BESUT, 19 Mac -- Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) 2012 dari SMK Renek, Besut, Nor Izyan Suhaimi (dua dari kanan)
menunjukkan keputusan peperiksaan dan sijil anugerah yang diterima
sebagai Pelajar Cemerlang STPM Kategori Sekolah Luar Bandar 2012 kepada
rakan-rakannya di sini, hari ini.
Turut sama Pengetua Cemerlang, SMK Renek Ahmad Zawawi Mat Junoh (kanan) dan Penyelaras STPM Pejabat pelajaran Besut, Mahusin mamat (tiga dari kanan).
Dalam peperiksaan itu Nor Izyan berjaya memperolehi 5 Prinsipal A+ dalam kertas Pengajian Am, Bahasa melayu, Sejarah, Geografi dan Ekonomi.
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
Bagi Nor Izyan Suhaimi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Renek, Besut dan Normadia Manaf dari SMK Putra, Hulu Besut, tiada yang mustahil asalkan mempunyai semangat juang tinggi untuk mencapai cita-cita yang diidamkan.
Nor Izyan yang memperoleh lima prinsipal A+ berkata pelajar tidak boleh membuat pelbagai dalih sekiranya mereka lemah dalam pelajaran kerana ianya boleh diperbaiki dengan kesungguhan.
"Kalau sebelah petang saya susah nak belajar kerana ramai adik-adik kecil di rumah, saya pergi ke sekolah mengadakan sesi perbincangan dengan kawan tentang sesuatu perkara yang diajar oleh guru pada sebelah pagi.
"Pada waktu malam pula kalau adik-adik masih menganggu, saya akan bangun seawal jam 4 pagi untuk menelaah pelajaran" katanya ketika ditemui di sekolahnya Selasa.
Pelajar itu yang mempunyai 12 adik beradik kini tinggal bersama bapanya yang merupakan seorang tukang rumah dan ibunya surirumah serta 6 adik beradiknya yang yang berumur antara 18 hingga 6 tahun manakala yang lain sudahpun bekerja dan sedang menuntut di universiti.
sumber; BERNAMA KLIK DI SINI
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen