TUJUAN
Menggalakkan generasi
muda melibatkan diri dalam bidang pertanian sebagai pekerja mahir dan
pengusaha pertanian bertaraf komersil dan berskala besar melalui
penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti
dan produktivi sektor pertanian negara.
OBJEKTIF PROGRAM
- Menyediakan tenaga
kerja terlatih untuk industri pertanian di semua peringkat pekerjaan
iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan pengurusan.
- Menyedia dan meningkatkan kemudahan dan keperluan latihan kemahiran pertanian.
- Melaksanakan
transformasi sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik
dan kompetetif, selaras menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu
jentera utama ekonomi negara.
PELAKSANAAN
Program yang dijalankan
adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau
National Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan
berasaskan kompetensi kemahiran (competency based skill training) dan
memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi. Persijilan
PLKPL adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia. Program ini menumpukan latihan dari aspek
peningkatan pengetahuan dan kemahiran, pemantapan jatidiri pelatih dan
amalan keselamatan tempat kerja.
PERSIJILAN
- Sijil Kemahiran Tahap 1 (SKM T1)
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM T2)
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM T3)
- Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM T4)
BIDANG LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN YANG DITAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- Ternakan (Ruminan)
- Tanaman
- Akuakultur
- Teknologi Perikanan Tangkapan
- Pengedaran Makanan (Pemasaran)
- Pemprosesan Makanan
Bil | Pusat Bertauliah | Bidang |
1. |
a. Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah (Kampus Utama)
|
Ternakan (Ruminan) / Tanaman / Akuakultur / Pemprosesan Makanan
|
b. Kolej Pertanian Malaysia. Caw. Jalan Langgar, Alor Star, Kedah
|
Pemprosesan Makanan
|
2.
|
Sekolah Pemasaran Sungai Petani, Kedah
|
Pengedaran Makanan (Pemasaran)
|
3. |
Institut Veterinar Malaysia (IVM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kluang, Johor
|
Ternakan (Ruminan)
|
4. |
Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI), Jabatan Perikanan Malaysia, Pulau Sayak, Kedah
|
Akuakultur
|
5. |
Institut Perikanan Malaysia (IPM), Jabatan Perikanan Malaysia, Chendering, Terengganu
|
Teknologi Perikanan
Tangkapan
|
6. |
Institut Pertanian Kuala Lipis (IPKL), Jabatan Pertanian Malaysia, Kuala Lipis, Pahang
|
Tanaman
|
7. |
Pusat Perkhidmatan Teknikal, MARDI, Serdang Selangor
|
Pemprosesan Makanan
|
8. |
Sekolah Perikanan Tangkapan, Tanjung Manis, Sarawak
|
Teknologi Perikanan
Tangkapan
|
|
TEMPOH LATIHAN PESERTA SETIAP TAHAP ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TAHAP 1 & 2 | 6 bulan (600 jam) |
TAHAP 3 | 12 bulan (1,200 jam) |
TAHAP 4 | 12 bulan (1,200 jam) ditambah dengan 3 bulan Latihan Industri (LI) |
Bidang | Pensijilan Yang Ditawarkan | Tahap | Institusi Lain |
Tanaman (pdf, 1MB) |
- Sijil Pekerja Ladang Pertanian
- Sijil Juruteknik Tanaman
- Sijil Penyelia Tanaman
- Diploma Eksekutif Tanaman
- Diploma Penolong Pegawai Teknologi (Fertigasi)
|
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
|
- Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah (Tahap 4 & 5)
- Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang (Tahap 1, 2 & 3)
|
Ternakan (Ruminan) (pdf,1MB) |
- Sijil Pekerja Ladang Ruminan
- Sijil Pembantu Ladang Ruminan
- Sijil Penyelia Ladang Ruminan
- Diploma Penolong Pengurus Ladang Ruminan
|
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
|
- Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah (Tahap 4 & 5)
- Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor (Tahap 1, 2 & 3)
|
Akuakultur (pdf,1MB) |
- Sijil Juruteknik Rendah Akuakultur
- Sijil Juruteknik Akuakultur (Marin)
- Diploma Eksekutif
|
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
|
- Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah (Tahap 4 & 5)
- Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI), Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah (Tahap 1, 2 & 3)
|
Teknologi Perikanan Tangkapan (pdf, 1MB) |
- Sijil Kru Mahir Teknologi Perikanan Tangkapan
- Sijil Pembantu Nakhoda Teknologi Perikanan Tangkapan
- Sijil Nakhoda Teknologi Perikanan Tangkapan Pesisir
- Fishing Skipper
|
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
|
- Institut Perikanan Malaysia, Chendering, Terengganu (Tahap 1, 2, 3 & 4)
- Sekolah Perikanan Tanjung Manis, Sarawak (Tahap 1 & 2)
|
Pemprosesan Makanan (pdf, 1MB) |
- Sijil Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan
- Sijil Operator Pengeluaran Kanan Pemprosesan Makanan
- Sijil Penyelia Pemprosesan Makanan
- Diploma Penolong Pengurus
|
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
|
- Kolej Pertanian Malaysia, Jalan Langgar, Alor Setar Kedah (Tahap 1, 2, 3 & 4)
- MARDI, Serdang, Selangor (Tahap 1, 2 & 3)
- Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah.
|
Pengedaran Makanan (Pemasaran) (pdf, 1MB)
|
- Sijil Wakil Pemasaran Pengedaran Makanan
- Sijil Penyelia Pemasaran Pengedaran Makanan
- Diploma Penolong Pengurusan Pemasaran Pengedaran Makanan
|
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
|
- Sekolah Pemasaran Sg. Petani, Kedah (Tahap 2 & 3)
- Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah (Tahap 4)
|
|
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
Tahap Sijil/Diploma | Tempoh | Kelayakan Akademik | Umur |
Tahap 1
Sijil
| 6 Bulan | Sekurang-kurangnya memiliki UPSR | 18-25 Tahun |
Tahap 2
Sijil
| 6 Bulan | Lulus SKIM Tahap 1 |
Tidak Melebihi 45 Tahun
|
Tahap 3
Sijil
| 12 Bulan | Lulus SKM Tahap 2 | Tidak Melebihi 45 Tahun |
Tahap 4
Diploma
|
12 Bulan + 3 Bulan
Latihan Industri
| Lulus SKM Tahap 3 | Tidak Melebihi 45 Tahun |
|
SYARAT UMUM:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Sekurang-kurangnya memiliki UPSR
- Sihat Tubuh Badan
- Berminat dan komited untuk tugasan luar
PEMBIAYAAN LATIHAN:
Kos
latihan, pengajian bahan pembelajaran, peralatan latihan, penginapan,
makan dan minum adalah ditaja sepenuhnya oleh kerajaan. Pelatih hanya
perlu menanggung kos insuran dan cukai setem.
CARA MEMOHON:
Menggunakan aplikasi dalam talian (online application)
- Pembelian nombor unik ID di kaunter atau ATM (Auto Teller Machine) BSN atau SMS banking SEHARI selepas iklan disiarkan
- Capaian maklumat dan borang permohonan melalui aplikasi dalam talian di laman web rasmi kemasukan http://upu.mohe.gov.my
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Aras 3, Wisma Tani, No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya. Tel: 03-8870 1000 Faks: 03-8888 6908 http://www.moa.gov.my
ARTIKEL TAMBAHAN:
Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan ----------------------------------------------- Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) badan peneraju industri latihan pertanian negara di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membuka permohonan kemasukan ke Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan bagi Sesi Januari 2013. Pengambilan bagi sesi Januari diuruskan sendiri oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC). Manakala bagi pengambilan sesi Julai dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UPU dan juga Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) bergantung kepada program latihan. Bidang Latihan: -Tanaman -Ruminan (Ternakan) -Pemasaran -Pemprosesan Makanan -Teknologi Perikanan Tangkapan -Akuakultur -Pengeluaran Padi Kampus Latihan: -Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah (Kampus Induk) -Kolej Pertanian Malaysia, Jalan Langgar, Kedah -Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang -Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor -Kompleks Latihan MARDI, Serdang, Selangor -Sekolah Pemasaran Pertanian, Sungai Petani, Kedah -Pusat Penyelidikan Perikanan , Pulau Sayak Kedah -Institut Perikanan Chendering, Terengganu -Sekolah Perikanan Tangkapan Tanjong Manis, Sarawak -Institut Pertanian Serdang, Selangor -MADA Rice Training Centre, Kedah -Kompleks Bimbingan Usahawan Tani, Pagoh, Johor Syarat Umum: -Warganegara Malaysia -Berumur 18 tahun dan ke atas -Memiliki SPM dan setaraf (Kelulusan lain boleh dipertimbangkan) -Sihat tubuh badan -Berminat dan komited untuk tugasan luar Kemudahan: -Kos latihan, pengajian, bahan pembelajaran, peralatan latihan, penginapan, makan dan minum ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Permohonan: Permohonan terbahagi kepada dua; -Permohonan Baru – memiliki SPM atau setaraf -Permohonan Naik Tahap – memiliki SKM 1 Permohonan perlu dibuat secara online di laman web Permohoan Program Latihan Pertanian Kebangsaan – NATC. Permohoan Program Latihan Pertanian Kebangsaan – NATC Sesi Januari 2013 Tarikh Tutup : 15 November 2012 Permohonan : http://www.moa.gov.my/natc Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan NATC sila hubungi baharom@moa.gov.my
|
|
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen