Pages - Menu

Pages - Menu

Salam Aidil Fitri 1434 2013 Buat Pembaca Blog Ini

Salam Aidil Fitri 1434 2013 Buat Pembaca Blog Ini







Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434Hijrah bersamaan 2013 Masihi diucapkan kepada semua pembaca blog cikgukaunseling.com.. Saya mohon maaf jika ada tersilap perkataan semasa saya mencoret perkongsian ilmu, perkongsian pengalaman dan perkongsian perasaan saya sepanjang saya menulis dan membangunkan blog pendidikan di  http://www.cikgukaunseling.com/
 
Pagi ini, Pagi 27 Ramadhan 1434 Hijrah. Hujan renyai membasahi bumi seawal Azan Subuh berkumandang dari surau berdekatan. Terasa sayu dan hibanya hati pabila Ramadhan kian meninggalkan kita. Apakah tahun depan dapat ku bertemu lagi ramadhan?
 
Lalu kesempatan Ramadhan yang berbaki marilah kita ambil kesempatan ini untuk menguatkan lagi keimanan kepada Allah S.W.T. Bersama-samalah kita menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan 1434 ini dnegan Solat Tarawikh dan ibadah sunat yang lain.  Marilah usahlah putus-putus meminta doa kepada-Nya agar bekalan hidup di akhirat nanti menjadi saksi atas amal perbuatan kita di dunia. Semoga amal ibadah dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 


Kepada yang balik beraya, berhati - hati di jalan raya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen