Pages - Menu

Pages - Menu

Jerebu Bukit Rambai catat kualiti udara tidak sihat


Jerebu Bukit Rambai catat kualiti udara tidak sihat

Bukit Rambai catat kualiti udara tidak sihat

MELAKA - Bukit Rambai di sini merupakan satu-satunya kawasan di negara ini yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 105 pada tengah hari tadi.



Menurut Jabatan Alam Sekitar dalam laman webnya bacaan IPU di kawasan itu dikesan berada pada paras tidak sihat pada pukul 8 pagi dengan catatan 102 dan kekal dengan bacaan tersebut pada pukul 9 pagi.


Bagaimanapun bacaan itu meningkat kepada 103 pada pukul 10 pagi dan 105 pada pukul 11 pagi.


Sementara keadaan di Bandaraya Melaka dilapor masih berada pada tahap IPU sederhana, bagaimanapun bacaannya meningkat daripada 77 pada pukul 8 pagi, 9 pagi (78), 10 pagi (79), 11 pagi (79) dan 12 tengah hari (80).


Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan seagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.


Agensi Alam Sekitar Nasional Singapura turut meramalkan republik itu mungkin mengalami jerebu beberapa hari lagi. - Bernama

Sumber; Kosmo Online 21/07/2013 2:29pm


MELAKA 21 Julai - Kualiti udara di Bukit Rambai, Melaka setakat tengah hari ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 105.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya menyatakan bacaan tidak sihat itu diperoleh sejak pukul 8 pagi (IPU 102).
Setakat tengah hari ini, Bukit Rambai merupakan satu-satunya kawasan di negara ini yang mencatat bacaan tidak sihat dengan petunjuk bacaan IPU antara 100 dan 200, kata laman web itu.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen