Antara sikap kanak-kanak hiperaktif
Anak hiperaktif
Anak adalah permata hati kita, kurniaan, anugerah dan amanah Allah kepada ibu bapa. Beruntung bagi pasangan yang memiliki anak.
Namun
begitu, bagaimanakah jika kita dikurniakan anak bermasalah? Kolum
Permata Hati minggu ini membawa ibu bapa menyelami perilaku tidak normal
anak iaitu cara mengenalpasti
dan menangani anak hiperaktif.Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, hiperaktif bermaksud masalah terlampau cergas hingga pergerakannya sukar dikawal sama ada keadaan atau sifat. Keadaan ini biasa berlaku
pada kanak-kanak.
Oleh itu, ibu bapa harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-kanak normal tetapi sangat aktif dan riuh sebagai hiperaktif. Lihat dan teliti terlebih dahulu pada ciri khusus kanak-kanak hiperaktif.
Peringkat kanak-kanak adalah biasa jika mereka terlampau aktif, suka bermain dan mengalami pencapaian pelajaran sedikit merosot adalah normal. Ia bergantung pada umur dan peringkat perkembangan kanak-kanak.
Secara umumnya, hiperaktif dikategorikan kepada tiga tahap iaitu kekurangan tumpuan, mengikut dorongan hati dan berkelakuan aktif.
Berkelakuan terlalu aktif
Tahap aktiviti motor yang tinggi iaitu sentiasa bergerak ke sana ke mari, berlari tanpa rasa penat, tidak boleh duduk diam dan sentiasa gelisah. Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari, memanjat perabot dan tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif.
Kurang tumpuan
Tidak boleh menumpukan perhatian pada guru di sekolah atau tadika dan tidak berupaya menghabiskan tugas diberikan atau aktiviti permainan. Biasanya, mereka mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan lain dan sering kali tidak mendengar apabila
orang cuba bercakap dengannya.
Mereka selalunya tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.
Mengikut dorongan hati Tingkah laku impulsif dan memenuhi kehendak diri dengan segera. Biasanya, mereka tidak suka menunggu giliran dalam permainan dan suka mengganggu orang lain. Tindakannya di luar kawalan, cepat berubah melakukan sesuatu dan tidak mengikut arahan.
Masalah ADHD cenderung berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Kekurangan
tumpuan dan hiperaktif dalam kalangan kanakkanak menyebabkan mereka lewat menerima pelajaran dan membantutkan pencapaian pendidikan. Masalah ini kerap alami kanak-kanak
prasekolah dan ia boleh menjejaskan pencapaian bidang pelajaran pada peringkat permulaan.
Kaedah rawatan dan cara menangani Cuba rawat perilaku hiperaktif menggunakan kaedah pengurusan emosi yang berkesan, seperti tidak meninggalkannya bersendirian bergaul dengan
kanak-kanak lebih muda.
Ada kemungkinan dia akan melakukan kekerasan seperti mencederakan kawan dan diri sendiri.
Jauhkan alatan berbahaya dan tajam supaya dia tidak mencederakan dirinya sendiri, tegur dan elak menunjukkan perbuatan kasar kerana kanakkanak hiperaktif mudah meniru pelakuan ibu bapanya.
Ibu bapa perlu tahu bahawa kanak-kanak ini memerlukan perhatian, kasih sayang yang lebih dan jangan merendah-rendahkan dirinya di depan orang lain hingga dia terasa tidak disayangi.
Hal ini boleh memburukkan keadaan dan berisiko membuatkan kanak-kanak ini bertindak di luar kawalan.
Lazimnya, kanak-kanak hiperaktif melakukan sesuatu tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya, cuma ikut hatinya saja dan suka bermain bersendirian.
Jika tidak diubati, berkemungkinan penyakit ini akan berterusan hingga mereka dewasa. Mainkan tanggungjawab anda sebagai ibu bapa dan lakukan yang terbaik buat anak anda.
INFO TAMBAHAN:
Ada tiga tanda utama anak yang menderita ADHD, yaitu:
1. Tidak ada perhatian.
Ketidakmampuan memusatkan perhatian atau ketidak mampuan untuk berkonsentrasi pada beberapa hal seperti membaca, menyimak pelajaran. Dan sering tidak mendengarkan perkataan orang lain.
Ketidakmampuan memusatkan perhatian atau ketidak mampuan untuk berkonsentrasi pada beberapa hal seperti membaca, menyimak pelajaran. Dan sering tidak mendengarkan perkataan orang lain.
2. Hiperaktif.
Mempunyai terlalu banyak energi. Misalnya berbicara terus menerus, tidak mampu duduk diam, selalu bergerak, dan sulit tidur.
Mempunyai terlalu banyak energi. Misalnya berbicara terus menerus, tidak mampu duduk diam, selalu bergerak, dan sulit tidur.
3. Impulsif.
Sulit untuk menunggu giliran dalam permainan, sulit mengatur pekerjaanya, bertindak tanpa dipikir, misalnya mengejar bola yang lari ke jalan raya, menabrak pot bunga pada waktu berlari di ruangan, atau berbicara tanpa dipikirkan terlebih dahulu akibatnya.
Sulit untuk menunggu giliran dalam permainan, sulit mengatur pekerjaanya, bertindak tanpa dipikir, misalnya mengejar bola yang lari ke jalan raya, menabrak pot bunga pada waktu berlari di ruangan, atau berbicara tanpa dipikirkan terlebih dahulu akibatnya.
Ciri-ciri khusus anak yang hiperaktif diantaranya ialah sebagai berikut :
1. Sering menggerak-gerakkan tangan atau kaki ketika duduk, atau sering menggeliat.
2. Sering meninggalkan tempat duduknya, padahal seharusnya ia duduk manis.
3. Sering berlari-lari atau memanjat secara berlebihan pada keadaan yang tidak selayaknya.
4. Sering tidak mampu melakukan atau mengikuti kegiatan dengan tenang.
5. Selalu bergerak, seolah-olah tubuhnya didorong oleh mesin. Juga, tenaganya tidak pernah habis.
6. Sering terlalu banyak bicara.
7. Sering sulit menunggu giliran.
8. Sering memotong atau menyela pembicaraan.
9. Jika diajak bicara tidak dapat memperhatikan lawan bicaranya (bersikap apatis terhadap lawan bicaranya).
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen