Permohonan Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian Lepasan PMR
Sila klik gambar untuk melihat senarai Kursus Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian untuk lepasan PMR 2012
Permohonan ke Program Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Petikan daripada website rasmi KPM. Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan ke Program Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 13 Mei 2013 (Isnin) sehingga 29 Mei 2013 (Rabu).
Permohonan dibuka kepada Lepasan PMR 2012. Anda yang berminat bolehlah terus memohon sekarang ya. Jangan nanti tarikh sudah ditutup baru nak mohon. Program ini sangat menarik. Saya difahamkan program selama 4 tahun ini dijalankan di ILP. Program diploma beserta Kemahiran dari Tahap 1-4 ini bagi saya sangat menarik.
Antara ILP yang menawarkan program ini ialah di ILP Pedas, Pasir Gudang, Kota Samarahan, Ledang, Ipoj, Kuantan dan Mersing.
Artikel lain di blog ini:
Halatuju Selepas PMR, Sila klik di sini
http://www.cikgukaunseling.com/2013/01/taklimat-ke-kolej-vokasional-chenor.html
Pelaksanaan Program Kolej Vokasional (Kv) Di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia , KSM
(klik butang readmore untuk info lanjut)
Klik di sini untuk melihat Info kemasukan ke ILJTM
Klik di sini untuk memohon secara atas talian
Senarai Kursus dan ILP , Klik di sini.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI TERUS BAHAGIAN TEKNIK VOKASIONAL KPM:
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
03-88845154
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 MEI 2013
Kolej Vokasional makin diminati
Pendekatan baru jamin masa depan pelajar, buka peluang kerjaya lebih baik
Kuala
Lumpur: Pendidikan aliran vokasional kini semakin diminati dan menjadi
asas kepada pelajar menceburi bidang kemahiran tinggi seiring hasrat
negara menyediakan 40 peratus pekerja mahir dalam industri menjelang
2020.
Usaha kerajaan menaik taraf 71 Sekolah Menengah
Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV) sejak Jun tahun lalu dan
pembukaan dua KV kendalian swasta dan satu sekolah harian biasa,
pelbagai inisiatif, peluang dan potensi baru mula dilihat selain
keyakinan ibu bapa terhadap penubuhannya juga semakin meningkat.
Pendekatan terbaru kementerian
Anggapan negatif dan kerisauan ibu bapa anak mereka mungkin tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sukar mendapat pekerjaan jika menuntut di KV semakin lenyap berikutan pendekatan terbaru Kementerian Pelajaran ini terbukti memberi jaminan masa depan dan peluang kerjaya lebih baik.
Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab, berkata ini terbukti menerusi permohonan masuk ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan KV tahun ini yang begitu memberangsangkan.
Bagi sesi persekolahan bermula Februari lalu, katanya sebanyak 117,000 permohonan diterima berbanding 70,000 permohonan tahun lalu, namun kementerian hanya menerima dan menyediakan kira-kira 21,000 tempat.
“Ia satu pencapaian yang baik dalam usaha kerajaan mencapai sasaran pengambilan kira-kira 90,000 pelajar menuntut di KV menjelang 2020,” katanya.
Ahmad berkata, menerusi KV, sebanyak 12 bidang utama dengan 53 kursus ditawarkan. Bagaimanapun, hingga kini, hanya 31 kursus sudah berjalan, manakala selebihnya akan dilaksana secara berperingkat.
“Ini berikutan kementerian sedang berusaha menyediakan prasarana, kelengkapan serta alatan untuk pembelajaran (bagi baki kursus yang belum berjalan), selain mendapatkan tenaga pengajar diperlukan,” katanya.
Sijil, diploma KV diiktiraf
Mengulas lanjut, beliau berkata, sijil dan diploma lepasan KV diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), City and Guilds of London, di United Kingdom, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Suruhanjaya Tenaga dan Institut Kimpalan Malaysia (TWI).
Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian, Ahmad berkata lima universiti menawarkan kursus pada peringkat sarjana muda iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).
Beliau berkata, terdapat perbezaan ketara dari segi sesi pembelajaran di SMV dan KV. Di KV, pelajar menggunakan sistem semester dengan keputusan dinilai berdasarkan Nilai Gred Purata Komulatif (CGPA), berjalan selama empat tahun.
Katanya, jika pelajar mendapat sekurang-kurangnya CGPA 2.0 pada akhir tahun kedua iaitu pada peringkat program persediaan KV, maka pelajar berkenaan diiktiraf seperti mendapat tiga kepujian dalam SPM.
“Sementara, pada peringkat program diploma iaitu tahun ketiga dan keempat, pelajar didedahkan dengan pembentangan amali atau sub kursus. Situasi ini sama seperti yang diamalkan di universiti awam dan swasta,” katanya.
Dalam memastikan pelaksanaan KV mencapai hasrat ditetapkan seperti digaris menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025, kementerian turut menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) tertentu.
Sasar 100 MOU
Bagi tahun ini, KPM menerusi BPTV menyasarkan menandatangani 100 memorandum persefahaman (MoU) dengan industri sebagai laluan kerjaya kepada lepasan KV, sementara sasaran 280 MoU menjelang 2016.
Ditanya sama ada berdepan masalah mendapatkan tenaga pengajar di KV, beliau berkata kini kebanyakan lepasan UTHM dan Maktab Perguruan Teknik Cheras diserap mengajar di KV.
“Kita juga melatih guru-guru KV yang sedia ada dengan menyediakan kursus dan latihan kemahiran hingga tahap tiga dan empat walaupun mereka memiliki ijazah atau diploma dalam bidang masing-masing,” katanya.
untuk lepasan PMR??? bagusnya
ReplyDeleteye, program ni utk lepasan PMR sendiri dot net.
ReplyDeleteCikgu sekolah anak saya baru bagitahu mengenai program ini selepas cuti sekolah hari tu.jadi terlepas peluang dia.dia sangat berminat...bagaimana yer?boleh tak kita nak buat rayuan.kalau boleh bagaimana caranya?
ReplyDeleteanak saya telah berjaya masuk ke ILP. Kawan2nya cakap program ni tak diikhtiraf dan pelbagai tohmahan lain. saya mempertahankan keputusan saya utk menghantar anak saya ke ILP selepas PMR, sbg seorg guru saya merasakan ini adalah peluang utk dia demi masa depannya.
ReplyDeleteAnonymous Anonymous said...
ReplyDeleteanak saya telah berjaya masuk ke ILP. Kawan2nya cakap program ni tak diikhtiraf dan pelbagai tohmahan lain. saya mempertahankan keputusan saya utk menghantar anak saya ke ILP selepas PMR, sbg seorg guru saya merasakan ini adalah peluang utk dia demi masa depannya.
June 25, 2013 at 5:17 PM
Delete
sebagai seorang guru juga saya percaya program ini akan diterima bahkan menjadi terikan utama msyarakat. program seperti ini memberi lebih banyak peluang pendidikan tinggi kepada generasi baru kita, kerana kepelbagaian minat dan kemahiran pelajar.