Pages - Menu

Pages - Menu

Catatan Perjalanan Seminar IPT Anak Yatim Permata Hati 2013 Daerah Kuantan

Catatan Perjalanan Seminar IPT 
Program Anak Yatim Permata Hati 
(PERHATI) 2013 Daerah Kuantan

Perjalanan dari SMK Lepar Hilir ke SMK Seri Mahkota ke SMK Panching
 terus ke BTPN Beserah Kuantan Dendangan Lagu Raya seperti Balik Kampung berkumandangd ari corong radio.


 Kelihatan situasi pendaftaran para peserta Seminar IPT

Puan Suniza sedang memberi taklimat ringkas perjalan program

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Seminar IPT Program Anak Yatim Permata Hati (PERHATI) 2013 Peringkat Daerah Kuantan  telah diadakan dengan jayanya. Saya bersama 18 Orang Anak PERHATI( Anak Yatim Permata Hati) bertolak pada pukul 7.35 dari SMK Lepar Hilir. Puan Siti Marian Binti Baharudin Pengetua SMK Lepar Hilir mengiringi kami di pintu pagar sekolah.

Kami pergi dengan menaiki bas sekolah yang telah diuruskan oleh Puan Chan dari SMK Seri Damai. Bas itu disewakan khas untuk kami oleh pihak PPD Kuantan dan Yayasan Pahang. Bas yang dipandu oleh Puan Kam, yang mempunyai pengalaman selama lebih  20 tahun memandu bas sekolah.

Bas kemudian ke SMK Seri Mahkota dan kemudian ke SMK Panching untuk mengambil pelajar-pelajar PERHATI Di sekolah-sekolah berkenaan untuk ke BTPN Beserah.

Tarikh; 31 Julai 2013
Hari : Rabu
Tempat: BTPN Beserah, Kuantan, Pahang.


Pelbagai aktiviti diadakan seperti Pameran Pendidikan dan taklimat kemasukan ke IPTA,  IPTS dan Institusi Kemahiran Swasta.

Kami bertolak dari BTPN Beserah lebih kurang pukul 2.00 petang. Alhamdulillah kami selamat sampai di hadapan pagar sekolah pukul 3.15 petang. InshaAllah saya akan cuba kemaskini berita dan gamabr sepanjang program SEMINAR IPT tersebut dari semasa ke semasa mengikut keberadaan internet di rumah saya kalau ada lah ye....sebab internet di kawasan rumah saya kejap ada kejap takde. Manakala di bilik kami memang tiada internet sejak beberapa bulan lalu...

Boleh lihat Sejarah PERHATI klik di sini















No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen