Pages - Menu

Pages - Menu

Biasiswa Skim Hafiz Jakim Sesi 2013/2014

Biasiswa Skim Hafiz Jakim Sesi 2013/2014


Skim Pembiayaan Hafiz Jakim Sesi 2013/2014

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa warganegara Malaysia yang telah ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan di universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dalam dan luar negara untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz bagi mengikuti pengajian sepenuh masa / pengajian jarak jauh sesi pengajian 2013/2014 

1.0   SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 
1.1
SYARAT-SYARAT UMUM
i. Warganegara Malaysia dan beragama Islam. 
ii. Berumur tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana
Muda dan tidak melebihi 45 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan;
dan 
iii.Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk
melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian
dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan 
iv.Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama
pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi atau sedang
mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas. 
v.Mempunyai Kelayakan akademik seperti jadual 1.2 ( khusus untuk
Pelajar Baru di tahun Pertama Semester sesi pengajian tahun 2013 sahaja)
 
vi.
Tempoh tawaran SPH kepada calon-calon yang berjaya adalah
seperti berikut : 
sila rujuk website JAKIM untuk melihat syarat:  KLIK DI SINI
4.0CARA MEMOHON 
Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 22 Jun
2013 dengan melayari laman sesawang 
 (http://apps2.islam.gov.my/sph/). 
Pemohon dikehendaki mengisi borang secara online seterusnya
memuat turun borang yang telah lengkap diisi dan dibawa bersama
semasatemuduga beserta salinan dokumen berkaitan. Untuk 
maklumat penuh sila layari laman berikut:





Artikel ini disiarkan pada 18/7/2013 akan menjadi entry utama sehngga 31/7/2013)
5.0   TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan pada
22 Julai 2013 (Isnin)
Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut 
tidak akan dipertimbangkan. 

Sebarang pertanyaan sila hubungi;
Bahagian Pembangunan Insan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 3, Blok 2200, Enterprise Building 3,
Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8318
4091 Faks: 03-8318 7041 
 








No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen