CARA SOLAT FARDHU YANG BETUL
Cara
sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan
ibadah solat kita diterima oleh Allah. Oleh yang
demikian, kami menyediakan panduan ringkas tentang
cara2 mengerjakan solat dengan kaedah yang betul
sebagai panduan umum kepada kita semua.
Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat
EMPAT RAKAAT (isya', zohor dan asar). Bagi
solat maghrib dan subuh, hendaklah menurut bilangan
rakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat
masing-masing.
|
NIAT SEMBAHYANG (EMPAT RAKAAT) |
|
Usalli fardhaz
'isya'i
arba'a raka'atin
(*)
adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu
(isyak)
empat rakaat
(*)
tunai kerana Allah Ta'ala.
#
gantikan dengan
asri
(asar)
atau #zuhri
(zohor)
*
tambahkan makmuman (mengikut imam), jika
sembahyang berjemaah.
|
|
|
Selaraskan
dan rapatkan kedua-dua kaki, tangan juga hendaklah
dirapatkan ke arah badan.
|
|
Hendaklah berdiri betul menghadap kearah Kiblat,
Kaabah (Arah bagi orang-orang Islam
bersembahyang, tempat di mana arah matahari
terbenam di Malaysia atau arah Barat)
Untuk lebih Khusyuk dalam sembahyang hendaklah
tumpukan perhatian kepada sembahyang dan
ketahuilah anda sekarang berhadapan dengan Allah
serta pandanglah kearah tempat Sujud.
|
|
|
Rapatkan kedua-dua tangan
ke paha ketika memasang
niat dalam sembahyang
yakni sebelum mengangkat takbir.
|
|
TAKBIRATUL IHRAM
BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR
|
|
|
|
Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar
|
|
Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas
memasang niat dalam sembahyang sambil itu
bertakbir seperti di atas.
|
|
Lintaskan didalam hati ketika waktu yang sama
mengangkat takbir niat kita bersembahyang.
Lelaki - di bawah telinga
Perempuan - di bawah paras bahu
|
|
|
BERDIRI RAKAAT PERTAMA (DO'A IFTITAH)
TANGAN DI LETAKKAN DI ATAS PERUT (PUSAT)
|
|
|
Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw
wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia
lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam
muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati
wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin.
La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal
muslimin.
Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian
bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah
siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang
menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi
berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari
golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan
matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru
sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku
menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku
ditugaskan, dan aku adalah dari golongan
orang-orang Muslim (Islam).
|
|
|
|
|
|
Perempuan - Tangan di atas |
Lelaki
- Tangan memegang |
Letakkan kedua tangan selepas mengangkat takbir (tangan
kanan di atas tangan kiri, beratkan ke sebelah kiri
bagi lelaki).
TERUSKAN DENGAN MEMBACA
|
A'uzubillahi minassyaitanir rajim.
Maksudnya:
Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan
yang kena rejam.
|
|
|
|
Bismilla hirrahma nirrahim.
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim.
Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka
nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal
lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim
waladdhalin.
Amin
(*).
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha
mengasihani.
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru
sekalian alam. Yang maha pemurah lagi maha
pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan.
Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah
dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta
pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah
Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang
yang Engkau murkai dan bukan pula jalan
orang-orang yang sesat.
Amin
(*)
(Perkenankanlah
permintaan Kami)
*
Sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika
sembahyang jemaah, tunggu selepas imam
membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika
sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki
membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).
|
KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH CONTOHNYA:
|
|
|
Bismilla hirrahma nirrahim.
Inna a'ktainakal kautsar. Fasalli lirabbika wanhar.
Innasya niakahual abtar.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha
mengasihani.
Sesungguhnya Kami (Allah) telah kurniakan
kepadamu (Muhammad) nikmat yang banyak.
Maka dirikanlah sembahyang kerana (syukur
kepada) Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya
orang-orang yang membenci kamu dialah yang
terputus.
|
|
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen