CARA NIAT PUASA RAMADHAN
Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan
Firman Allah
S.W.T:
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu
berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum
kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “
(Surah
Al-Baqarah: 183)
Hadis
Rasulullah S.A.W:
Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang
diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah,
yang bermaksud:
“Sesungguhnya
telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah
telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan
itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta
dibelenggu segala syaitan”
Lafaz niat puasa
Tidak
wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam
bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan
berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada
bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
Niat Berpuasa Harian:
Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hazizhi sanati lillahhi ta’ala.
LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN
Digalakkan
berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama
Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa
berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat
untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab,
seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak
lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah
diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang
daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui
niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu
niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Waktu Berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu
sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu
Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian
daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Doa berbuka puasa
Doa Buka Puasa
Doa Selepas Berbuka Puasa |
SUMBER Madrasah Nadhah Hasanah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen