- Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan.
- Meningkatkan kemahuan kita belajar; ianya berfungsi seirama dengan ciri semulajadi otak (linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis).
- Menjimatkan masa; mengguna kata kunci sahaja.
- Fokus kepada isu sebenar meningkat.
- Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna.
- Bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat.
Mengikut
seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk
"Superbrain", melalui pemetaan minda seseorang itu dapat... "learn MORE,
remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort..." yang membawa
maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang
lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu
banyak kertas serta tenaga.
Mata merupakan salah satu pancaindera yang telah
diberi oleh Allah SWT. Fungsi mata adalah untuk melihat sesuatu objek.
Walaubagaimanapun mata tidak dapat mentafsirkan apa yang dilihat
sehingga satu mesej sampai ke otak untuk mentafsirkan objek tersebut.
Minda kita seperti sebuah kamus lengkap. Segala yang kita lihat akan
tersimpan kemas dalam ingatan samada objek tersebut baru dikenali atau
sebaliknya. Sekiranya objek tersebut telah dikenali dan tersimpan dengan
baik maka minda akan terus memaklumkan apakah objek tersebut.
Perlu
diingat kebanyakan yang tersimpan dalam otak kita adalah berbentuk
objek. Kita tidak mengingati sesuatu dalam bentuk perkataan. Contohnya
perkataan F R U I T. Cuba lihat perkataan ini dan pejamkan mata selama
30 saat. Apakah yang anda lihat?.
Anda tidak melihat perkataan F R U I T
tapi sebaliknya yang anda lihat adalah buah buahan yang anda sudah
kenali seperti limau, epal dan lain lain melalui bentuk, warna, rasa dan
lain lain. Contoh lain bila anda melihat dari jauh warna biru dan merah
dengan bentuk sebuah mentol yang mengeluarkan cahaya, maka secara
automatik minda kita mentafsirkan bahawa itu adalah lambang TNB.
Kesimpulan
dari contoh di atas adalah untuk menunjukan bahawa minda kita
sebenarnya lebih suka menyimpan objek yang pelbagai bentuk, warna,
garisan garisan dan apa juga yang bersifat kreatif. Keseluruhan sifat
atau objek kreatif ini tersimpan di otak sebelah kanan. Peta minda
sebenarnya adalah bertujuan untuk mengajak kita semua menggunakan otak
sebelah kanan yang begitu kreatif sekali. Inilah konsep yang hendak
dibawa melalui peta minda ini iaitu belajar mengingati melalui bentuk,
warna dan lain lain.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen