Gadis 12 Tahun Bangga Tiada Dara Kini HIV Positif
(Artikel ini disiarkan pada 7 Februari 2013 dan menjadi entry ke3 utama sehingga 19/4/2013)
Fakta Aids
* Aids bukan hanya penyakit lelaki homoseksual. Ia juga boleh menular daripada lelaki kepada wanita dan daripada wanita kepada lelaki.
* Kuman Aids memasuki ke dalam badan melalui darah, rembesan air mani atau lendiran faraj orang yang telah dijangkiti.
* Sebaik saja kuman Aids memasuki tubuh, ia menembusi sel-sel darah putih istimewa disebut sel T4 yang mengawal kita daripada bakteria yang menyebabkan penyakit.
* Selepas itu ia biasanya berehat. Dalam keadaan ini, pesakit berada dalam kategori penyakit Aids C.
* Kadang-kadang ada sesuatu yang 'membangunkan' semula kuman ini dan ia aktif semula. Dalam peringkat ini, pesakit dalam kategori Aids B. Daya melawan penyakitnya mula lemah.
* Peringkat terakhir penyakit ini ialah Aids A. Daya melawan penyakitnya musnah sama sekali. Selalunya ia membawa kepada tanda-tanda ungu pada kulit disebut Kaposi's Sarcoma, sejenis barah yang jarang berlaku.
KAJIAN
beberapa penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di
beberapa institusi yang menahan dan melindungi remaja, hampir tiga
perempat peratus daripadanya mengaku mengadakan hubungan seks seawal
usia 12 tahun.
Pada tahun 2004, 60,621 rakyat Malaysia dilaporkan positif HIV sejak kes pertama tahun 1986. Manakala pada tahun 2005, ia naik mendadak kepada 70559 HIV, 10663 AIDS, sementara yang mati kerana AIDS seramai 8179. Lebih 80% daripada mereka yang mengidap HIV/AIDS adalah di bawah usia 39 tahun.
Berita yang disiarkan Metro Ahad, Dah Kena HIV Sesal Tak Sudah. Usia mereka baru 12 dan 13 tahun dan masih bersekolah, tetapi kesucian diri diragut teman lelaki ekspres yang dikenali menerusi laman sosial popular, Facebook (FB).
Semuanya berlaku kerana perasaan ingin mencuba ilmu asmara yang diperoleh menerusi Internet dan FB dianggap jalan pintas untuk mendapat seberapa ramai kenalan lelaki dalam tempoh singkat tanpa pengetahuan ibu bapa.
Terpesona dengan pendapatan antara RM18,000 hingga RM20,000 sebulan hasil kegiatan sumbang bersama lelaki hidung belang tanpa mengira umur atau keturunan termasuk pelancong asing, Sally dan Tina menggunakan gambar seksi untuk menggoda kenalan FB.
Bagaimanapun, seronok hanya sekejap tetapi derita berpanjangan. Kini mereka yang menginjak usia 17 tahun menyesal tak sudah kerana kesilapan silam pada usia masih mentah.
Jika dulu mereka berbangga didampingi ramai lelaki, diulit kemewahan dan mampu memiliki gajet canggih yang menjadi idaman rakan sebaya, kini semuanya tidak berguna lagi selepas Sally disahkan dijangkiti HIV positif.
ISU HIV AIDS GLOBAL
Kira-kira 300 juta manusia di Afrika dilaporkan sebagai HIV positif; dalam setiap 14 saat, seorang anak muda akan dijangkiti virus HIV; dan bahawa menjelang 2050, penyakit ini akan mengorbankan sebanyak 280 juta nyawa manusia.
Mengenai tersebar-luasnya budaya songsang homoseksual, Family Watch International (http://www.familywatchinternational.org) telah mendedahkan data berikut:
· Risiko tinggi HIV/AIDS di kalangan para homophili/homoseksual yang terus menerus mengamalkan perlakuan luar tabii tersebut
· Golongan homoseksual merupakan golongan tertinggi dijangkiti penyakit- penyakit akibat hubungan kelamin (STD)
· Lebih sepertiga lelaki dan wanita homoseksual juga terlibat dalam penyalahgunaan dadah
· Empat puluh peratus remaja homoseksual dilaporkan mempunyai sejarah membunuh diri
· Golongan homoseksual lebih cenderung memiliki masalah kesihatan mental berbanding golongan heteroseksual
· Hubungan di antara pasangan homoseksual adalah lebih ganas berbanding perhubungan di antara pasangan heterosexual
· Sikap berat sebelah dan diskriminasi masyarakat tidak menyumbang kepada risiko kesihatan yang meningkat di kalangan homoseksual
Ketika
membincangkan keadaan yang amat merunsingkan ini, seorang sarjana Islam
terkenal, Seyyed Hossein Nasr, menyatakan pandangan berikut dalam buku
beliau “A Young Muslim’s Guide to the Modern World” pada 1994:
Jebak seks teman sekolah rendah
Kajian
Profil Belia Bermasalah di Malaysia 2009 untuk Institut Pembangunan
Penyelidikan Belia Malaysia yang dijalankan ke atas 4,025 responden
berusia 15 hingga 40 tahun, melaporkan mereka mengakui menjalinkan
hubungan seksual dengan rakan sekelas pada usia 12 tahun dan
kebanyakannya tanpa pengetahuan ibu bapa.
Lebih
mengejutkan 80 peratus daripada ibu kanak-kanak itu adalah mereka yang
tidak bekerja. Kebanyakan remaja yang pernah melakukan hubungan seks dan
hamil anak luar nikah ini 23 peratus daripadanya melakukannya kerana
suka sama suka, 11 peratus dirogol, lapan peratus terlalu percaya kepada
teman lelaki, tujuh peratus kerana dorongan kawan-kawan dan enam
peratus sukakan kebebasan. Tiga peratus lagi ingin mencuba manakala dua
peratus kurang pendidikan agama.
Penjelasan
yang diberikan kanak-kanak ini pastinya mengejutkan. Selain melakukan
hubungan seks pada usia 12 tahun, ada antara mereka yang mengambil pil
kuda dan ganja pada usia yang sama, bersekedudukan dengan teman lelaki,
mencuri motosikal, ketagihan dadah, samun bersenjata dan pelbagai salah
laku yang sepatutnya tidak dilakukan mereka.
Hasil
kajian ini tentunya bercanggah dengan Kajian Persekutuan
Persatuan-persatuan Perancangan Keluarga Malaysia (PPPKM) yang mendapati
usia sesuai untuk berkahwin di Malaysia bagi lelaki adalah 28 tahun dan
25 tahun bagi perempuan berbanding masing-masing 21 tahun dan belasan
tahun pada zaman dulu.
Pendedahan
ini tentunya sukar untuk dipercayai apatah lagi perkara sedemikian
berlaku di kalangan masyarakat yang membesarkan anak kecil mereka dengan
gambaran bahawa seks adalah satu perkara yang ‘tidak baik’ melainkan
adanya ikatan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.
Adakah remaja
hari ini terlalu moden serta tidak lagi menerima pandangan ibu bapa
hanya kerana ketaksuban mereka kepada globalisasi yang kian mencabar?
Tidakkah
mereka memikirkan masa depan jika hamil sebelum berkahwin? Apakah yang
akan terjadi pada persekolahan atau kerjaya mereka? Belum lagi mengambil
kira malu pada diri, keluarga dan masyarakat. Sanggup dibuang keluarga
kerana menconteng arang ke muka mereka semata-mata kerana mengikut
nafsu? Kebanyakan remaja yang terbabit dalam hubungan seks ini menyedari
bahawa perbuatan mereka itu salah tetapi rela membiarkan nafsu
menguasai diri berbanding akal fikiran yang waras.
Siapakah yang patut dipersalahkan? Remaja, ibu bapa, guru, masyarakat atau media?
Pensyarah
Fakulti Undang-Undang UKM, Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, yang
turut serta dalam Kajian Belia Bermasalah di Malaysia 2009, berkata
menuding jari mencari salah bukanlah jalan penyelesaiannya. Ini kerana
semua memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah ini sama ada
remaja, ibu bapa serta masyarakat.
Sambil
meluahkan kebimba-ngannya, kajian ini menjadi garis panduan serta
memberi gambaran pada negara 10 atau 20 tahun akan datang sekiranya
gejala ini tidak dibendung dengan bijak. Bayangkan apa yang akan terjadi
sekiranya kanak-kanak seawal usia 12 tahun sudah melakukan hubungan
seks dan tidak mustahil pada usia 14 atau 15 tahun mereka sudah
melahirkan anak luar nikah.
“Jika
ini berterusan, kita samalah seperti negara Barat yang tidak mempunyai
pegangan agama dan norma kehidupan yang tinggi. Tidak mustahil ketika
itu bersekedudukan menjadi perkara biasa malah sukar dibendung lagi.
“Ini
belum ditambah dengan masalah penyalahgunaan dadah, gay dan lesbian
serta pelbagai salah laku yang memerlukan penelitian, penyelesaian
daripada semua pihak lebih-lebih lagi ibu bapa,” katanya.
Dalam
hal ini, keluarga adalah institusi sosial yang berperanan mengembang
dan memba-ngunkan keturunan. Mereka dipertanggungjawab menjaga,
melindungi, mendidik dan membimbing anak-anak hingga dewasa. Namun
institusi keluarga hari ini dilihat gagal memainkan fungsi yang
sewajarnya dalam membentuk generasi muda bersahsiah tinggi.
Tambahan
lagi dengan meningkatnya perceraian di kalangan suami isteri,
penganiayaan terhadap anak-anak dan kurangnya kasih sayang sesama
keluarga menyebabkan berlaku pelbagai masalah sosial seperti sumbang
mahram, lari dari rumah dan masalah seks bebas.
“Kebanyakan
anak-anak bermasalah ini dibesarkan oleh ibu bapa berfahaman moden yang
mementingkan akademik semata-mata. Mereka sa-ngat mempercayai anak-anak
dan membiarkan anak-anak melakukan apa yang disukai mereka tanpa rasa
bimbang atau takut.
“Anak-anak
belasan usia dibiarkan menonton filem bersama rakan, keluar ke pusat
beli-belah tanpa ditemani ahli keluarga atau membonceng motosikal
bersama teman sekelas. Bukankah semua perlakuan ini adalah bibit
permulaan kepada perlakuan yang tidak diundang?
“Apa
yang berlaku kepada ibu bapa moden hari ini mereka membiarkan saja
kerana percaya anak-anak tidak akan melakukan perkara yang boleh
memalukan mereka.
Sedangkan
ibu bapa tidak menyediakan asas serta tapak yang kukuh kepada satu jati
diri yang membolehkan anak-anak ini menilai baik dan buruknya,”
jelasnya.
Sambil
menggesa ibu bapa hari ini seharusnya menjadi ibu bapa pada zaman dulu,
sentiasa memerhati, memantau perlakuan anak-anak. Biar mereka seperti
mengongkong tetapi dengan cara yang sepatutnya.
“Misalnya
menonton wayang bersama anak-anak atau hanya memastikan mereka keluar
bersama ahli keluarga yang lain. Memastikan setiap video cakera padat
yang dibeli anak-anak ditonton dulu bagi memastikan tiada unsur
keganasan atau kelucahan melampau terdapat di dalam cerita itu dan hanya
membenarkan rakan-rakan bertemu di rumah saja bukannya di pusat
beli-belah atau di tempat lain,” katanya.
Walaupun
ia nampak seperti mengongkong namun lama kelamaan apabila ia berlaku
setiap hari bersama penjelasan dan secara konsisten, sudah tentu ini
menjadi perkara biasa bagi mereka dan dengan sendirinya menolak pelawaan
rakan-rakan untuk menonton wayang atau keluar tanpa arah tujuan.
Selain
itu, ibu bapa diminta untuk lebih bersikap terbuka mengenai pendidikan
seks serta menerangkan kepada anak-anak apabila mereka menginjak usia
remaja.
Misalnya
mengenai haid untuk anak perempuan dan pentingnya anak-anak menjaga
maruah diri. Begitu juga untuk anak lelaki yang boleh dijelaskan oleh
bapa.
“Malangnya
ibu bapa moden hari ini tidak pula bersikap terbuka dalam hal itu dan
menganggap seksual adalah sesuatu yang memalukan. Mereka
seboleh-bolehnya mencari alasan supaya anak-anak tidak didedahkan
dengannya terutama pada awal usia,” katanya.
Tambah
Prof Noor Aziah, faktor yang sering dilupakan adalah kegagalan ibu bapa
berkomunikasi dengan anak-anak yang seterusnya mewu-judkan ruang antara
mereka.
Walau
sebagaimana sibuk sekali pun bekerja, ibu bapa harus mengambil peluang
berbual-bual dengan anak-anak terutama ketika makan bersama.
“Ini
boleh dilakukan sejak mereka di sekolah tadika lagi dengan bertanyakan
mengenai pembelajaran seterusnya meningkat ketika sekolah rendah dan
menengah.
Jangan sesekali mewujudkan ruang antara ibu bapa dengan anak-anak.
“Ini
kerana apabila anak-anak sudah meningkat remaja dan ibu bapa baru
memulakannya sudah pastinya ia sukar dan anak-anak akan menganggap ibu
bapa mereka membebel,” jelasnya yang meminta ibu bapa kembali kepada
ajaran Islam yang sebenar dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia.
Ini kerana asas utama dalam mendidik anak-anak adalah memberi pendidikan agama yang kuat kepada mereka.
PERMASALAHAN ZINA
Masalah zina di kalangan remaja sekarang sebenarnya amat menakutkan. Walaupun mereka tahu risiko atau bahaya berzina, mereka tetap melakukannya kerana dorongan hawa nafsu yg tak dapat dibendung lagi. gejolak nafsu tidak mengenal usia, baik muda atau tua, semuanya ada risiko digoda. Hanya orang yang benar2 beriman, dengan bekalan taqwa mereka merempuh kehidupan yang penuh dengan godaan nafsu ini.
Kajian seorang ahli akademik mendapati semua 887 pelajar perempuanyang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri dikategorikan sebagai ‘berisiko tinggi’ kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks.
Ini merupakan suatu penemuan yang mengejutkan dan menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh seorag pakar psikologi dari UKM, beliau mendapati ada 7 daripada 31 responden mengaku melakukan seks seawal usia belum mencecah 15 tahun!
Dalam satu temuramah rancangan TV3, seorang gadis di sebuah pusat pemulihan swasta ditemubual, mengakui mula mengenali perilaku seks melalui vcd lucah yang ditonton bersama dengan ahli keluarganya(ibubapa sekali) dan gadi tersebut mengakui terlalu gian dengan seks sehinggakan berkata bahawa ia memikirkan tentang seks setiap kali melihat lelaki termasuklah yang menemubualnya!!
Jalan penyelesaian untuk mengubati dan merawat penyakit-penyakit tersebut hanyalah satu iaitu ‘KEMBALILAH KEPADA ISLAM YANG SYUMUL. GENGGAMLAH ERAT2 FORMULA RAWATAN ISLAM YANG TERMAKTUB DALAM AL QUR’AN DAN SUNNAH NABI JUNJUNGAN SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM.’
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen