Pages - Menu

Pages - Menu

Al Fatihah Guru dan 2 Anak Maut di Mersing

Al Fatihah Guru dan 2 Anak Maut di Mersing




Al Fatihah ini dihadiahkan kepada Abd Razak Pid, 44 , Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu, Adibah Taqqiah, 14, Afiqah Ihsanniah, 11, dan seluruh muslimin dan muslimat mukminin mukminat. Semoga Allahyarham berbahagia di alam sana. salam takziah untuk keluarga Allahyarham.

 NORIYAH (berkerusi roda) tidak dapat menahan kesedihan ditenangkan ahli keluarga.
(Harian Metro)


Kereta Proton Saga yang dinaiki Abdul Razak Pid bersama tiga anaknya remuk selepas bertembung dengan lori tunda dalam kemalangan di Kilometer 33, Jalan Mersing-Kota Tinggi, Johor, semalam. - UTUSAN/faris hanafie

Guru dan 2 Anak Maut di Mersing

Mersing: “Kali terakhir saya bertemu empat mangsa tiga hari lalu, apabila arwah anak membawakan nasi dan tomyam untuk makan malam bersama sebelum memberitahu mereka semua akan ke Johor Bahru.

“Bagaimanapun, saya tidak menyangka itu kali terakhir saya menemui arwah anak dan dua daripada tiga anaknya sebelum mereka terbunuh dalam kemalangan,” kata Noriyah Imman, 79, ibu Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu Abd Razak Pid, 44, yang maut bersama dua anaknya dalam kemalangan di Kilometer 33 Jalan Mersing-Kota Tinggi, di sini, petang semalam.


 

Dalam kejadian jam 4 petang itu, Proton Iswara dipandu Abd Razak bersama tiga anaknya, Adibah Taqqiah, 14, Afiqah Ihsanniah, 11 dan Alimul Helmi, 9, dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Mersing sebelum dipercayai hilang kawalan lalu bertembung sebuah trak tunda.

Akibat pertembungan itu, Abd Razak yang juga duda, Adibah dan Afiqah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Alimul Helmi patah tangan kanan dan dikejarkan ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Saya tidak sangka itu makan malam terakhir kami ketika dia datang ke rumah saya di Taman Sri Pantai, dekat sini, sebelum mereka maut dalam kemalangan itu. Ketika itu, arwah anak hanya memaklumkan akan ke Johor Bahru untuk menghadiri kursus ditemani tiga anaknya itu.


myMetro 25 Apr 2013


Tiga beranak maut nahas


Mersing: Seorang guru dan dua anaknya terbunuh selepas kereta dinaiki mereka bertembung trak penunda dalam kemalangan di Kilometer 33, Jalan Mersing-Kota Tinggi, dekat Sungai Ambat, petang semalam.

Dalam kemalangan itu, Guru Penolong Kanan (GPK) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anjung Batu, Abdul Razak Pid, 44, maut di tempat kejadian bersama anaknya, Adibah Taqqiah, 14, dan Afiqah Ihsaniah, 11.

Kematian Abdul Razak yang menduda berikutan kematian isterinya sejak dua tahun lalu, menyebabkan anak bongsunya berusia sembilan tahun, Alimun Helmi menjadi yatim piatu. Alimun Helmi yang patah tangan, masih dirawat di Hospital Mersing.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superentendan, Zulkepli Hashim, berkata beliau terserempak dengan kemalangan itu ketika dalam perjalanan pulang dari mesyuarat di Johor Bahru, semalam.

“Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa bertembung dengan trak penunda. Tiga beranak itu maut di tempat kejadian.

“Menyedari seorang lagi anak mangsa cedera parah, saya mengarahkan segera dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Mersing,” katanya, di sini, semalam.

“Punca kemalangan masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berita Harian 25 Apr 2013


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen