Pages - Menu

Pages - Menu

Cemerlang STPM 2012 Kecekalan bapa semarakkan semangat

Cemerlang STPM 2012 Kecekalan bapa semarakkan 
semangat



Pengetua SMK Cenderawasih, Datin Fauziah Ismail beramah mesra dengan empat pelajar yang mendapat 5A dalam semua mata pelajaran STPM 2012 (dari kanan) Sit Guat Sin, Wong Kwok Sang, Tay Chee Wei dan Pua Soo Nge ketika mereka mengambil slip keputusan peperiksaan itu di sekolah tersebut di Kuantan, Pahang Isnin lalu.

KUANTAN 19 Mac - Kecekalan bapanya yang menyara kehidupan keluarga sebagai penjaja di Pasar Besar Kuantan di sini menjadi pembakar semangat kepada Tay Chee Wei, 19, untuk cemerlang dalam pelajaran.

Anak sulung daripada dua beradik itu tekad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya memperoleh 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 yang diumumkan.

Chee Wei yang menetap di Kampung Tengah di sini berkata, sejak kecil dia memasang impian untuk bergelar akauntan bagi mengubah kehidupannya sekeluarga.

"Impian sahaja tidak menjadi sekiranya tidak belajar bersungguh-sungguh, justeru saya sentiasa membuat ulang kaji selepas waktu persekolahan termasuk menghadiri kelas tambahan.


"Setiap hari saya akan bangun seawal pukul 5 pagi bagi mengulang kaji dan membuat persediaan sebelum ke sekolah," kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cenderawasih itu ketika ditemui pemberita.


 


Tambahnya, dia yang berharap mendapat tempat di universiti awam dan mahu menjadi contoh terbaik kepada adiknya yang berada di tingkatan tiga bahawa kesusahan hidup bukan alasan untuk gagal dalam pelajaran.

Sementara itu, Wong Kwok Sang, 19, anak seorang petani yang mendapat 4A dalam STPM pula berkata, tiada rahsia khusus untuk berjaya dalam peperiksaan melainkan usaha bersungguh-sungguh.

"Kita kena rajin dan melipat gandakan usaha terutama menjelang peperiksaan. Kebiasaannya pada minggu peperiksaan saya akan bangun pada pukul 3 pagi untuk mengulang kaji pelajaran.

"Selain itu, tumpuan di dalam kelas perlu 100 peratus dan sentiasa berfikiran rasional," katanya yang menetap di Indera Mahkota, dekat sini.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen