Cara Atasi Mengantuk Semasa Belajar
Rahsia hilang mengantuk
RAMAI pelajar apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada tidak sampai 10 minit berada depan buku, mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri.
Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara mengatasinya.
1. Tidak cukup tidur. Ini memang punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1 pagi sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal.
Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan melayari Internet sehingga pagi.
Jika ini masalahnya, nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia.
Jika anda tidur lewat kerana mengulang kaji pelajaran, anda perlu mengubah tabiat buruk itu. Ingat pelajar yang cemerlang ialah mereka yang ‘study smart’ bukan semata-mata ‘study hard’.
2. Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah di antara enam hingga lapan jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.
3. Makan terlalu banyak. Ini satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan, perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan itu. Proses ini memerlukan ba�nyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuat�kan anda mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulang kaji.
4. Badan terlalu letih. Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Jika ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda.
Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola di waktu petang secara berlebih-lebihan, berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.
Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan, tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat anda beriadah.
Anda beriadah untuk segar pada waktu malam bagi menelaah pelajaran.
Ada pelajar keletihan disebabkan aktiviti kokurikulum yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan kokurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulang kaji dan sehingga memenatkan badan.
Oleh itu, pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan pembabitan kokurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa supaya anda tetap segar dan tidak mengantuk di waktu malam.
5. Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan ramai pelajar. Sebelum saya pergi lebih jauh, cuba fikirkan sejenak antara minat dengan belajar, manakah yang wujud dulu?
Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna dan markah yang tinggi.
Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tidak minat sejarah?
Minat timbul apabila anda lihat dalam diri ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.
Oleh itu, yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri. Anda perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.
Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:
Lihat seimbas semua muka surat yang anda baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran menyeluruh.
Perhatikan perkara-perkara yang berikut:
Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain seperti rajah, jadual, carta dan peta.
Tanam objektif yang jelas dalam belajar
pasang
betul-betul niat. kenapa perlu belajar dan untuk apa anda belajar.
kalau tersasar, betulkan balik. bila dah pasang niat elok-elok, tanam
pulak dalam hati. set dalam minda yang anda perlu belajar untuk mencapai
matlamat tersebut.
tak berkesan? cuba yang ini pulak.
2. Lakukanlah dengan minat.
adanya minat, semua
kerja 'jalan'. ^^ betul. tak percaya cuba sendiri. mula-mula kena
kenal, baru boleh minat kan? bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih bersemangat untuk belajar.
masing-masing ada cara tersendiri.
3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek.
pendek?
iya,pendek. singkat. sekejap. tips yang ini sesuai dengan orang macam
saya sendiri. lebih daripada 30 minit, automatik sekeliling jadi
kabur-kabur. :D untuk hilangkan mengantuk tersebut, berhenti
sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. kalau anda suka main game, mainlah.
yang penting dapat semangat balik untuk belajar, bukan teruskan main
game. dalam kelas tak boleh main game, pergi 'usha' muka cikgu atau
kawan-kawan. ;p *jangan ikut ayat terakhir*
4. Dapatkan tidur yang cukup
ah,
tidak dapat disangkal lagi. no doubt bak kata orang putih. tidur yang
cukup akan memastikan anda tidak mengantuk. tidak cukup tidur akan
menyebabkan otak letih. Otak
yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar
kepadanya dengan berkesan. pokoknya disini, pentingkan kualiti, bukan
kuantiti anda belajar.
5. Minum air kosong
amalkan
minum air masak setiap hari sebab tubuh yang kekurangan air akan cepat
merasa letih. sudah letih datanglah mengantuk, ye dak? Letakkan sama air
mineral di sebelah meja belajar anda, air ni selalu jadi penenang bila
kita gelisah.
bagaimana?
sudah tidak mengantuk? kalau mengantuk jugak, cuba yang terakhir ni.
insyaAllah mujarab. ^_^ bukan setakat hilangkan mengantuk, tambahkan
minat belajar pun boleh.
6. Ingat emak ayah
kebanyakan
orang akan sedar bila ingat mak ayah. Ingat ibu yang mengandung, ayah
yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. feeling. Tak
ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibu dan
ayahnya. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat
anda tak akan luntur bila jiwa mereka sentiasa bersama anda.
dan ini tips dari saya sendiri:
kalau
rasa mengantuk dalam kelas, bayangkan betapa buruk a.k.a hodohnya muka
anda semasa tidur begitu. kemungkinan untuk air liur meleleh juga
tinggi. tambah-tambah pulak ada rakan nakal, ambil gambar dan sebarkan
kepada orang lain, sampai pula ke tangan kekasih hati anda ke. ;p malu
tak? hehe.
itu
sahajalah yang mampu saya kongsi di sini. semoga kita sama-sama dapat
belajar dan tangani rasa mengantuk yang tidak bertempat. TAK ADA ORANG
YANG MALAS BOLEH BERJAYA. sekian.
salam cikgu, sya nk minta tolong moga cikgu dpt buat pencerahan tntg kursus automotif iaitu apa yg dipelajari bg yg mendapat pmr yg peringkat sederhana...tks
ReplyDeletesalam anonymous
ReplyDeletegiatmara, boleh membaca, menulis, mengira
sijil dalam 6 bulan ke setahun
AMBIL SPM Lagi bagus. Cuma kenalah lulus BM dan Sejarah.kredit mana2 subject. kursus automatif ada ditawarkan di IKBN, KKTM Dan ILP. Boleh rujuk link UPU. MAAF saya tak boleh naik taip detaip setiap kursus di setiap institusi kerana ada amanah tugas saya di alam realiti yang lebih utama.