Pages - Menu

Pages - Menu

Mesej Iklan Raya Petronas 2013 Jahit

Mesej Iklan Raya Petronas 2013 Jahit


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelayar blog ini Muslim, khususnya followers, silent readers, para pelajar dan bekas pelajar  saya  serta sesiapa sahaja yang terjumpa blog ini, diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

Ramadhan kian pergi. Berbaki tak sampai 10 hari sahaja lagi. Baki seminggu lagi sahaja untuk kita raih ruang dan peluang melipatgandakan amalan soleh. Amin.

Sempena pagi Sabtu yang sungguh nyaman ni, saya ingin berkongsi berkaitan iklan raya petronas 2013 ni. Mesej kesusahan hidup menjadi motivasi kejayaan pelajar untuk lebih bersungguh-sunggh dalam pelajaran dan menghargai pengorbanan seorang ibu.

Iklan Raya Petronas 2013 – Jahit

Kisah yang dilakonkan oleh dua beranak ni memang menyentuh perasaan. Pengorbanan seorang ibu yang bekerja sebagai tukang jahit memang tiada nilainya.

 Sanggup bekerja siang dan malam mengambil upah menjahit baju demi melihat anaknya berjaya dalam pelajaran dan dapat menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.



 Si ibu telah menggunakan peluang yang baik di bulan mulia ini dengan mengambil upah menjahit baju bagi menampung kos hidup keluarga.

Kebimbangan seorang anak, memang tak ada surutnya. Melihat si ibu bertungkus lumus menjahit baju, pastinya akan teretik rasa simpati dalam hati. Sentiasa memikirkan akan kesihatan ibunya. 

Bagi ibu pula, jika tak mengorbankan usianya dalam menambah pendapatan melalui menjahit ni, bagaimana lagi sumber pendapatan yang boleh dilakukan untuk memberikan keselesaan hidup dalam keluarganya. Rela mengabaikan kesihatan diri semata-mata untuk melihat anaknya gembira. Dari suasana sebeginilah, seorang anak akan berfikir.



“Keluarga aku orang susah. Aku mesti belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa dan pengorbanan yang telah mereka berikan”



Pertengahan cerita ni, si ibu telah melakukan satu kesilapan, iaitu silap menjahit baju pelanggan. Tidur tak lena, makan tak lalu la jawabnya. Dan rela bersekang mata untuk menjahit semula baju yang silap tadi. Akhirnya, kalau dah rezeki tak kan kemana

 Baju yang tersalah jahit tu akhirnya di ambil juga oleh pelanggan. Wujudlah perasaan gembira di hati mak cik tua tu. Barangkali ini rezeki yang betul-betul tak dijangka.


Pengakhiran cerita ni, dua beranak ni berasa sangat gembira apabila mendapat sepucuk surat. Nak tahu kisah selanjutnya, silalah tonton video Iklan Raya Petronas 2013 di bawah ni.









No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen