Pages - Menu

Pages - Menu

Mesir Berdarah Penaja swasta diminta tangguh hantar pelajar ke Mesir

Mesir Berdarah Penaja swasta diminta tangguh hantar pelajar ke Mesir

توثيقي مذبحة فض اعتصام رابعة

توثيقي مذبحة فض اعتصام رابعة 14/08/2013 

 توثيقي مذبحة فض اعتصام رابعة - Documentary Rabaa Massacre

Al fatihah kita hadiahkan kepada semua saudara SeIslam kita yang telah meninggal dunia...

Penaja swasta diminta tangguh hantar pelajar ke Mesir

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihak swasta yang menaja pelajar baharu untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir diminta supaya menangguh penghantaran pelajar berkenaan demi keselamatan mereka berikutan pergolakan yang semakin memuncak di negara itu.

Banyak jenazah masih belum dikenalpasti

KAHERAH 16 Ogos - Dua hari selepas pasukan keselamatan melancarkan operasi pembersihan ke atas dua buah kem utama penunjuk perasaan pro-bekas Presiden, Mohammed Mursi di sini dan menyebabkan beribu-ribu orang maut, penduduk bandar raya ini kini meratapi kematian mangsa.




Agensi berita al-Jazeera melaporkan di Masjid al-Iman di Nasr City, beratus-ratus jenazah mangsa keganasan dalam kejadian di Masjid Rabaa al-Adawiya masih ditempatkan di khemah sementara.
 
Jenazah-jenazah yang dibalut dengan kain kapan dan disejukkan dengan ketulan ais, kebanyakannya mempunyai luka tembakan namun sejumlah daripadanya melecur teruk, sehingga sukar dikenal pasti oleh ahli keluarga.
Seorang wanita, Samr Bedredeen berkata, dia masih belum dapat mengenal pasti jenazah suaminya yang turut maut dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai didalangi pihak berkuasa tersebut.
Samr berkata, pasukan keselamatan membunuh suaminya, Aymen Mohamed Zakayadeen, 45, yang juga ayah kepada empat orang anaknya.
"Saya tidak jumpa mayat suami saya. Mereka telah membakar mayatnya. Dia tidak memiliki senjata. Jika dia ada senjata mungkin dia dapat mempertahankan diri.
"Kali terakhir dia menelefon saya kira-kira pukul 9 pagi menyatakan dia dalam keadaan baik tetapi kira-kira pukul 3 petang, rakannya menghubungi saya dan memaklumkan suami saya sudah meninggal dunia,'' katanya sambil menangis.
Kebanyakan penunjuk perasaan menulis nama mereka di tangan masing-masing ketika pasukan keselamatan menyerang kem utama tersebut kelmarin, bagi memudahkan mayat mereka dikenal pasti oleh ahli keluarga.
Nama mereka disenaraikan dalam satu keping kadbod di hujung penjuru barisan jenazah yang menunggu giliran untuk dikebumikan. - AGENSI

 Sumber; Utusan Malaysia

Penaja swasta diminta tangguh hantar pelajar ke Mesir

 

BERUAS 17 Ogos - Pihak swasta yang menaja pelajar baharu untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir diminta supaya menangguh penghantaran pelajar berkenaan demi keselamatan mereka berikutan pergolakan yang semakin memuncak di negara itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, terdapat 200 pelajar baharu tajaan swasta yang telah tiba di Mesir walaupun semua pelajar telah diminta supaya menangguhkan pemergian mereka ke negara itu.

"Saya minta pelajar kita yang telah mendapat tempat di universiti tertentu di Mesir jangan berangkat dulu seperti yang diminta dalam arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

"Saya minta syarikat swasta yang menaja jangan dengan senyap-senyap menghantar pelajar kita semata-semata untuk keuntungan kerana saya tahu ada 200 pelajar walaupun diarahkan jangan pergi dahulu tetapi mereka telah sampai ke Mesir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Beruas di sini, hari ini. - BERNAMA

  Sila ke Blog ini, Mesir Bergolak Doa buat saudara seIslam kita di sini

 

 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen