Pemuda Hampir Lemas Dihanyut Banjir Bersama Motor
BANJIR UJIAN ALLAH BUAT KITA, MAKA MOGA KITA BERSABAR HADAPI DUGAAN INI
Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah,
segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah
melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar
kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan
besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para ahlul bait serta para sahabat as sabiqul awwalun wal akhirun.
“Dan apa saja nikmat yang ada pada kalian, maka dari Allah lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa kemudharatan, maka hanya kepada-Nya lah kamu meminta pertolongan.” (An-Nahl:53)
Hidup di dunia adalah penuh dengan ujian. Kaya atau miskin, senang atau
susah, kenyang atau lapar, sihat atau sakit, suka atau gembira adalah
termasuk ujian-ujian Allah. Ujian-ujian ini, yang diberikan oleh Allah
perlu kita hadapi dan terima sama ada dengan bersyukur (berterima kasih)
atau dengan sabar. Kita bersyukur di saat diberi kaya, senang, sihat
dan kegembiraan.
Sebaliknya kita hendaklah bersabar jika diuji miskin,
sakit, lapar dan kesusahan-kesusahan yang lain. Hidup ini adalah
gabungan antara ada masa kita bergembira lalu bersyukur atau ada ketika
kita bersedih lalu bersabar.
Di sebalik kesulitan, pasti ada kemudahan, di sini.
Mengucup Ujian Allah, di sini.
Gambar Pemuda Hampir Lemas Dihanyut Banjir Bersama Motor
SEORANG pemuda, Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal
mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika
melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di Setiu, semalam.
Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal
motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar
berhampiran Sungai Setiu. - Foto BERNAMA
DIBAWA ARUS…
Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu.
Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.
Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu.
Banjir yang melanda Terengganu sejak Ahad semakin bertambah buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 2,594 pagi ini berbanding 1,301 malam tadi. – Bernama
TUKANG RUMAH NYARIS MAUT
SETIU 25 Disember 2012 - Seorang tukang rumah
yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja dengan bermotosikal hari ini
nyaris maut setelah dihanyutkan arus deras ketika sedang melintas di Jalan
Permaisuri, Penarik, di sini.
Kejadian yang berlaku kira-kira
pukul 9.36 pagi tadi ketika Khairi Said, 27, melintas di sebatang jalan di
Kampung Tasik untuk ke tempat kerja di Kampung Bari dekat sini.
Pada mulanya beliau memberanikan
diri menunggang motosikalnya jenis Honda EX5 meredah banjir di kawasan yang
ketika itu air limpahannya mencecah sedalam 0.5 meter.
Saya cuba melintas laluan itu
kerana itu merupakan laluan utama saya untuk ke tempat kerja namun saya
tergelincir dan gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh ke dalam air banjir.
Tempat yang saya lalui ketika itu
rupanya kawasan air arus deras dan saya tidak sempat berpatah balik dan
tergelincir sebelum dibawa arus ke sawah padi berhampiran yang airnya sedalam
1.5 meter," katanya semasa menceritakan detik cemas itu kepada pemberita
di sini.
Bagaimanapun, pemuda yang berasal dari
Kampung Pak Kancil, dekat sini bernasib baik apabila beliau sempat berpaut pada
sebatang pokok besar di kawasan berhampiran sebelum diselamatkan oleh penduduk
kampung yang kebetulan berada di tempat kejadian. - BERNAMA
Terima kasih kepada Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad.
Bagi saya nilai berita dan gambar ini sangat tinggi.....
BANJIR UJIAN ALLAH BUAT KITA, MAKA MOGA KITA BERSABAR HADAPI DUGAAN INI
سُوۡرَةُ البَقَرَة
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِۗ وَبَشِّرِ
ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
(١٥٦) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (١٥٧)
Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)
Firman Allah:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Al-Ankabut: 2-3)
Walaupun pelbagai spekulasi dan andaian dibuat untuk mencari punca
kejadian banjir, yang pasti semua itu hanyalah asbab kepada ujian dan
musibah daripada Allah. Kita perlu berlapang dada dan bersabar
menghadapi segala bencana ,musibah dan ujian Allah walaupun kita tahu
“berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.”
Walaupun bagi sesetangah orang melihat peristiwa bencana alam ini sebagai hukum alam dan fenomena alam namun pada hakikatnya inilah ujian daripada Allah Ta’ala kepada hamba-NYA.
Walaupun bagi sesetangah orang melihat peristiwa bencana alam ini sebagai hukum alam dan fenomena alam namun pada hakikatnya inilah ujian daripada Allah Ta’ala kepada hamba-NYA.
Sesungguhnya manusia akan diuji oleh Allah dalam dua bentuk Ujian,
pertama ialah ujian Allah dalam bentuk musibah dan keduanya manusia akan
diberi ujian dalam bentuk kesenangan.
Ternyata ujian berbentuk musibah
yang melanda saudara kita ini perlulah dihadapi dengan penuh keinsafan
dan redha. Inilah ketentuan Allah.
Adapun ujian Allah kepada kita adalah berasaskan beberapa kemungkinan. Yang pasti jawapannya hanya ada kepada kita. Apakah Allah menguji kita hanya kerana hendak menduga keimanan dan kesabaran kita atau kita diuji Allah sebagai mengkifarah segala perbuatan dosa dan noda yang pernah kita lakukan atau Allah Ta’ala menguji kita sebagai peringatan menyedarkan kita akan segala kemaksiatan yang semakin berleluasa berlaku dalam masyarakat kita yang perlu kita sama-sama pertanggungjawaban untuk membenteraskannya.
“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri… “(an-Nisaa’: 79)
Ujian dan musibah Allah ini bukan kerana Allah hendak berbuat zalim kepada manusia kerana Allah tidak akan berbuat zalim kepada seorangpun hamba Nya.
Adapun ujian Allah kepada kita adalah berasaskan beberapa kemungkinan. Yang pasti jawapannya hanya ada kepada kita. Apakah Allah menguji kita hanya kerana hendak menduga keimanan dan kesabaran kita atau kita diuji Allah sebagai mengkifarah segala perbuatan dosa dan noda yang pernah kita lakukan atau Allah Ta’ala menguji kita sebagai peringatan menyedarkan kita akan segala kemaksiatan yang semakin berleluasa berlaku dalam masyarakat kita yang perlu kita sama-sama pertanggungjawaban untuk membenteraskannya.
“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri… “(an-Nisaa’: 79)
Ujian dan musibah Allah ini bukan kerana Allah hendak berbuat zalim kepada manusia kerana Allah tidak akan berbuat zalim kepada seorangpun hamba Nya.
Tetapi manusia sendiri yang asyik masyuk dengan perhiasan dunia
hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar mereka sebagai hamba Allah
di atas muka bumi ini. Mereka lupa tanggungjawab mereka kepada Allah,
mereka lupa tanggungjawab mereka kepada sesama manusia.
Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim:
“Sesungguhnya jika kalian bersyukur,
pasti Aku akan menambah (nikmat) kepada kalian, dan jika kalian
mengingkari (nikmat)Ku, maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih“
(Ibrahim: 7)
Marilah kita sama-sama berdoa, agar Allah memperteguhkan hati dan keimanan kita dan saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan ujian-ujian getir dari Allah.
Marilah kita sama-sama berdoa, agar Allah memperteguhkan hati dan keimanan kita dan saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan ujian-ujian getir dari Allah.
Semoga mereka dapat bersabar dan
redha dengan ketentuan Allah. Marilah kita berdoa agar Allah memberi
kekuatan kepada semua umat Islam untuk kembali
menuju jalan-Allah, untuk melakukan taubat nashuha secara lahiriah dan
batiniah, samada dalam ucapan mahupun perbuatan, sehingga kita menjadi
sebaik-baik umat. Amin .
اللهم أجرني في مصيبتي هذه وآخلف لي خيرا منها
Ya Allah, berikanlah pahala di atas musibah yang menipa kami ini dan gantikanlah bagi sesuatu yang lebih baik daripadanya.
Saudaraku, percayalah, yakinlah Sesungguhnya ALLAH bersama sama dengan orang yang sabar..
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen