SELEPAS UPSR PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN , KELAS KAWALAN DAN KELAS RANCANGAN KHAS TAHUN 2014
SELEPAS UPSR PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN , KELAS KAWALAN DAN KELAS RANCANGAN KHAS TAHUN 2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para ibu bapa dan guru Tahun 6, Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan
dan Kelas Rancangan Khas Tahun 2014, boleh dibuat di Laman Web Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 01 September 2013 (Ahad)
sehingga 15 Oktober 2013 (Selasa).
Di sini juga saya lampirkan artikel yang saya perolehi daripada website Pejabat Pendidikan Daerah Johor Baharu, ditulis oleh Encik MOHD FADLI BIN CHE HASHIM, Penolong PPD Menengah Murid, PPD JB.
BAHAN TAKLIMAT PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SBP, SEKOLAH KAWALAN, KRK, KK, SMKA DAN KAA SESI 2014
Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru.
Tuan,
Untuk
makluman pihak tuan, dilampirkan bahan taklimat tersebut untuk
memudahkan proses kerja permohonan murid ke Tingkatan 1 di Sekolah
Berasrama Penuh, Sekolah Kawalan, Kelas Rancangan Khas, Kelas Kawalan,
SMKA dan Kelas Aliran Agama. bagi sesi kemasukan 2014.
Sekian untuk makluman dan tindakan. Terima kasih.
manual guru kelas (129) - klik utk muat turun
manual pengesahan (120) - klik utk muat turun
manual ibu bapa (129) - klik utk muat turun
handout (133) - klik utk muat turun
borang RK001 (138) - klik utk muat turun
Sumber Website KPM Dan PPD JB.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen