Gambar-gambar selepas ribut di Pulau Pinang. (sumber; google)
BUMBUNG dan siling rumah di Flat Hamna, Sungai Dua, George Town tercabut diterbangkan ribut di Pulau Pinang (Kosmo)
Gambar selepas ribut (Utusan Malaysia)
(Kereta yang musnah aklibat ditimpa menara antena di atas Menara Umno yang tumbang)
Video Ribut di Pulau Pinang
Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah,
segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah
melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar
kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan
besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para ahlul bait serta para sahabat as sabiqul awwalun wal akhirun.
“Dan apa saja nikmat yang ada pada kalian, maka dari Allah lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa kemudharatan, maka hanya kepada-Nya lah kamu meminta pertolongan.” (An-Nahl:53)
Hidup di dunia adalah penuh dengan ujian. Kaya atau miskin, senang atau
susah, kenyang atau lapar, sihat atau sakit, suka atau gembira adalah
termasuk ujian-ujian Allah. Ujian-ujian ini, yang diberikan oleh Allah
perlu kita hadapi dan terima sama ada dengan bersyukur (berterima kasih)
atau dengan sabar. Kita bersyukur di saat diberi kaya, senang, sihat
dan kegembiraan.
Sebaliknya kita hendaklah bersabar jika diuji miskin,
sakit, lapar dan kesusahan-kesusahan yang lain. Hidup ini adalah
gabungan antara ada masa kita bergembira lalu bersyukur atau ada ketika
kita bersedih lalu bersabar.
Di sebalik kesulitan, pasti ada kemudahan, di sini.
Mengucup Ujian Allah, di sini.
Pulau Pinang dilanda ombak kuat
setinggi 3.5 meter - Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter
melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang
pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.
“Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, hari ini.
Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.
Dalam kejadian ribut petang 13 Jun 2013, menara antena pemancar telekomunikasi di atas bumbung bangunan Umno itu runtuh, mengakibatkan sembilan orang cedera.
Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 21 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.
Ianya jatuh menghempap tujuh kenderaan termasuk sebuah lori yang membawa muatan tong gas.
Difahamkan kejadian ribut sama melanda 21 kawasan di seluruh Pulau Pinang.
Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan
Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi
angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam
serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga
15 Jun ini.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.
“Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, hari ini.
Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.
Dalam kejadian ribut petang 13 Jun 2013, menara antena pemancar telekomunikasi di atas bumbung bangunan Umno itu runtuh, mengakibatkan sembilan orang cedera.
Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 21 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.
Ianya jatuh menghempap tujuh kenderaan termasuk sebuah lori yang membawa muatan tong gas.
Difahamkan kejadian ribut sama melanda 21 kawasan di seluruh Pulau Pinang.
Lebih 100 rumah sekitar tanah besar P.Pinang dilanda ribut
BUTTERWORTH: Lebih 100 rumah di sekitar daerah Seberang Perai (SP) Utara, SP Tengah dan SP Selatan rosak dipukul ribut dalam kejadian awal malam tadi.
Kejadian ribut dan hujan lebat kira-kira jam 7.30 malam itu menyebabkan kerosakan pada sebahagian besar bumbung rumah penduduk.
"Saya telah nasihatkan penduduk agar membuat laporan polis berhubung kejadian itu bagi memudahkan tindakan susulan atau sebarang tuntutan dapat dibuat," katanya ketika ditemui pada satu majlis, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah SP Selatan Supt Shafien Mamat ketika dihubungi Bernama berkata setakat ini pihaknya menerima dua laporan daripada mangsa ribut di kawasan itu.
Beliau berkata menurut maklumat awal yang diperoleh daripada anggota dan orang awam, lebih 10 rumah di Batu Kawan, Simpang Ampat dan Taman Seruling rosak dalam kejadian ribut dan hujan lebat itu.
Selain itu, tinjauan Bernama di sekitar Butterworth, Kepala Batas dan Bukit Mertajam mendapati sekurang-kurangnya 20 bumbung rumah diterbangkan angin kencang.
Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang dibantu penduduk kampung juga giat mengalih dan membersihkan pokok yang tumbang.
Seorang penduduk di Padang Benggali, Kepala Batas dekat sini Mazni Ahmad, 54, berkata kejadian itu berlaku dengan pantas dan dalam sekelip mata bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang.
"Ketika kejadian jam 7.30 malam itu, saya dan suami (Che Ros Omar, 56) sedang berehat sambil tunggu untuk solat Maghrib, tiba-tiba dengar bunyi kuat dan hujan lebat.
"Dalam sekelip bumbung rumah di bahagian ruang tamu diterbangkan angin dan air hujan masuk...kami lari keluar menyelamatkan diri," katanya.
Md Sidek Said, 60, yang tinggal di Penaga, Kepala Batas berkata beliau bersyukur kejadian ribut itu tidak mencederakan lima anggota keluarganya yang berada dalam rumah ketika kejadian.
"Kami semua berkumpul dalam rumah sebelum dikejutkan bunyi kuat dan bumbung rumah tercabut dibawa angin, nasib baik kayu yang jatuh dari bumbung tidak kena sesiapa," katanya.
Beliau yang hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak seberapa berharap ada pihak tampil membantu memasang semula bumbung rumahnya itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang Zulkifli Ismail ketika dihubungi berkata pegawainya akan turun padang untuk melihat kerosakan yang dialami mangsa.
Beliau berkata satu mesyuarat tergempar turut diadakan bagi membincangkan bentuk bantuan termasuk tindakan segera yang akan disalur kepada penduduk terjejas. - Bernama
PULAU PINANG DIJANGKA RIBUT
Pulau Pinang dijangka dilanda ribut sehingga hari ini setelah angin bertiup kencang sejak kelmarin.
Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, ribut dijangka melanda negeri ini pada sebelah petang dan hanya melibatkan beberapa kawasan.
Bagaimanapun, pada hari ini, hujan renyai dijangka turun pada sebelah pagi dan malam manakala ribut dijangka berlaku pada sebelah petang di beberapa kawasan.
Sementara itu, cuaca dijangka stabil pada esok (Ahad) apabila hanya hujan sementara di beberapa kawasan pada tengah hari manakala tiada hujan pada pagi dan malam yang dijangka berterusan sehingga Isnin.
Orang ramai diminta berada di kawasan yang selamat untuk tempoh jangkaan ribut bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Kelmarin, sembilan orang cedera manakala dua lagi maut dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di negeri ini pada jam 6.45 petang.
Kejadian itu mengakibatkan rod penebat kilat di atas bangunan Menara Umno di Jalan Macalister terjatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.
Sumber; Sinar Harian, 15 Jun 2013
Ribut Pulau Pinang: Dua maut, lapan cedera parah
PULAU PINANG 13 Jun - Sebanyak 21 kejadian ribut dilaporkan melanda beberapa kawasan di seluruh negeri ini menyebabkan dua maut dan sekurang-kurangnya lapan orang cedera parah.
Mereka yang maut dikenali sebagai Jahir Hussain Sulaiman, 40, pembantu pemandu lori yang dihempap pemancar tiang telekomunikasi di Jalan Macalister dan Wong Tze Chow, 33, maut akibat dihempap sebatang pokok di jalan berhampiran Empangan Air Itam.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya mendapat laporan berkenaan kejadian ribut tersebut kira-kira pukul 6.45 petang.
Katanya, melalui laporan diterima, lapan kejadian berlaku di sekitar Timur Laut, dua di Seberang Perai Tengah, 10 di Seberang Perai Utara dan satu di bahagian barat daya.
Bagaimanapun, kejadian yang paling teruk adalah di Jalan Macalister yang menyebabkan sebuah pemancar telekomunikasi jatuh dari atas sebuah bangunan dan menghempap beberapa kenderaan, katanya kepada pemberita di sini malam ini.
Dalam kejadian lewat petang itu, sebuah pemancar telekomunikasi setinggi hampir 20 meter yang terletak di atas Menara UMNO jatuh.
Sebanyak tujuh buah kenderaan rosak teruk akibat dihempap pemancar tersebut selain sebatang paip bawah tanah di jalan berkenaan juga pecah.
Hentakan tiang pemancar ke atas jalan raya turut menyebabkan terbentuk sebuah kawah air kecil.
Abdul Rahim dalam pada itu menambah, pihaknya meminta orang ramai agar tidak bimbang dan panik dengan kejadian berkenaan dan polis telah mengerahkan semua anggota termasuk di daerah-daerah untuk turun padang bagi memantau perkembangan kejadian.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd. Zain memberitahu, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 6.55 petang mengenai kejadian di Jalan Macalister.
Apabila tiba, sebuah pemancar telekomunikasi dilihat telah jatuh di atas jalan raya dan menghempap tujuh buah kereta serta sebuah lori. Kita sedang melakukan pembersihan dan punca kejadian dipercayai akibat angin kuat," ujarnya.
Pekerja Asing Maut Ribut Di Pulau Pinang
Pekerja Asing Maut Ribut Di Pulau Pinang
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan mengadakan segera mesyuarat mengenainya selain menggerakkan semua agensi kerajaan untuk kerja pembersihan termasuk menebang pokok yang tumbang.
Menurutnya, perkara yang diberi keutamaan ialah memastikan semua rumah yang rosak diperbaiki semula dan laluan yang terpaksa ditutup dibuka semula secepat mungkin.
Beliau berkata, kakitangan jabatan terbabit dikehendaki bekerja lebih masa untuk membantu kerja pembersihan agar keadaan pulih seperti sedia kala.
"Kerajaan negeri akan beri bantuan memperbaiki bumbung rosak. Kontraktor akan dilantik secara langsung tanpa memanggil tender terbuka kerana ini adalah kecemasan.
"Mereka adalah kontrakator berpengalaman dan diyakini selama ini. Ia dibenarkan dalam peraturan kecemasan," katanya kepada media ketika melawat lokasi kejadian rod penebat kilat yang tercabut di Menara Umno di Jalan Macalister, di sini semalam.
Menurutnya, semua pemilik rumah yang mengalami kerosakan dikehendaki membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat tinjauan dan penilaian.
Sehingga kini, pihaknya menerima lebih 260 kes ribut yang mengakibatkan kerosakan kabel elektrik tetapi tiada maklumat mengenai jumlah rumah rosak akibat ribut.
Mengenai kejadian runtuhan rod penebat kilat di atas Menara Umno itu, Guan Eng berharap pemilik bangunan berkenaan akan melakukan kerja pembersihan segera termasuk menurunkan serpihan rasuk (beam) yang tergantung di atas bangunan.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada dua mangsa yang maut akibat bencana berkenaan dan berharap ahli keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.
"Kita akan lihat bentuk bantuan yang perlu diberikan kepada mangsa terlibat," katanya.
Kejadian ribut dan angin kencang yang melanda di 21 kawasan di negeri ini petang kelmarin menyebabkan dua orang maut dan lapan cedera.
Mangsa yang maut, Jahir Hussain Sulaiman, 40, adalah kelindan lori yang dihempap konkrit rod penebat kilat dari Menara Umno di Jalan Macalister dan Wong Tze Chow, 33, yang disahkan maut dihempap sebatang pokok berhampiran Empangan Air Itam di sini.
Difahamkan, Tze Chow adalah pekerja Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan ketika kejadian sedang menjalankan tugas di empangan itu.
Sumber; Sinar Harian,
14 Jun 2013
JKM Salur Bantuan Segera Berupa Wang Tunai Kepada Mangsa Ribut
BUTTERWORTH, 14 Jun (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang akan menyalurkan bantuan segera berupa wang tunai kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut dan hujan lebat semalam.
Pengarah JKM Pulau Pinang Zulkifli Ismail berkata bantuan wang tunai itu adalah bagi meringankan beban harian mangsa selepas rumah mereka rosak akibat dilanda ribut.
"Bantuan itu untuk menampung keperluan mereka kerana kita faham ada yang tidak dapat bekerja berikutan rumah rosak.
"Kita minta mangsa yang terlibat dalam kejadian itu agar membuat laporan polis dan membawa salinannya (laporan) kepada JKM atau pejabat daerah bagi membolehkan bantuan disalurkan segera," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Jumaat.
Lebih 100 rumah di sekitar daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan rosak dipukul ribut dan hujan lebat kira-kira pukul 7.30 malam, menyebabkan kerosakan pada sebahagian besar bumbung rumah penduduk.
Zulkifli berkata setakat ini JKM masih belum mendapat laporan lengkap jumlah kerugian dan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.
"Pegawai dan anggota JKM sedang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat lengkap berapa ramai yang terlibat dalam kejadian ribut itu kerana maklumat awal yang diterima agensi (kerajaan) sekarang ini berbeza dan masih belum lengkap sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata bagi bantuan bumbung rosak, mangsa diminta membawa laporan polis yang telah dibuat kepada pejabat daerah masing-masing kerana bantuan lain akan diberikan bagi membantu mereka.
Sementara itu, jurucakap Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berkata semua pokok yang tumbang dalam kejadian ribut itu telah dialihkan dan dibersihkan oleh pekerjanya.
Katanya longkang dan parit kecil turut dibersihkan bagi mengelak banjir kilat kerana Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat pada sebelah petang di kawasan utara akan berlanjutan sehingga Isnin ini.
-- BERNAMA
Menara yang runtuh di Pulau Pinang sebuah penebat petir
14/06/2013 3:26pm
PULAU PINANG - Menara yang runtuh akibat ribut dan menyebabkan dua orang maut di Jalan Macalister, Pulau Pinang semalam bukanlah sebuah menara telekomunikasi seperti yang dilaporkan oleh pihak media.
Pegawai-pegawai dari Pejabat Wilayah Utara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah bergegas ke tempat kejadian dan hasil tinjauan tersebut mendapati menara itu bukanlah struktur menara telekomunikasi tetapi sebuah ‘lightning arrestor’ (penebat petir) yang telah direkabentuk secara kosmetik bagi penampilan lebih sesuai.
“Memang sah struktur yang runtuh adalah bukan struktur telekomunikasi. Tapi ia adalah ‘lightning arrestor’ dibina dalam bentuk kosmetik. Struktur pemegangnya juga telah runtuh menghempap jalan,” kata Ahmad Nor Hisham Mohd Yusop, Ketua Pejabat Wilayah Utara, SKMM. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen