi Pada Masa Depan
Gempa Hampiri Malaysia
Malaysia di Luar Lingkaran Api Pasifik
Malaysia kebarangkalian gempa bumi
KUALA LUMPUR: Terdapat kebarangkalian Malaysia dilanda gempa bumi pada masa hadapan sungguhpun negara ini terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik, kata seorang penyelidik hari ini.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah, Prof Dr Felix Tongkul, berkata berdasarkan kajian, pihaknya mendapati Malaysia berkemungkinan dilanda gempa bumi pada kekuatan sederhana iaitu 6.0 pada skala Richter pada masa hadapan.
"Gegaran pada tahap itu sudah cukup untuk merosakkan bangunan dan harta benda," katanya kepada Bernama pada akhir Seminar Teknikal Kebangsaan Gempa Bumi dan Tsunami anjuran Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) di sini.
Dr Felix berkata bagaimanapun gempa bumi berkekuatan sederhana itu diramal berlaku di beberapa kawasan tertentu sahaja dan bukan di seluruh negara.
"Seperti yang kita sedia maklum ada beberapa kawasan di negara ini yang sering mengalami gegaran apabila berlaku gempa bumi kuat di negara jiran seperti di kawasan Kundasang, Ranau dan Lahad Datu di Sabah. Kawasan-kawasan ini mungkin berpotensi dilanda gempa bumi sederhana itu," katanya.
Dr Felix yang juga profesor dalam bidang Geologi di Akademi Sains Malaysia berkata kajian yang dijalankan oleh ahli geologi juga mendapati kawasan Bukit Tinggi di Pahang turut berpotensi mengalami gempa bumi sederhana.
Sehubungan itu, katanya masyarakat harus sentiasa bersedia dan tidak panik sekiranya berlaku gegaran pada masa akan datang.
Katanya gempa bumi paling kuat yang direkodkan di Malaysia setakat ini ialah gempa bumi sederhana pada kekuatan 5.8 skala Richter di Lahad Datu Sabah pada 1976 yang mengakibatkan banyak harta benda rosak serta bangunan retak.
Sementara itu, JMM mendapati Malaysia mengalami lapan gegaran akibat 22 gempa bumi kuat di negara jiran sepanjang tahun 2012.
Kedudukan Malaysia yang berjiran dengan negara di zon lingkaran gempa bumi menyebabkan Malaysia turut tidak terkecuali daripada terpalit sama merasai gegaran gempa bumi.
Justeru JMM telah membuat beberapa kajian mengenai kesan gempa bumi dan hasil kajian sedang diteliti di samping pemantauan dari semasa ke semasa bagi membolehkannya bertindak dengan pantas sekiranya ada kawasan yang dilanda gempa bumi. - BERNAMA
Sumber; Berita Harian, 16 Disember 2012
Kepada muslimin dan muslimat, sedikit renungan pada Hari Jumaat ini. Firman Allah SWT maksudnya:
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta
bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan
perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” Pada hari itu
bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah
memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar
berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada
mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan
seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan
sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya)!
[Ayat 99. Surah Az-Zalzalah]
Tiada kerosakan yang berlaku di muka bumi ini kecuali dengan asbab.
Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Rum ayat 41:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
Mari kita semua mengambil peringatan.
Qatadah telah menyebut sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari [Sahih al-Bukhari nombor 4869],
“Allah SWT telah mengekalkan kapal Nuh supaya ia sampai kepada pengetahuan generasi awal umat ini”.
Sebagai penutup, renungilah wasiat Nabi Nuh Alaihi as-Salaam kepada anak-anaknya yang beriman sebelum baginda wafat pulang kepada Allah.
Imam Ahmad dan al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-’Aas Radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:
Suatu ketika kami sedang bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Kemudian datang seorang lelaki dari pedalaman yang memakai jubah besar berwarna hijau (Seehan) dan dihiasi dengan sutera. Lalu Rasulullah SAW berkata:
“Sesungguhnya sahabat kamu ini telah meninggalkan setiap pahlawan berkuda anak pahlawan berkuda serta mengangkat setiap pengembala anak pengembala! (Pakaian yang melambangkan keangkuhan pemakainya)” Lalu Baginda SAW memegang jubah lelaki tersebut dan berkata kepadanya “Aku melihat engkau memakai pakaian orang yang tidak berakal!” Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau berkata kepada anaknya:
“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara. Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.
Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.
Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”
Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?
Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”
[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]
Inilah pesanan Nabi Allah Nuh Alaihi as-Salaam kepada anaknya sebelum wafat. Dan kita ini semua adalah cucu cicitnya baginda. Terimalah nasihat ini sebagai peringatan.
Sesungguhnya Tauhid dan Kalimah Tauhid adalah sebesar-besar perkara di dalam hidup ini. Menjadikan ia sebagai fokus diri, dan seterusnya disempurnakan pula dengan Takbir membesarkan Allah dan Tasbih mensucikanNya pada lisan dan perbuatan. Syirik yang muncul dengan pelbagai versi di dalam kehidupan kita hari ini bersama perbuatan angkuh, bongkak, takabbur atau Kibr itu pula hendaklah dijauhi.
jangan alpa....
ReplyDeletejgan leka
ReplyDeletejangan lupa
bahawa dunia
hanya sementara