Pages - Menu

Pages - Menu

9A SPM jadi cikgu

 9A SPM jadi cikgu



JOHOR BAHRU: Kementerian Pelajaran akan menawarkan tempat kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang bagi menjalani latihan sebelum diserap menjadi guru sebagai satu langkah meningkatkan lagi sistem pendidikan negara.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, 30 peratus daripada lepasan SPM 2013 akan dipilih untuk dilatih menjadi guru, ia bagaimanapun bergantung kepada minat terhadap profesion itu yang ditunjukkan calon terbabit.

Beliau berkata, cadangan itu selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 yang antara lain bermatlamat meningkatkan kualiti guru dan kaedah pengajaran kepada murid di negara ini.


“Calon yang menepati kelayakan dan mempunyai kelulusan paling cemerlang akan ditawarkan untuk mengikuti latihan itu. Jika dulu kita ambil mereka yang mendapat keputusan 6A atau 7A, kini ia ditawarkan kepada mereka memperoleh 9A iaitu gred tertinggi.

“Hanya calon mencapai tahap yang paling cemerlang saja akan kita ambil sekiranya mereka berminat untuk dilatih menjadi guru,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) di Pusat Kokurikulum Johor Bahru di sini, semalam.



 

Muhyiddin berkata, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 itu, ia akan dilaksana menerusi tiga gelombang dengan bermatlamat memartabatkan profesion perguruan, meningkatkan kepimpinan sekolah dan kualiti sekolah, memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.


Menurut Muhyiddin, kerajaan serius dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperuntukkan dana khas RM500 juta pada Bajet 2013 lalu bagi merealisasikan tujuan itu.

“Seramai 25 Sukarelawan English Teacher Assistant (ETA) tambahan dari Amerika Syarikat (AS) akan mula bertugas di sekolah terpilih seluruh negara pada 2013, sebelum ini 50 ETA sudah bertugas dan menunjukkan perkembangan positif.

“Kita mahu lebih ramai ETA, bagaimanapun kerajaan AS menghadapi kesukaran untuk menyediakan guru yang sesuai bagi tujuan itu,” katanya.

Sebelum ini, 50 ETA berkenaan ditempatkan di sekolah di seluruh negara, ia mendapat maklumbalas positif di kalangan guru, murid dan pelajar. Mereka yang berminat untuk mengusai Bahasa Inggeris kini lebih berani untuk berkomunikasi dengan berbahasa Inggeris Mengulas berkaitan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, Muhyiddin berkata, penduduk di Lembah Klang bakal berdepan krisis air menjelang 2015 jika projek itu tidak diteruskan dalam masa terdekat.

“Projek membina loji itu menemui jalan buntu apabila Kerajaan Selangor masih gagal memberi maklumbalas di mana proses membina dijangka memerlukan tiga hingga empat tahun untuk disiapkan.

“Kita sudah minta Menteri Besar Selangor untuk luluskan permohonan tetapi masih mereka berdolak dalik dengan alasan mahu selesaikan dulu pengambilalihan empat syarikat konsesi,” katanya.

Loji Rawatan Air Langat 2 dijangka dapat menampung kapasiti 130 juta liter sehari untuk diagih kepada penduduk di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

sumber; klik di sini

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen