Pages - Menu

Pages - Menu

Sir Ramli Abdul Hamid Guru OKU Terharu

Sir Ramli Abdul Hamid Guru OKU Terharu Pengurusan Sekolah Prihatin



Ramli menerima sumbangan disampaikan Mohd Rodzik (dua, kanan) mewakili PPD Maran.

BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA - Keprihatinan pengurusan Sekolah Menengah (SM) Jengka Pusat menyediakan kemudahan untuk golongan OKU menggembirakan guru sekolah itu.
Guru terbabit, Ramli Abdul Hamid, 55, berkata, dia mula menggunakan kerusi roda pada 2010 kerana mengalami kecacatan pada kaki kanan dan sejak itu, dia menerima pelbagai kemudahan daripada pihak sekolah.

Katanya, penyediaan kemudahan itu menggembirakannya apabila hasrat untuk terus menyumbangkan ilmu dipermudahkan pengurusan SM Jengka Pusat.

“Kali ini, pengetua, Mohd Rafib Fateh Mohammad menyediakan kemudahan laluan khas bagi memudahkan saya ke kelas, selain turut memberi kelonggaran masa mengajar.

"Malah, tandas untuk golongan OKU turut disediakan berdekatan bilik tempat saya berehat,” katanya.

Sehubungan itu, Ramli bukan sahaja berterima kasih kepada pengetua, malah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Maran kerana prihatin dengan nasib guru OKU sepertinya.







“Doktor mengesahkan saya masih boleh mengajar. Saya tidak mahu melepaskan peluang mengajar dan mendidik selagi termampu.

“Justeru, saya amat berterima kasih kepada pihak terbabit. Jasa mereka yang banyak membantu, akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya.

Ramli pada Selasa lalu menerima kunjungan PPD Maran pada program Ziarah Cakna sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Maran. Turut hadir, Timbalan PPD Maran, Mohd Rodzik Andul Razak.


Sumber; Sinar Harian, Selasa, di sini

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen