JOM TAHU PEMULIHAN DAN PROTIM
Banyak takrifan mengenai definisi Pemulihan oleh pakar-pakar dalam dunia pendidikan. Namun, hakikatnya ia masih membawa maksud yang sama iaitu aktiviti alternatif yang dijalankan apabila didapati seseorang murid gagal mempelajari sesuatu kemahiran selepas mengikuti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa.
Program
PEMULIHAN ini adalah sebagai ganti aktiviti pembelajaran dalam kelas
biasa di Kelas Pemulihan untuk membantu murid menguasai kemahiran
berkenaan.
Justeru,
definisi di atas amatlah jelas bahawa bukan sahaja dari segi siapa
sasaran untuk pengajaran Pemulihan tetapi juga dari segi fungsi dan
tujuannya.
Ia
sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira amnya, tiga
kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR.
Objektif pengajaran Pemulihan pula adalah seperti berikut :
- membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu
- mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran
- memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Program
Pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian
saringan dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan
3. Namun demikian, untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi
bicara guru Pemulihan dan rundingan dengan semua pihak dalam organisasi.
PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.
PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam
kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid
tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid
dikehendaki menjalani satu ujian ‘tapisan’. Murid yang gagal mencapai
sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program
PROTIM ini.
Aras
modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam
program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem
bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk
membantu pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM
mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang
ditetapkan.
Aras
soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM
sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang
tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali
melakukan kesilapan semasa menulis.
Sesetengah
sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat
untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata
pelajaran Matematik.
Kedua-dua
program ini akan ‘melepaskan’ murid mereka setelah didapati cemerlang
dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi
maklumat berguna untuk semua
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen