Subhanallah Buaya Besar Ditemui di Selangor
Subhanallah. Seekor buaya yang telah disahkan mati dijumpai oleh dua orang nelayan ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor, Selangor.
Sebelum itu, nelayan yang menjumpai bangkai buaya di tebing sungai
Selangor telah menarik bangkai tersebut ke Jeti Nelayan Kampung Bukit
Belimbing dan menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman
Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya
Orang ramai juga dilihat tidak melepaskan peluang bergambar dengan buaya
yang sudah tidak bernyawa tersebut, dan salah seorang daripada mereka
berkata tidak pernah melihat buaya berukuran sebesar itu di depan mata
“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun,
beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih
dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan
pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.
“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.
Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.
“Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.
KUALA
SELANGOR: Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas
dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai
ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung
Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.
Nelayan,
Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya
ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada
objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di
tebing sungai.
“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.
Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.
“Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.
“Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di
kawasan sungai ini tapi tidak pernah haiwan itu mengganggu nelayan atau
kaki pancing yang sering mengunjungi Sungai Selangor untuk memancing
udang yang terkenal dengan saiz yang agak besar,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan,
pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan
itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan
Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.
“Kita tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini berhubung punca kematian, usia, jenis jantina dan saiz sebenar kerana menunggu keputusan bedah siasat nanti dan penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan di negeri ini,” katanya.
“Sebelum ini kita tidak pernah menerima laporan penemuan buaya dengan saiz yang agak besar bagaimanapun sehingga kini kita juga tidak pernah menerima aduan berhubung keganasan buaya di sepanjang sungai ini yang mengakibatkan kematian,” katanya.

Sumber; harian Metro, Jumaat, 26/7/2013
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen