Review Buku Haluan Kerja Pendidikan
- Merealisasikan Agenda Transformasi Negara
BukHaluan Kerja Pendidikan - Merealisasikan Agenda Transformasi Negara.
Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Buku Haluan Kerja Pendidikan secara keseluruhannya bukanlah catatan impian atau sekadar tulisan retorik Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Sebaliknya Haluan Kerja Pendidikan mengemukakan kerangka tindakan responsif terhadap fenomena baharu sejagat, acuan untuk menempa juara perubahan, resepi bekerja aras cemerlang, program untuk menterjemah agenda ‘rakyat didahulukan’, dan inovasi pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan agenda ‘pencapaian diutamakan’.
Kali ini saya cuma ingin berkongsi link buku Haluan Kerja Pendidikan yang boleh download secara percuma untuk bacaan guru seluruh Malaysia.
Judul: Haluan Kerja Pendidikan–Merealisasikan Agenda Transformasi Negara
Penulis: Dato’ Abd. Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Jumlah halaman: 124
Tahun terbitan: 2011
ISBN: 978-983-43018-3-5
Penerbit: Kementerian Pelajaran MalaysiaPengurus penerbitan dan pengedaran: Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (Telefon: 03-83217010)
Buku haluan kerja pendidikan untuk di download ada letakkan di bahagian bawah. Sebelum itu, boleh lihat terlebih dahulu apa isi kandungan buku tersebut di bawah ini. Antara isi kandungan ialah seperti MBMMBI, Program Transformasi pendidikan, 1 Malaysia dan lain lain lagi. Sesuai untuk jadi bahan rujukan dan simpanan guru samada untuk bacaan atau juga sebagai bahan untuk membuat tugasan.
2 dekad yang lalu, Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin menyahut seruan Wawasan 2020 oleh Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dengan membentangkan kerangka tindakan beliau sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia menerusi buku Wawasan Pendidikan - Agenda Pengisian.
Semenjak itu Wawasan Pendidikan
menjadi satu-satunya buku yang membekalkan idea rujukan kepada kaum
guru dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pendidik modal insan untuk
menggerakkan Malaysia ke arah wawasan negara maju menjelang tahun 2020.
Tiada
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia selepas Dr. Wan Mohd Zahid yang
menggarap agenda baharu pengisian wawasan sehinggalah Perdana Menteri
Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menganjurkan falsafah 1Malaysia
pada 3 April 2009 dan Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud,
dilantik menjadi Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia pada 8 November 2010.
Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; mengambil inisiatif menyambung agenda pengisian wawasan Dr.
Wan Mohd Zahid dengan menggarap prinsip kerja dan tekad menyampaikan
pendidikan cemerlang menerusi bukunya Haluan Kerja Pendidikan - Merealisasikan Agenda Transformasi Negara.
Haluan Kerja Pendidikan mengandungi
idea inovatif Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud,
sebagai ketua operasi jentera
pendidikan kebangsaan untuk menggembleng tenaga profesional pimpinannya,
khususnya kaum guru, bagi menjulang falsafah 1Malaysia dan mempamerkan
kepada masyarakat bahawa penyumbang terbesar dan terbaik kepada agenda
transformasi negara ialah kaum pendidik dan jentera pendidikan
kebangsaan.
Sebagaimana Wawasan Pendidikan, buku Haluan Kerja Pendidikan bukan catatan impian atau bicara retorik Ketua Perkhidmatan Pendidikan.
Haluan Kerja Pendidikan mengemukakan
kerangka tindakan responsif terhadap fenomena baharu sejagat, acuan
untuk menempa juara perubahan, resepi bekerja aras cemerlang, program
untuk menterjemah agenda ‘rakyat didahulukan’, dan inovasi pengajaran
dan pembelajaran untuk melaksanakan agenda ‘pencapaian diutamakan’.
Dalam bab 3 misalnya, menerusi tema Tuntutan terhadap jentera pendidikan, Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud membentangkan Prinsip Kerja X-PLUS:
“Inilah prinsip kerja kaum profesional era GTP dan ETP: memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang (excellence), berteraskan pengetahuan, latihan, usaha dan semangat sepasukan. Prinsip kerja X-PLUS.” (Muka surat 43.)
Jelas
kelihatan dalam buku ini Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud mengerah pengalaman
profesional beliau sebagai guru, pengetua dan pengurus pendidikan selama
33 tahun serta latihan intensif kepimpinan yang beliau terima menerusi The Oxford Strategic Leadership Programme
di Universiti Oxford, United Kingdom untuk mengajak dan merangsang
daya juang kaum guru menggalas agenda transformasi negara, menempa modal
insan berdaya saing, berikhtiar membantu kerajaan menjadikan Malaysia
negara berekonomi pendapatan tinggi, dan menjamin kelestarian jati diri
bangsa Malaysia.
Beliau
seterusnya mengajak kaum guru mempamerkan watak profesional dan
mengingatkan mereka berkenaan ungkapan guru ulung dan pemikir besar Imam
Al-Ghazali:
“Maka benarlah ungkapan Al-Ghazali lebih 900 tahun yang lalu, kira-kira maksudnya: Bagi ilmu pengetahuan ada lima keadaan. Mencari, berusaha dan menghasilkan, yang tidak memerlukan lagi kepada bertanya. Meneliti, iaitu berfikir mencari yang baharu dan mengambil faedah daripadanya. Dan keadaan memberi sinar cemerlang kepada orang lain. Dan inilah keadaan yang semulia-mulianya. Maka barangsiapa berilmu, beramal dan mengajar, maka dialah yang disebut orang besar dalam alam malakut tinggi. Dia laksana matahari yang menyinarkan cahayanya kepada orang lain dan menyinarkan pula kepada dirinya sendiri. Dia laksana kasturi yang membawa keharuman kepada lainnya dan dia sendiripun harum.” (Muka surat 25).
Isi Kandungan
Hala Tuju 2010—2012
Retrospeksi
Daya Saing
Ekonomi Pendapatan Tinggi
Kelestarian Jati Diri
Agenda Transformasi Negara
1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Program Tranformasi Kerajaan
Program Transformasi Ekonomi
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Tuntutan Terhadap Jentera Pendidikan
Responsif Terhadap Fenomena Baharu
Menempa Juara Perubahan
Prinsip Kerja X-PLUS
Merealisasikan Gagasan1Malaysia: Rakyat Didahulukan
Merealisasikan Gagasan 1Malaysia: Pencapaian Diutamakan
Mengangkat Profesionalisme Kaum Guru
Watak Profesional Guru
Profesional Guru Mengajar Murid Berfikir
Profesional Guru Belajar Sepanjang Hayat
Ketua Guru Berkelayakan dan Terlatih
Penutup: Daripada Agenda Kepada Inisiatif
http://www.moe.gov.my/mbkm/uploads/haluan_kerja_pendidikan.pdf
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen