Pages - Menu

Pages - Menu

Kemurungan Meroyan Gangguan emosi selepas bersalin

Kemurungan Meroyan Gangguan emosi selepas bersalin



Doa Mohon Ketabahan hati dan kesabaran dalam menghadapi ujian hidup

Rawatan simptom kemurungan
  • Terapi sokongan
  • Ubat anti depresi
  • Rehat yang cukup
  • Makan makanan seimbang dan sihat
  • Buat senaman ringan

  • Mendengar berita rakan baik penulis selamat melahirkan bayi sulung, timbul perasaan seronok dan tidak sabar-sabar mahu menziarahinya. Apakan tidak, tempoh lima tahun untuk menunggu cahaya mata dirasakan terlalu lama.


    Selepas bersabar dan berikhtiar, rakan penulis yang hanya mahu dikenali sebagai Lina disahkan hamil. Pun begitu, dia seakan-akan tidak gembira dengan kelahiran permata sulungnya.

    Paling menyedihkan, Lina benci dan tidak mahu me- nyusukan anaknya atas alasan bayi itu bukan zuriatnya. Risau dengan keadaan itu, suami dan keluarganya membawa Lina berjumpa doktor.



    Berdasarkan pemeriksaan dilakukan, Lina dikesan menghidap gejala kemurungan selepas bersalin atau dalam bahasa biasa disebut meroyan, manakala dalam istilah perubatan pula disebut sebagai postpartum psychosis.

    Meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang.


    Pada tahap ini, wanita yang mengalaminya berkemungkinan melakukan perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.




     

    Meskipun ia sinonim dengan masyarakat Melayu, hakikatnya semua bangsa turut mengalami masalah sama, tidak kira wanita biasa mahupun golongan profesional.

    Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Suhaimi Hassan berkata, meroyan ialah istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin.

    “Kemurungan selepas bersalin biasa berlaku dalam kalangan sesetengah wanita tanpa mengira bangsa. Hingga kini penyebab sebenar masalah ini masih tidak diketahui.

    “Ia mungkin disebabkan perubahan hormon yang berlaku terhadap tubuh badan si ibu selepas melahirkan anaknya.


    “Selain itu, ada juga faktor sampingan seperti tidak mendapat sokongan daripada suami atau tidak mempunyai keluarga yang tinggal berdekatan.


    “Faktor lain ialah menghadapi masalah kewangan, kesukaran menyusu badan, mempunyai sejarah sakit mental, pernah mengalami keguguran dan menghadapi masalah sewaktu melahirkan,” katanya.


    Seorang daripada 10 wanita mungkin menghidapnya. Ia berbeza dengan masalah ‘baby blues’ iaitu perubahan emosi yang normal dan tidak serius yang biasa terjadi selepas bersalin (sejak hari ketiga hingga minggu kedua selepas bersalin) apabila ibu akan bermuram, sering menangis, letih dan rasa tertekan.


    Ini disebabkan perubahan hormon secara mendadak dalam badan. Dengan bantuan yang sesuai, si ibu akan berasa lebih sihat dalam beberapa hari.


    Bagaimanapun, masalah meroyan tidak seperti baby blues kerana ia tidak akan sembuh jika tidak mendapat rawatan sewajarnya.


    Katanya, setiap wanita yang mengalami simptom ini akan menunjukkan tanda berbeza tetapi kebanyakan mereka akan menunjukkan perasaan putus asa, rasa bersalah, letih, muram, sering menangis, gelisah dan ada kala cepat marah.


    “Semua ibu berasakan satu atau lebih daripada tanda tadi pada masa tertentu. Lazimnya, meroyan berlaku apabila umur bayi berusia empat hingga enam minggu tetapi ada kala ia bermula beberapa bulan selepas dilahirkan,” katanya.


    Meroyan boleh sembuh sepenuhnya dengan mendapatkan rawatan tertentu. Perbincangan serta sokongan suami, rakan dan saudara terdekat boleh membantu selain nasihat doktor.


    Jika ada kaunselor dan ahli psikologi terapi, mungkin lebih baik. Perkhidmatan terapi kognitif ini akan mengajar ibu mengenai strategi harian bagi mengatasi masalah ini.


    Jika meroyan jenis yang teruk, si ibu boleh dirujuk kepada ahli psikologi atau psikiatri untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.


    Tambahnya, ada ubat anti depresi yang boleh meningkatkan jumlah hormon serotonin bagi meringankan perasaan, memudahkan tidur dan mengurangkan rasa marah.


    “Antara lima hingga tujuh dalam setiap 10 ibu yang mengambil ubat anti depresi mendapati, simptom meroyan atau kemurungan mereka reda dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan.


    “Selalunya rawatan ini hanya akan berkesan selepas seminggu mengambilnya. Anti depresi yang selalu diberi adalah prozac atau seroxat.


    Sumber; Harian Metro, 23/2/2013

    “Ubat ini juga boleh memberi kesan kepada susu ibu dengan jumlah yang sedikit dan jika anak mengantuk, si ibu harus segera berjumpa doktor.


    “Ramai ibu yang mengambil anti depresi juga menyusu badan sebab ia menambah keyakinan diri dan mengeratkan hubungan di antara bayi dan ibu, yang secara tidak langsung membantu mengatasi meroyan,” katanya.

    No comments:

    Post a Comment

    Terima Kasih sudi komen