Panduan Pemilihan IPTS 2013
Panduan Pemilihan IPTS versi 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Keputusan SPM 2012 dan STPM 2012 masih belum diumumkan lagi. Namun ada bekas pelaajr yang menghubungi saya bagi meminta pandangan halatuju kerjaya dan IPT mana yang sesuai untuk mereka pilih.
Ada juga bekas pelajar yang ingin terus ingin berkerja selepas tamat SPM dan STPM atas sebab-sebab tertentu. Bagaimanapun, di Malaysia kini, peluang untuk belajar dan menuntut ilmu hingga ke peringkat tertinggi semakin terbuka luas.
Dalam memilih bidang pengajian di IPT selepas tamat SPM dan STPM, antara yang perlu dilihat ialah kelayakan keputusan peperiksaan SPM dan STPM anda dengan course yang hendak dipohon. Bagi pelajar yang memperolehi keputusana sangat cemerlang, biasanya anda mempunyai banyak pilihan memilih kursus yang diminati di IPTA.
Tidak dinafikan, pilihan berasaskan minat kerjaya juga perlu difikirkan. Misalnya'course characteristic'. Bagi pelajar biasanya selepas PMR, penentuan kerjaya anda dijana melalui aliran dan mata pelajaran yang anda ambil untuk SPM. Sebab itulah, peperiksaan PMR penting sebagai permulaan awal halatuju kerjaya anda selepas tamat alam persekolahan.
Fikirkan juga matlamat hidup anda.
Mari kita lihat contoh bentuk-bentuk kerjaya 'Chemical engineering' dan sofware engineering biasanya akan berurusan dengan 'benda-benda'.
Sedangkan dentist, jumpa orang dan masalah kesihatan berkaitan gigi seperti saraf dan lain-lain.
'Which one you prefer?'Fikir balik elok-elok,
kalau dah serabut sangat,silalah Buatlah istikharah,klik kat sini caranya ye.
Insya-Allah, Dia akan tunjukkan...
"...Barangsiapa bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sungguh, ALLAH telah mengadakan keperluan bagi setiap sesuatu."
(At-Talaq;3)
Panduan pemilihan institusi pengajian tinggi swasta 2013 Sila muat turun dan sila klik di sini
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen