Pages - Menu

Pages - Menu

Kursus Kejuruteraan Elektrik Institut Kemahiran Baitulmal

Kursus Kejuruteraan Elektrik Institut Kemahiran Baitulmal 


Kursus Kejuruteraan Elektrik Institut Kemahiran Baitulmal


PENGENALAN :-





Kursus Kejuruteraan Elektrik diperkenalkan pada tahun 1995. Tawaran kursus hanya satu tahun dengan dianugerahkan Sijil Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) dan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Asas (SKM Asas). Bagi memenuhi permintaan pasaran kerja sedia ada, maka kursus ini dinaiktaraf kepada dua tahun pengajian dengan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) peringkat Asas dan Pertengahan pada tahun 1996.
 
 
Pada tahun 1997 hingga sekarang Sijil Kemahiran Malaysia ditukarnama kepada SKM Tahap 1 dan Tahap 2. Bagi memenuhi permintaan global, pihak IKB menjalankan pentauliahan kekompetenan Pendawai Tiga Fasa & Endorsan (PW 4) daripada Suruhanjaya Tenaga kepada para pelatih yang mencapai standard kemahiran yang dikehendaki.

Kelayakan Umum

  • Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Asnaf Fakir dan Miskin)
  • Pemohon beragama Islam tanpa mengira bangsa.
  • Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal.
  • Berumur antara 18 tahun sehingga 30 tahun.
  • Minimum tamat Darjah 6 untuk kursus RPF, PPM, TBB dan SSR.
  • Minimum mempunyai SPM dengan lulus Matematik untuk kursus KJE.
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita.
  • Tidak pernah mengikuti mana-mana kursus kemahiran di institut kemahiran yang lain.





INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Lot 1363, Jalan Perkasa, Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur
Telefon : 03-92830385
Faksimili : 03-92811387
Email : ikbaitulmal@yahoo.com



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen