Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Antara pelajar yang datang berjumpa saya di Bilik Kaunseling di mana-mana saya bertugas ialah berkaitan kesihatan mereka. Antara kecederaan sukan yang dialami mereka ialah terseliuh kaki. Sebagai rawatan awal, saya sudahs ediakan first aid di bilik saya.
Oleh itu, sedikit sebanyak saya perlu mengambil tahu berkaitan tip kesihatan dan rawatan kecemasan. Di sini saya kongsikan artikel berkaitan Terseliuh kaki.
Terseliuh kaki ketika berfutsal
BAGI penggemar permainan futsal khususnya anak-anak muda, mereka perlu berwaspada terhadap risiko kaki terseliuh.Kecederaan ligamen buku lali adalah perkara biasa semasa bersukan seperti bermain bola sepak. Hampir 25,000 orang di seluruh dunia direkodkan mengalami masalah tersebut setiap hari.
Kaki terseliuh sering dikaitkan sebagai akibat pemakaian kasut yang tidak sesuai, tersilap langkah atau kurang bernasib baik semasa melakukan gerakan. Bukan itu sahaja, ia juga berlaku apabila kaki terpulas, terpusing atau terlipat melebihi had lazim.
Ligamen buku lali merupakan penahan efektif, tetapi disebabkan asakan yang keterlaluan, sebahagian atau keseluruhan ligamen boleh terkoyak.
Kebiasaannya, kedudukan kaki yang tidak selesa semasa berlari, memanjat atau menuruni bukit curam adalah punca biasa kaki terseliuh. Begitu juga jika anda tersilap langkah ketika turun dari katil.
Kecederaan juga boleh terjadi apabila memijak permukaan tidak rata terutamanya yang berlaku secara tiba-tiba seperti terjerumus ke dalam lubang.
Sesetengah acara olahraga, misalnya bola keranjang dan bola jaring yang memerlukan pergerakan meloncat, mungkin mencederakan buku lali iaitu semasa kaki kembali berpijak secara tidak sempurna di atas tanah.
Bagaimana anda tahu kaki terseliuh?
Pergerakan luar biasa boleh menjadi penyebab kaki terseliuh. Insiden terseliuh yang paling lazim ialah kaki dalam kedudukan fleksi plantar yang berpijak secara tidak selesa berikutan pergerakan kaki yang berterusan.
Kalau buku lali anda bengkak, kemungkinan besar anda telah terseliuh atau mengalami kecederaan yang lebih teruk daripada itu, sehinggakan pergerakan sedikit pun akan mengundang kesakitan.
Bila anda harus bimbang?
Kebanyakan kes terseliuh pergelangan kaki yang sederhana tidak memerlukan rawatan di hospital. Anda perlu berjaga-jaga tetapi jangan panik sekiranya:
* Kesakitan tidak dirawat sebaiknya di hospital.
* Anda tidak berupaya berjalan dengan selesa walaupun pergerakan melebihi empat langkah atau anda mengalami kesakitan yang teruk apabila menekan maleolus medial atau maleolus lateral iaitu benjol bertulang di setiap sisi buku lali. Ia memerlukan pemeriksaan radiograf bagi mengetahui sama ada berlaku keretakan tulang atau tidak.
*Anda tidak boleh menggerakkan buku lali yang tercedera itu dengan selesa.
*Kaki atau buku lali membengkak secara luar biasa.
*Kaki atau jari anda kebas.
*Keadaan anda tidak beransur pulih selepas beberapa hari.
Apa yang harus dibimbangkan?
Kebanyakan kaki terseliuh boleh dirawat secara konservatif tetapi ia perlu dilakukan pada peringkat awal. Terseliuh yang lebih teruk mungkin memerlukan penggunaan pendakap gelang kaki bagi menyembuhkan ligamen yang tercedera.
Sumber; Kosmo Online
Petua Orang Lama
Kaki ni kalau dah bengkak,
pergerakan pun agak terbatas. Nak dijadikan cerita, bebaru ni kaki saya
bengkak. Masa beriadah tu tak terasa sangat. Bila malam, barulah terasa
sakitnya. Perggghhhh... Tuhan saja yang tahu.
Jadi, apa yang patut dibuat bila kaki dah membengkak?
- Pertamanya, carilah halia tua
- Tumbuk halia tu sampai hancur
- Kemudian, alaskan bahagian kaki yang bengkak dengan kain atau tuala kecil yang bersih. "Bandage" pun boleh.
Bandage
- Letakkan halia hancur tadi pada kawasan yang bengkak dan balut dengan kemas.
Sebaik-baiknya, buat sebelah malam
sebelum tidur. Esok pagi barulah buka balutan tersebut. Kalau masih
belum surut sepenuhnya, ulangi semula pada malam kedua, ketiga dan
seterusnya sampai sembuh. Ok. ;)
Tapi, ada cara lain yang boleh anda cuba jika mengalami masalah serupa. Sama ada bengkak ataupun terseliuh, kedua-duanya boleh applikasikan cara di bawah. Lebih-lebih lagi jika di rumah anda ada pokok Bunga Tahi Ayam. Hehehe...
1. Ambil beberapa helai daun pokok Bunga Tahi Ayam.
Pokok Bunga Tahi Ayam - Wikipedia
2. Ramas daun tersebut dan pupukkan pada bahagian yang bengkak mahupun terseliuh.
3. Kemudian, balut dengan kain sehinggalah bengkak tu hilang.
Itu saja petua kali ini khusus buat
anda yang mengalami bengkak ataupun terseliuh. Mudah-mudahan ia berguna
kepada anda yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen