PBS BM Ting 1 Novel Sukar Membawa Tuah
Contoh PBS Soalan Bahasa Melayu Tingkatan 1Sukar Membawa Tuah
Tema :
Kegigihan remaja orang Asli mendapatkan ilmu untuk mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarganya.
Persoalan :
1. Sikap masyarakat orang Asli yang kurang mementingkan pendidikan.
2. Kemiskinan masyarakat pedalaman yang hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan.
3. Kepentingan sikap saling membantu yang patut diamalkan tanpa tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.
4. Kepercayaan kepada mistik, kuasa jahat dan pawang yang masih tebal dalam kalangan masyarakat Orang Asli.
Watak dan perwatakan :
1. Watak Utama: Adit :
Anak Pak Katan, berusia 10 tahun, berbadan kurus, bersemangat kuat,
sangat rajin, menghormati orang tua, suka membantu, berani dan
berfikiran luas.
Watak Sampingan
2. Pak Katan : Ayah Adit, berusia, kuat dan rajin berusaha, mengambil berat terhadap anaknya.
3. Mak Tawi : Ibu Adit, isteri Pak Katan, rajin, mengambil berat terhadap anaknya.
4. Akeh : Kawan baik Adit, bersekolah dan tinggal di asrama, pengawas, bercita-cita tinggi.
5. Tijah : anak Tok Batin, cantik, bijak dan matang.
6. Ah Tong : Penyelia pekerja balak, suka membantu.
Latar Tempat :
- Kampung Bakai, Bukit Lokan.
- Rumah Pak Katan
- Tepi sungai
- Hutan
- Di dalam gaung.
- Sekolah
Latar Masyarakat
- Masyarakat yang kurang mementingkan pendidikan.
- Masyarakat orang Asli yang percaya kepada alam mistik seperti roh jahat.
- Masyarakat orang Asli yang bergantung pada hasil hutan.
- Masyarakat orang Asli yang sudah semakin terbuka minda mereka.
Nilai
- Kasih sayang
- Kerajinan
- Bekerjasama
- Tolong-menolong
- Bercita-cita tinggi
SINOPSIS BAB 1 – NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH
Bab 1 – Inilah Dunia Kami
Tatkala sang suria memancarkan sinarnya,
Pak Katan sudah bersiap sedia untuk ke hutan bagi memulakan rutinnya
mencari rotan di hutan. Adit turut bersama ayahnya mencari rotan di
hutan pada pagi itu. Adit sudah lali dengan kerja-kerja mencari rotan
dan menyediakan tali untuk mengikat rotan yang dikutip di hutan.
Sementara itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat
belat yang dipasang oleh ayahnya dengan harapan belat mereka mendapat
banyak ikan. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi
dengan ikan-ikan yang terlekat. Dia meletakkan kembali belat tersebut
lalu mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk
menemani ayahnya ke hutan selepas bersarapan pagi.
Nota:
Bab 1 ini mengisahkan penduduk orang asli
kaum Jahut yang tinggal dikawasan hutan di Bukit Lokan. Mereka
mengamalkan kepercayaan anemisme yang masih tidak mempunyai agama. Pak
Katan ialah ayah kepada Adit. Isterinya Mak Tawi. Mereka tinggal di
rumah yang beratapkan rumbia. Mereka menyara diri dengan mengutip hasil
hutan seperti rotan, memburu binatang dan bercucuk tanam.
Bab 2 – Rutin Harian Adit Bermula
Adit dan ayah ke hutan. Adit yang
berpakaian lusuh tidak menghiraukan keadaannya itu, kerana menyedari
kemiskinnya. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk membeli
makanan dan keperluan harian, tetapi hasil tersebut tidak mencukupi
untuk membeli pakaian baru.
Masyarakat menjual hasil mereka kepada
tauke Cina. Tahap pendidikan yang rendah dan kemudahan infastruktur yang
sangat menyedihkan menyebabkan kehidupan mereka terhimpit. Pekan yang
terhampir dengan mereka jauhnya 30km dari situ, oleh itu barang
keperluan hanya diperolehi melalui pekerja balak yang berulang-alik dari
kampung mereka ke sana. Agensi kerajaan ada membantu, tetapi mereka
selesa di sini.
Masyarakat di situ masih berpegang teguh
pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian demi warisan
hutan nenek moyang mereka. Namun, penerokaan menghimpit kehidupan
mereka. Adit tidak bersekolah biarpun sudah berusia hampir 11 tahun,
sementelahan ayahnya yang mementingkan ilmu hutan sebagai pendidikan
asas kepada Adit.
Akhirnya timbul persoalan dalam benak
Adit tentang kepupusan hasil hutan dan nasib mereka, akan tetapi
dinafikan oleh ayahnya yang sedar akan realiti itu. Seraya, Adit
teringatkan akan Akeh, satu-satunya rakannya sekolahnya yang tinggal di
asrama. Belanja persekolahan Akeh ditanggung oleh Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli. Dia Bercita-cita menjadi jurutera dan ingin berbakti kepada
masyarakat orang asli.
Minat Adit untuk bersekolah timbul dengan ajakan dan cerita-cerita Akeh, tetapi, tidak dinyatakan kepada ayahnya.
Bab 3 Impian Adit
Bab ini memfokuskan Adit yang terlalu
ingin bersekolah. Hasratnya itu akhirnya diluahkan semasa berakit
membawa rotan. Namun, permintaannya itu dihalang oleh ayahnya yang masih
mementingkan tradisi sedangkan tujuan Adit untuk mengubah nasib
keluarganya. Biarpun Pak Katan memahami, tetapi dia mahukan Adit
mengikut jejak langkahnya. Pak Katan akhirnya tidak memberi repons
terhadap permintaan anaknya itu.
Adit berubah sikap dan Mak Tawi berasa
hairan lalu bertanyakan pada Pak Katan. Teknik imbas kembali dalam bab
ini ialah Adit teringat akan kedatangan pegawai penerangan dan sikap
endah tak endah masyarakat mereka terhadap dasar pembangunan kerajaan.
Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit
sudah lena tertidur. Pada pagi keesokannya , Pak Katan tidak ke hutan,
sebaliknya dia ke pekan. Niat Pak Katan ke pekan tidak diketahui kerana
dia enggan menjawab pertanyaan Adit.
Bab 4 Dugaan untuk Adit
Adit berurusan dengan tauke Cina yang
membeli hasil hutan sebelum memeriksa belat di sungai. Ayah Adit, Pak
Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar mengenai
kemasukannya ke sekolah, namun gagal mendapatkan asrama. Maka timbullah
masalah pengangkutankerana jarak sekolah yang jauh dari rumah Adit.
Kekecewaan terpancar di wajah Adit. Namun, semasa memenangkan diri di
sungai, dia dipujuk oleh Tijah, rakan baiknya, Tijah berjanji untuk
berbincang dengan bapanya (Tuk Batin) untuk menyelesaikan masalah Adit.
Hujan lebat malam itu merisaukan Pak
Katan. Dia bimbang tentang hasil hutan dan belat di sungai yang tidak
dapat di ambil, ditambah lagi dengan kebuntuannya untuk menyelesaikan
masalah Adit, yang pada ketika itu termenung sendiri memikirkan
impiannya itu.
Bab 5 Riak ceria buat Adit.
Hujan masih lebat menyebabkan sebahagian
rumah terkena tempias. Adit diarah ayahnya untuk mencari guni untuk
menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, hujan berhenti
pada pagi itu. Rezeki datang tanpa diduga, seekor rusa cedera terbaring
di bawah rumah. Rusa itu dijualnya kepada Ah Tong, penyelia pekerja
balak.
Ah Tong agak pelik kerana Adit tidak ke
sekolah biarpun sudah mendaftar, namun setelah masalah Adit diterangkan
oleh Pak Katan Ah Tong mempelawa Adit menumpang kenderaannya dan Adit
begitu gembira dengan bantuan Ah Tong.
Bab 6 Adit mula ke sekolah
Esoknya, Adit mendaftarkan diri dan
keperluannya dibeli oleh Pak Katan di pekan. Dia gembira dengan suasana
sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Setelah pulang,
dia memberitahu Tijah mengenainya. Tijah berminat untuk ke sekolah
tetapi akur akan kehendak ayahnya yang akan mencarikan jodoh buatnya
beberapa tahun kelak. Adit ingin memberitahu semua orang mengenai
persekolahannya, namun membatalkannya kerana menyedari sikap negatif
penduduk di situ terhadap pelajaran.
Ayah dan ibu Adit gembira apabila melihat
Adit yang mencuba pakaian baru. Malah, ayahnya juga memberitahu bahawa
dia sudah bekerja sebagai pembantu balak dengan upah lebih baik daripada
hasil memungut hasil hutan. Adit begitu gembira dan dinasihati oleh ibu
bapanya supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.
Bab 7 Hari Pertama ke Sekolah
Hari pertama ke sekolah, Adit mandi pukul
4 pagi di sungai. Untuk pertama kalinya dia dijemput oleh Ah Tong
dengan jipnya. Dia tiba terlalu awal dan tertidur di depan pintu pagar
sekolah. Pak Kassim, pengawal sekolah yang terkejut melihat Adit
tertidur, mengajak Adit bersarapan sambil berbicara tentang kesudian Pak
Kassim membantu serta hal Akeh.
Di kelas, dia jauh lebih tua berbanding
rakan-rakannya dan sering diberi perhatian oleh gurunya kerana tidak
tahu membaca dan menulis. Tamat persekolahan, dia bertemu Akeh dan
pulang menaiki lori balak Pak Atan.
Adit mula mengejar masa ke sekolah dan
meningkatkan prestasi persekolahannya. Adit berpeluang untuk lompat
kelas dan menggembirakan gurunya. Walaupun begitu, Adit sering
keletihan, kesihatannya terganggu dan semakin kurus, namun, tidak pernah
mengeluh.
Bab 8 Dugaan Terus Menimpa
Sudah dua bulan Adit bersekolah, tidak
pernah ponteng dan masih menumpang Ah Tong. Namun, pagi itu, Mak Tawi
berasa tidak sedap hati. Menjelang petang, Adit tidak pulang lagi
sedangkan ayahnya sudah kembali ke rumah. Menjelang hari semakin gelap,
Pak Katan mengadu kepada Tok Batin mengenai hal Adit yang tidak
pulang-pulang lalu diarahnya orang-orang kampung mencari Adit. Lima jam
pencarian, rupa-rupanya, jip Ah Tong terbabas ke dalam gaung. Adit
cedera parah sementara Ah Tong mati di tempat kejadian.
Adit dihantar ke hospital dengan menaiki
lori balak, mengalami kehilangan darah yang banyak serta kakinya patah.
Di rumah, Mak Tawi yang tertunggu-tunggu bersama Mak Ca didatangi Bong
yang memberitahu Adit ditemui dan berada di hospital. Pak Katan menunggu
di hospital, menantikan keadaan Adit yang dirawat di bilik ICU. 2 jam
kemudian, doktor mengatakan bahawa keadaan Adit yang kian stabil.
Bab 9 Mendung Berarak Pergi.
Dua bulan Adit terlantar di hospital,
dijaga ibu bapanya yang dibenarkan tinggal di asrama jururawat.
Adik-adiknya dijaga isteri Tok Batin. Dia sembuh, namun kakinya tempang,
tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan
Adit ini mendapat perhatian pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang
Asli yang memberi bantuan dengan menawarkan tempat di asrama, berkongsi
katil dengan Akeh. Adit bersetuju dan menumpukan perhatian dalam
pelajaran sehingga mendapt tempat pertama.
Enam tahun berlalu, ramai anak orang asli
mengikut jejak langkah Adit, rajin bersekolah. Adit melangkah ke
sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan ke
sekolah berasrama penuh, namun Adit menolaknya kerana menyedari masalah
keluarganya. Adit berpendapat di mana sahaja boleh berjaya asalkan dia
berusaha.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen