Pages - Menu

Pages - Menu

Lepasan SPM boleh ke IPT berdasarkan pengalaman kerja

Lepasan SPM boleh ke IPT berdasarkan pengalaman kerja: Saifuddin



TEMERLOH: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang kurang cemerlang berpeluang melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi berdasarkan pengalaman kerja atau perniagaan masing-masing.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, peluang berkenaan adalah selaras dengan agenda kerajaan mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.



"Kerajaan akan mewujudkan satu kaedah kelulusan baharu dengan mengambil kira pengalaman kerjaya serta perniagaan seseorang lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi termasuk di universiti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada 16 pelajar cemerlang SPM yang mengikuti Program Empower di bawah kendalian Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di sini, hari ini.


Saifuddin menjelaskan, pendekatan baharu itu diharap dapat melahirkan tenaga kerja mahir setanding dengan status negara maju dan seterusnya mampu menjayakan agenda rakyat berpendapatan ting
gi. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/05/28 di Harian Metro sumber klik di sini 


87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen