Ceramah Motivasi Pak Engku Yang Menyentuh Perasaan
Secara peribadi, ini adalah pengalaman kedua saya bersama Ceramah Motivasi Pak Engku,. Kali pertama sewaktu saya di SMK Jengka Pusat 2, sila klik di sini.
Ceramah motivasi oleh YM Cikgu Raja Ismail Raja Shahdan atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Engku'. Motivasi yang di sampaikan oleh motivator yang tidak asing lagi di negeri Pahang iaitu Cikgu Raja Ismail Raja Shahdan Beliau adalah pengerusi rumah anak-anak yatim Tengku Ampuan Fatimah di Kuantan.
Pak Engku memaparkan video anak-anak yatim di bawah jagaannya. Cerita tentang anak yatim. Beliau ada membuka sebuah rumah anak yatim. Di situ, ada anak yatim yang kehilangan ibu bapa akibat HIV. Budak itu juga menghidap penyakit yang sama.
Di rumah anak yatim Pak Engku, Ada yang cacat, kakinya kecil, tak boleh berjalan, semasa bayi, dia ditinggalkan oleh ibu bapanya di hospital. Pak Engku ambil dan dipelihara di rumah anak yatim tersebut. Sekarang, budak itu sudah berusia 18 tahun. Dia menggunakan kerusi roda"Mendidik anak-anak perlukan kesbaran. Jangan mudah melenting sekiranya anak melakukan keslahan kerana mungkin kesalahan anak itu berpunca dari ibu atau bapa itu sendiri," kata cikgu Raja.
Selain itu, beliau juga turut menyentuh akan konsep IQ dan EQ. Iq ialah "intelligen coutions" manakala EQ pula ialah "Emotional Coutions". Pada zaman yang serba moden ini, masyarakat mula menilai akan eq dengan maksud emosi manusia. bagaimana seseorang itu boleh mengawal dirinya daripada bertindak tanpa menyiasat terhadap sesuatu yang berlaku pada dirinya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen