Halatuju Selepas SPM
Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga
Pelajar Kursus Kulinari
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selain bekerjasama dengan kolej-kolej dan institut-institut pengajian
yang di iktiraf, FELDA juga telah membina kolej-kolej Yayasan FELDA mereka
sendiri bagi membolehkan warga generasi FELDA meneruskan Pendidikan ke
tahap Tertinggi dan tidak ketingalan dari Arus Pendidikan Global dan
Glokal. Entry ini saya memuatkan tentang Kolej Yayasan FELDA Mempaga, Karak, Pahang.
PENGENALAN
Penubuhan Yayasan Felda telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada 26 September 1998. Penubuhannya adalah selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat luar bandar dan pembangunan negara. Yayasan Felda mula beroperasi pada tahun 1999.Matlamat Melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan warisan budaya negara serta bidang-bidang lain yang boleh dimanfaatkan oleh warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan.
Ianya selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda di dalam memperkasakan tanggungjawab sosialnya.
5 jenis kursus peringkat sijil yang ditawarkan di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga. Antaranya ialah: kulinari, pastri, pramusaji, pembantu atandent bilik dan pembantu kaunter hadapan.
Kelebihan
- Para pelajar yang menamatkan kursus akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemahiran Malaysia (JKM).
- Latihan kemahiran menggunakan Standard Kemahiran Pekerjaan (NOSS) Jabatan Kemahiran Malaysia (JKM).
- Semua pelajar yang mengikuti kursus di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga akan diberikan kemudahan penginapan dan makanan secara percuma.
Syarat Kemasukan
SYARAT – SYARAT KEMASUKAN :
- Warganegara Malaysia
- Anak @ Cucu Peneroka/Anak Kakitangan Felda
- Lulus SPM/SPVM
- Berumur Antara 18 – 25 Tahun
- Bujang & Sihat Tubuh Badan
1. Kulinari (Tahap 1, 2 & 3)
2. Pastri (Tahap 1 & 2)
3. Pramusaji (Tahap 1, 2 & 3)
4. Pembantu Kaunter Hadapan (Tahap 2)
5. Pembantu Atendan Bilik (Tahap 1&2)
KURSUS KULINARI (Tahap 1, 2 & 3)
Untuk kursus Kulinari(Penyediaan Makanan), pelajar-pelajar akan didedahkan mengenai peralatan, perkakas khas dan bahan yang akan digunakan untuk memasak. Antara modul menarik yang terkandung di dalam kursus ini adalah teknik memasak masakan barat dan timur. Antara masakan barat ialah chicken chop, lamb chop, salad, lasagna dan lain-lain. Manakala untuk masakan timur pula adalah lauk pauk tradisional, jenis-jenis nasi dan sebagaimya.
Pastri
Tempoh: 6 Bulan
Pelajar akan mempraktikkan teknik
dan kaedah membuat roti dan pastri manisan dan pedas. Resepi-resepi
serta kandungan berdasarkan resepi-resepi yang telah ditetapkan.
Kemahiran menguli dan proses-proses di dalam penghasilan roti
didemonstrasikan serta penyediaan kuih muih tempatan. Teknik dan kaedah
moden serta tradisional diajar kepada mereka.
PEMBANTU ATENDAN BILIK
( HOUSEKEEPING )
Housekeeping Atau Pengemasan Bermaksud Melakukan Pembersihan
Mengikut Prosidur-Prosidur Tertentu, Menyusun Atur Perabut Dengan Cara
Yang Tersusun Dan Menarik Serta Menghias Supaya Keseluruhan Bilik/Tempat
Menjadi Bersih , cantik Dan Selesa Seterusnya Dapat Mengawal
Keselamatan Kepada Tetamu.
Kaunter Hadapan
(Reception)
Bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang pengurusan dan peranan kaunter hadapan dalam perkhidmatan hotel. Kaunter hadapan merupakan hentian utama bagi tetamu atau pelanggan yang akan menghubungkan mereka dengan jabatan-jabatan yang berkaitan. Selain itu, kaunter hadapan merupakan tempat memberikan maklumat dan informasi kepada tetamu atau pelanggan.
Muat Turun Borang Permohonan; klik di sini
Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:
Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga
28600 Karak Pahang Darul Makmur.
Email: kyfmempaga@gmail.com
Tel: 09-2231596 Fax: 09-2232596
Sumber; sila klik di sini
Kolej Yayasan Felda diiktiraf
KUALA LUMPUR, 30 Jan. – Empat Kolej Yayasan Felda bakal bertaraf antarabangsa apabila kursus yang ditawarkan mendapat pengiktirafan institusi pengajaran terkemuka dunia dari United Kingdom, City & Guilds.
Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar berkata, proses menaik taraf kursus-kursus vokasional yang ditawarkan di kolej yayasan itu sedang dijalankan.
Kolej yang terlibat ialah Kampus Mempaga, Pahang; Kampus Raja Alias, Negeri Sembilan; Kampus Trolak, Perak dan Kampus Kelana Jaya, Selangor.
“Wakil dari City & Guilds sudah datang ke kolej untuk membuat penilaian dan memberikan cadangan bagi mewujudkan program bertaraf antarabangsa.
“Kita akan bawa perkara ini kepada jawatankuasa untuk penilaian dan kemudian dilaksanakan,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara City & Guilds dengan tiga institusi pengajian tinggi swasta tempatan.
Sumber; Kosmo Online
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen