Pages - Menu

Pages - Menu

Ustaz Rujhan Mohamed Razali telah meninggal dunia Al Fatihah

Ustaz Rujhan Mohamed Razali 
telah meninggal dunia Al Fatihah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya telah mendapat khabar berita dukacita pada Jumaat, 8 Mac 2013 semalam. Namun hanya pada petang ini baru sempat saya nukilkan di blog ini.

Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali telah kembali ke rahmatullah pada jam  tengah hari Jumaat semalam.  Mohon kita sama-sama hadiahkan  Al-Fatihah untuknya. Al fatihah.



Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali seorang penceramah bebas berasal dari Jerantut, Pahang. Semasa di SMK Jengka 2, pernah GPK 1 SMK Jengka 2, Ustaz Abdul Rahim membuat kutipan derma untuk allahyarham yang sedang terlantar sakit ketika itu. Allahyarham kerap memberi ceramah di SMK Jengka 2.




Dikhabarkan jua, Allahyrham sebelum mengalami stroke pada petang Khamis, allahyarham sempat menyampaikan ceramah di sebuah sekolah pada sebelah paginya. Subhanallah. Cekalnya semangat Allahyarham.


Ada banyak juga pesan Ustaz Rujhan yang sempat dinukilkan, semoga menjadi pedoman untuk kita bersama di Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Rujhan.


Untaian kata hikmah beliau juga:

ceramah ustaz Rujhan

Jumaat yang lalu, 2oct ustaz Anuar mewajibkan kehadirn claz ISSB122 and another Islamic studies class to attend satu program macam ceramah la..tapi santai jer..disampaikan oleh Ustaz Rujhan bin Razali. Beliau tu femes..patut la macam penah nampak..kat tv9, tv1 and suara die slalu de kat radio Pahang..
Sangat best penyampaian die. Disebabkan die tu motivator, banyak la kata2 hikmah yang dikongsi..
Antaranya
“kalau tak dapat apa yang kita suka
Sukalah apa yang kita dapat”
“jangan sedih jika diri tidak dihargai,
Tapi menangislah jika diri tidak berharga lagi”

“hidup ini terlalu singkat
Ia menjadi bertambah singkat
Bila kita banyak membuang masa”

“Hidup ini terlalu singkat
Malang jika kita penuhkan
Dengan sengketa dan airmata”

“Hidup tidak selalu indah
Kerana disitu terletak
Indahnya kehidupan”

Then pasal doa harian kita…kena rajin berdoa sebab Allah suka hambanya memohon kepadaNya…
Doa yang last2 tu..”rabbana atina fi ddunya hasanah….”
Hasanah dunia itu termasuklah:
-ilmu yang bermanfaat
-kesihatan yang baik
-mendapat rezki halal, ban yak dan berkat
-mendapat sahabat atau jiran yang baik
-pasangan hidup yang baik
-zuriat yang baik..
Alhamdulillah, begitu luasnya hasanah dunia tu…tu la kita jangan tinggal solat dan berdoa. Allah pasti makbulkan doa hambanya yang taat dan bersungguh2. Juz masa yang menentukan samaada lambat ataupun cepat.

Lagi satu pasal khusnul khatimah dan su’ul khatimah iaitu cara mati secara baik atau
secara buruk..

Tanda meninggal dalam iman @secara baik
-berpeluh-peluh
-keluar air mata di kelopak matanya
-hidungnya kembang kempis

Meninggal secara buruk
-mulutnya berbuih2
-suaranya tercekik
-wajahnya hitam kehitaman

Ya Allah, matikanlah kami dengan cara khusnul khatimah… 


Sumber; Sila klik di sini
  

Boleh lihat catatan http://ibuberbicara.blogspot.com/2013/03/al-fatihah-ustaz-rujhan-mohamed-razali.html



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen