Pages - Menu

Pages - Menu

Cara Memohon UniKL MIAT Universiti Kejuruteraan dan Pengurusan Penerbangan

Cara Memohon UniKL MIAT
Universiti Kejuruteraan dan Pengurusan Penerbangan

 

Pelajar UniKL MIAT tidak perlu bimbang dengan prospek kerjaya mereka.


 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Terdapat para pelajar saya yang bertemu saya bertanyakan halatuju kerjaya penerbangan dan kejuruteraan penerbangan. 

UniKL MIAT sebagai salah sebuah IPT yang menyediakan latihan terbaik dalam bidang berkaitan, adalah antara institusi yang saya cadangkan kepada pelajar saya. 

UniKL MIAT  Menjadi institusi latihan penyelenggaraan pesawat pertama menerima pensijilan MTO daripada pihak DCA, UniKL MIAT menyatakan komitmennya untuk menyediakan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan industri penerbangan negara.

KAMPUS cawangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang mengkhusus dalam teknologi penyelenggaraan pesawat, UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) memulakan tahun 2008 dengan penuh yakin apabila menerima pengiktirafan daripada Jabatan Penerbangan Awam (Department of Civil Aviation, (DCA)).


Di sini, saya muat naik beberapa artikel berkaitan UNIKL MIAT sebagai panduan saya dalam menjalankan tugas hakiki saya. Sekian, terima kasih.

 
Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute Teknologi Penerbangan (UniKL MIAT) berhasrat untuk menjadi institusi latihan penerbangan utama yang pakar dalam teknologi penyelenggaraan pesawat selaras dengan keperluan yang semakin meningkat program pembangunan kebangsaan penerbangan seperti yang ditetapkan dalam pelan tindakan kerajaan.  

Dengan infrastruktur bertaraf dunia, kakitangan pengajaran yang terlatih dan mempunyai pelbagai kemahiran dan latihan komprehensif yang mematuhi standard teknikal dan keperluan industri, graduan akan dapat memenuhi permintaan pesawat penyelenggaraan semasa dan masa depan teknologi.

Diploma yang terdapat di MIAT, antaranya ialah :


Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Avionics)

Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Composites)
Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Manufacturing)
Diploma of Engineering Technology in Avionics Maintenance

Diploma of Engineering Technology in Helicopter Maintenance
Diploma of Engineering Technology in Aeroplane Maintenance


Program Ditawarkan di UniKL MIAT

Program Ijazah Sarjana Muda



Sarjana Muda Pesawat Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) - Mekanikal
KPT / JPS (KA 7384) 02/12, LAN PA 7384

Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan (Kepujian)
KPT / JPS (KA 9135) 11/13, LAN PA 9135

Sarjana Muda Pesawat Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) - Avionik
KPT / JPS (KA 10146) 07/14


Untuk Maklumat lanjut sila hubungi:

Universiti Kuala Lumpur Institut Teknologi Penerbangan Malaysia
(UniKL MIAT)
Lot 2891 Jalan Jenderam Hulu, 43800 Dengkil, Selangor.
Tel: +603 - 8768 8487 / Fax: +603 - 8768 8485


Artikel di bawah  ini saya petik dari web blog http://www.airasri.com/

Prosedur kemasukan ke UniKL MIAT

Proses kemasukan ke UniKL MIAT adalah melalui dua fasa iaitu online application dan interview session.  Bagi permohonan dalam talian (online application) hanya pemohon yang mendapat minimum 5 6 Kredit dalam SPM serta Kredit dalam Bahasa Inggeris sahaja akan berjaya ke halaman seterusnya. 

Permohonan Online: sila klik di sini


Jika keputusan SPM anda di bawah 5 6 Kredit, sistem permohonan dalam talian akan menolak anda keluar secara automatik kerana pemilihan ke UniKL hanyalah bagi yang layak mengikut syarat yang ditetapkan sahaja. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai kelayakan Diploma, hanya mereka yang CGPA 2.50 ke atas sahaja layak bagi memohon kemasukan ke UniKL secara amnya.


UPDATE: Entry requirement baru dari UniKL MIAT dan DCA bagi lepasan SPM:- English dan Fizik minimun mesti kredit. Selain itu, mata pelajaran sains teknikal mesti juga kredit ( Sekolah Menengah Teknik) bagi melayakkan anda menduduki lesen DCAM Part-66.


UPDATE #2: Hanya Asasi Sains Fizikal sahaja diberi keutamaan berbanding Asasi Sains Hayat/Perubatan. Secara jelas Asasi Sains Fizikal paling kompeten dan lebih layak untuk memohon.

Berbalik kepada tajuk utama iaitu apakah soalan interview UniKL MIAT? Untuk pengetahuan anda, AirAsri.com mendapat kunjungan pelawat paling ramai pada kata kunci ini dan setiap kali kemasukan ke UniKL MIAT dan apa sahaja yang berkaitan degan UniKL MIAT, AirAsri.com akan terpapar di halaman pertama keputusan carian (search result) anda.

Tempat

Sebelum kami memberikan anda sedikit tips tentang bagaimana ujian temu duga dan ujian IQ itu dijalankan, kami ingin memberikan anda sedikit gambaran bagaimanakah, apakah dan di manakah sesi ujian kemasukan ke UniKL MIAT dijalankan. Bagi mereka yang tinggal di semenanjung Malaysia, sesi temu duga diadakan di kampus UniKL MIAT di Dengkil, Selangor. Pada mereka yang jauh di Sabah dan Sarawak, tempat temu duga akan dinyatakan dalam senarai temu duga anda.

  UniKL MIAT lahir tenaga pakar bidang aeroangkasa
Pelajar didedah pengalaman kendali enjin, komponen pesawat

MEMILIKI prasarana bertaraf antarabangsa dilengkapi tenaga pengajar terlatih dan berkemahiran pelbagai serta institusi latihan menyeluruh mencakupi piawaian antarabangsa dan keperluan industri menjadikan graduan Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) bersedia memenuhi kehendak pasaran terkini dan akan datang dalam bidang aeroangkasa dan penerbangan. 


Sebagai sebuah universiti peneraju pengajian kejuruteraan dan pengurusan penerbangan, UniKL MIAT turut mengorak langkah dengan menawarkan program profesional Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) Part 66 yang dikendalikan menerusi kerjasama dengan pusat latihan EASA Part 66 yang teriktiraf berpangkalan di Jerman iaitu Aero Bildung GmbH.


Dekan UniKL MIAT, Abdul Aziz Ismail Effendi, berkata dengan program ini membolehkan pelajar yang sudah menamatkan pengajian dan mempunyai pengalaman bekerja dua tahun memohon mendapatkan Lesen Jurutera Penyelenggaraan Pesawat EASA Part 66 daripada pihak berkuasa penerbangan awam United Kingdom, Civil Aviation Authority UK (CAA-UK) melalui pihak berkuasa awam Jerman.

“Program ini sudah berjalan selama dua tahun dan kami sudah mengambil lapan kumpulan pelajar membabitkan 125 pelajar secara keseluruhan.

“Dua kumpulan pertama sudah menamatkan pembelajaran selama dua tahun yang membolehkan mereka mendapat sijil pengiktirafan dan mereka kini perlu menamatkan syarat menjalani latihan kerja selama dua tahun untuk melayakkan mereka mendapatkan lesen.

“Lesen berkenaan diiktiraf di seluruh dunia sekali gus melayakkan mereka bekerja di mana-mana syarikat penerbangan di seluruh dunia,” katanya. 



UniKL MIAT sememangnya menggalakkan bekas pelajarnya menduduki mana-mana kaedah sama ada EASA Part 66 atau prosedur yang berkuat kuasa dengan Jabatan Penerbangan Awam satu sebagai asas untuk menceburi profesion penyelenggaraan pesawat.

UniKL MIAT yang beroperasi di Jenderam Hulu, Dengkil, Selangor menawarkan program peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

Program diploma ditawarkan ialah Diploma Teknologi Kejuruteraan yang mengkhusus kepada pengendalian avionik, helikopter dan kapal terbang serta Diploma Teknologi Pengendalian Kapal Terbang (komposit, pembuatan dan avionik).

Program peringkat ijazah membabitkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pesawat pengkhususan dalam mekanikal dan avionik serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan.

Turut ditawarkan program profesional Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) Part 66 dan program asas Pra Universiti Kejuruteraan Russia.

Program itu dilaksanakan menerusi kaedah pembelajaran intensif dengan memberi penekanan kepada 40 peratus teori dan 60 peratus latihan amali yang relevan dengan keperluan industri semasa.

Kampus UniKL MIAT sememangnya sangat unik dan menarik di mana kampus ini dilengkapi model pesawat jenis propeller, pesawat komersial hinggalah kepada jet pertahanan Skyhawk.

Semua kapal terbang berkenaan membolehkan pelajar mendapatkan pengalaman secara langsung. Proses pembelajaran menjadi lebih lancar apabila pelajar didedahkan dengan enjin serta komponen pesawat sebenar.

“Dengan mengikuti program pengajian ditawarkan di UniKL MIAT, graduan tidak hanya berpeluang bekerja sebagai jurutera penyelenggaraan pesawat, tetapi merangkumi pelbagai bidang berkaitan dengan penerbangan termasuk dalam industri pembuatan pesawat.

Menurut Abdul Aziz, program diplomanya terbuka kepada lepasan SPM dengan syarat memiliki lima kredit termasuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Calon dikehendaki menduduki ujian kecerdasan sebelum layak ditemuduga bagi pemilihan.

“Kita menerima permohonan 5,000 pelajar untuk mengikuti program pengajian dalam sesi ini, bagaimana pun hanya 450 akan diterima masuk,” katanya.

Abdul Aziz berkata, berdasarkan statistik, selepas enam bulan menamatkan pengajian daripada UniKL MIAT 80 peratus pelajarnya mendapat pekerjaan.

UniKL adalah IPT milik penuh MARA yang menekankan pengajian bidang teknikal. Ia merangkumi usaha mendidik mahasiswa dan siswi bidang keusahawanan menerusi program Teknoputra.

Sebagai sebuah IPT milik penuh MARA 90 peratus pelajarnya adalah Bumiputera dan selebihnya bukan Bumiputera termasuk pelajar Asia Barat, Iraq dan Thailand. 



UniKL MIAT adalah sebuah institusi pendidikan penerbangan terkemuka di Malaysia dan memenangi banyak anugerah dan diiktiraf oleh pelbagai agensi tempatan dan luar negara.

Pada 2008, UniKL MIAT menjadi organisasi pertama yang diiktiraf oleh Jabatan Penerbangan Awam dan kemudian oleh Frost and Sullivan sebagai pemenang anugerah Asia Pacific Aviation Workforce Development 2008. 


Sumber; Berita Harian

UniKL MIAT Diiktiraf Antarabangsa

 Menjadi institusi latihan penyelenggaraan pesawat pertama menerima pensijilan MTO daripada pihak DCA, UniKL MIAT menyatakan komitmennya untuk menyediakan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan industri penerbangan negara.

KAMPUS cawangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang mengkhusus dalam teknologi penyelenggaraan pesawat, UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) memulakan tahun 2008 dengan penuh yakin apabila menerima pengiktirafan daripada Jabatan Penerbangan Awam (Department of Civil Aviation, (DCA)). 

UniKL MIAT kini diangkat sebagai institusi atau Organisasi Latihan Penyelenggaraan (Maintenance Training Organisation, (MTO)) yang diiktiraf setelah menerima persijilan dari DCA dalam satu majlis penuh makna di kampusnya di Dengkil, Selangor.

Pihak DCA mengiktiraf UniKL MIAT sebagai sebuah MTO bertauliah yang bertanggungjawab menyediakan latihan kepada pelajarnya dalam bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat. 

Pengiktirafan tersebut adalah berdasarkan kepada DCA Airworthiness Notice No. 85-Approval of Training Organisation yang diambil daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam United Kingdom (CAA UK) serta keperluan Peraturan Penerbangan Awam British (British Civil Aviation Regulation, (BCAR)) Section L dari aspek standard dan silibusnya. 

Tujuan program latihan ini adalah untuk menyediakan calon terpilih sebelum menduduki peperiksaan License Without Type Rating (LWTR) yang dikendalikan oleh DCA. 

Kursus-kursus latihan dalam bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat direka bentuk agar selari dengan keperluan Latihan Manual Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). 

Sebelum pengiktirafan ini dibuat, pasukan pakar dari DCA telah menjalankan audit yang teliti ke atas UniKL MIAT dan operasi-operasi latihannya berasaskan kepada Maintenance Training Organisation Exposition (MTOE).


Pelajar UniKL MIAT tidak perlu bimbang dengan prospek kerjaya mereka.
Ia meliputi kemudahan dan kelengkapan, kakitangan latihan, pemeriksa dan penilai, bilik kuliah, bengkel, hangar, kawasan demonstrasi, pejabat pendaftaran serta perpustakaan. 

Tidak ketinggalan rancangan pengajian, nota-nota latihan pengendalian kursus, pembangunan kemahiran, pengurusan peperiksaan, sistem kualiti dan audit dalaman serta latihan berterusan kakitangan turut diambil kira. 

Segala kerja keras itu akhirnya berbaloi apabila UniKL MIAT berjaya memenuhi semua keperluan audit tersebut. Justeru, pada 24 Januari lalu UniKL MIAT menjadi institut pertama di Malaysia menerima pengiktirafan daripada DCA. 

Dengan pengiktirafan itu, ia memberikan UniKL MIAT kelebihan untuk mengendalikan kursus-kursus latihan asas dan pesawat, selain mengeluarkan sijil serta menjalankan peperiksaan bagi pihak berkaitan. 
Menurut Pengarah Besar DCA, Datuk Azharudin Abdul Rahman, pengiktirafan ini dilihat sebagai satu lagi anjakan positif dalam sejarah industri penerbangan negara. 

"Apabila DCA menganugerahkan kebenaran latihan kepada sesebuah institusi, ia mesti diuruskan dengan cekap, pengetahuan akademik yang cemerlang, memberi penekanan kepada pembinaan kemahiran, selain disokong oleh sistem kualiti bebas bagi memastikan ia diterima di peringkat global," katanya. 

Hangar yang dilengkapi dengan pesawat sebenar bagi tujuan pembelajaran.
Penerimaan antarabangsa ini bukan hanya berkait dengan pengiktirafan oleh badan antarabangsa sahaja, malah perlu memastikan pengiktirafan berterusan ke atas Lesen Jurutera-jurutera Penyelenggaraan Pesawat yang dikeluarkan oleh DCA Malaysia. 

Sememangnya pengiktirafan di peringkat antarabangsa memerlukan usaha berterusan, bukan hanya daripada DCA malah turut melibatkan industri penerbangan secara keseluruhannya agar ia terus maju. 

"Tenaga kerja dalam industri penerbangan, termasuklah penyelenggaraan mestilah terdiri daripada individu yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan cekap. Ini adalah komponen yang amat penting untuk mengekalkan rekod keselamatan penerbangan di Malaysia.

"Keselamatan penerbangan merupakan faktor penting dalam menarik minat pelabur asing untuk melabur dalam industri penerbangan negara. 

"Justeru, kita tidak boleh hanya mendakwa memiliki kemudahan bertaraf dunia, tetapi mestilah memiliki wawasan untuk menyediakan program berkualiti global bagi memberi petanda tentang kewujudan kemudahan berteknologi tinggi di sini," ujarnya lagi. 

Azharudin melihat pengiktirafan DCA kepada UniKL MIAT sebagai tepat pada masanya, memandangkan Malaysia kini berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja berkemahiran dalam industri penerbangan. 

Apatah lagi ketika industri ini menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan menerusi peningkatan jumlah pesawat. 

Senario itu dibuktikan melalui terbitan Maintenance, Repair and Overhaul (MRO) untuk keluaran April 2007 yang menyatakan menjelang tahun 2012, nilai MRO dijangka meningkat sehingga RM191 bilion. Nilai itu dikatakan akan terus bertambah sehingga RM207.5 bilion pada tahun 2017. 

Industri penerbangan Malaysia juga kian berkembang dengan bertambahnya penyedia perkhidmatan penerbangan. Ia bukan tertumpu kepada pengangkutan manusia sahaja, tetapi turut melibatkan pesawat-pesawat tempahan, operasi-operasi di luar pantai dan banyak lagi. 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Tengku Datuk Seri Azlan Sultan Abu Bakar yang turut hadir menyaksikan penyampaian sijil itu mengharapkan institusi lain yang mengendalikan latihan penyelenggaraan pesawat berusaha mendapatkan pensijilan sama dengan menjadikan UniKL MIAT sebagai penanda arasnya. 

"Maklum balas daripada industri menunjukkan masalah kekurangan tenaga kerja mahir mulai timbul. Jadi, adalah penting sekiranya pihak industri dan akademik menjalinkan hubungan lebih rapat untuk berkongsi keperluan masa depan yang sama, sekali gus menghasilkan satu kurikulum pembelajaran terbaik," katanya. 

Berdasarkan Laporan Industri Aero Angkasa Malaysia pada tahun 2005, perniagaan MRO di Malaysia bernilai RM3.4 bilion dengan tenaga kerja seramai 8,000 orang. 

Bagi mengekalkan momentum positif ini, Malaysian Industrial Group for High Technology (MIGHT) menjangkakan sekurang-kurangnya seramai 10,000 pekerja mahir diperlukan menjelang 2015. 

"UniKL MIAT komited untuk terus menambah baik kurikulum programnya agar selari dengan teknologi terkini industri. Sehingga kini, UniKL MIAT telah menjalin kerjasama pintar dengan pemain utama industri termasuklah Malaysian Airline System (MAS), Eurocopter, Hamilton Sustrand, SAR Helicopter, Avcen Limited, Aerobildung GmbH, Institut Teknologi Bandung dan banyak lagi," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Profesor Datuk Dr. Abdul Hakim Juri. 

Untuk makluman, UniKL MIAT ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai sebahagian daripada kerjasama pihak MARA dengan Northrop-Rice Inc. dari Amerika Syarikat atas nama MARA-Northrop-Rice Institute (MNRI) yang bermatlamat menyediakan kemudahan latihan aero angkasa. 

Pada tahun 2000, MNRI ditukar kepada Malaysian Institute of Aviation Technology Sdn. Bhd. atau MIAT. Tiga tahun kemudian, ia secara rasminya menjadi salah sebuah cawangan UniKL. 

Sehingga kini, UniKL MIAT telah menghasilkan seramai 918 graduan dan kini memiliki 1,330 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam satu program ijazah sarjana muda serta enam kursus diploma dan Program Persijilan Profesional.

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Kosmo 
17 Julai 2011


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;

Bahagian Komunikasi Korporat
Universiti Kuala Lumpur
1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
Tel: +603 - 2175 4000
Faks: +603 - 2175 4001
email: enquiries@unikl.edu.my

Website:  http://www.unikl.edu.my/

p/s: Nota Tambahan: Anda juga boleh melayari blog siswa UniKL MIAT, Aiman di sini.


87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

9 comments:

  1. salam..kalau lepasan spm 2013 nak mohon unikl MIAT kena tunggu result spm dulu keluar ke??bila boleh mohon??

    ReplyDelete
  2. Assalam anonymous, boleh try gunakan result trial SPM. tapi nanti ia jadi tawaran bersyarat. saya student UniKL MIAT.

    ReplyDelete
  3. Salam... Saya berminat utk.menjadi jurutera kapal terbang.. Tetapi dlm program diploma/ijazah, yg mana satukah kos yg patut sya ambil ?

    ReplyDelete
  4. asalammualaikum, sy nk tau, kelayakkan ke uniKL MIAT nie lelaki n perempuan sme ke?

    ReplyDelete
  5. Klau dr ILP kos (tek.mekanik industri) boleh ke nk smbung kt MIAT?ape syarat2 dia?

    ReplyDelete
  6. Saya lepasan spm 2015 , kalau nak mohon ambik degree tu saya kena ambik asasi sains fizikal dulu ke? ke blh terus mohon degree terus?

    ReplyDelete
  7. ASSALAMUALAIKUM...UNIKL NIE KENA TEMUDUGA EHH KALAU NAK MASUK???

    ReplyDelete
  8. salam sejahtera..saya ingin bertanya??saya merupakan pelajar lepasan spm tahun 2015 dan saya ingin menyambung pelajaran di unikl miat pada tahun 2017 boleh atau tidak??ini disebabkan kerana saya ada mengambil peperiksaan ulangan subjek matematik pada bulan jun 2016 ini dan saya tidak tahu bilakah keputusan peperiksaan ulangan saya akan keluar..untuk pengetahuan tuan/puan saya tidak mendapat kredit dalam subjek matematik pada peperiksaan spm yang lepas iaitu pada tahun 2015 disebabkan itu saya mengambil peperiksaan ulangan tersebut..terima kasih

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen