Senarai Institut Kemahiran MARA
Sejarah Institusi
Bagi merealisasikan hasrat kerajaan, MARA telah menubuhkan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA, di sebidang tanah seluas 5 ekar di Jalan Hang Tuah, Bandar Melaka, Melaka ( Lokasi tersebut dijadikan Kolej Profesional MARA ). Ia merupakan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA yang pertama di Malaysia. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B Tun Haji Abdul Razak Bin Dato Husein, Perdana Menteri Malaysia Kedua pada bulan Oktober 1968.
SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA pada ketika itu hanya ditadbir oleh seorang Pengetua ( Encik Abdul Hamid Bin Dato Haji Mohd Salleh ), 8 orang tenaga pengajar dan 3 orang kakitangan pentadbiran. Kursus yang dijalankan hanya 2 kursus sahaja iaitu Kursus Kajisawat Motor dan Kursus Mekanikal. Setiap bidang tersebut mempunyai latihan asas dinamakan " Common Module " yang dipecahkan kepada beberapa modul seperti Kimpalan, Pemesinan Am, Mengegas dan Lukisan Teknik.
Pada tahun 1972, Kursus baru telah diadakan iaitu Lukisan Jentera dan diikuti pada tahun 1975 Kursus Ketuk Dan Cat. Permintaan keperluan tenaga pekerja mahir semakin meningkat dari masa ke semasadan bidang kemahiran semakin bertambah, justeru itu pelajar yang mengikuti bidang latihan kemahiran juga bertambah.
SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA di Bandar Melaka tidak dapat menampung peningkatan pelajar yang ingin menceburi bidang kemahiran yang semakin ketara. Keluasan yang agak terhad di sana menyebabkan pentadbiran MARA di peringkat atasan telah memindahkan Sekolah Latehan ini ke sebuah kawasan yang agak luas iaitu di Pekan Jasin, Melaka pada bulan Januari 1984.
Sesuai dengan pengiktirafan semasa, SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA telah ditukar nama kepada INSTITUT KEMAHIRAN MARA.
IKM BESERI Km. 14, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis Tel : 04-9384021 / 4022 Faks : 04-9384023 Laman Web : www.ikmbeseri.edu.my |
IKM SG. PETANI Jalan Badlishah, 08000 Sg. Petani,Kedah Tel : 04-4212382 Faks: 04-4218432 Laman Web : www.ikmsp.edu.my |
IKM ALOR SETAR Lrg. Terus, Off Jalan Kota Tanah, 05050 Alor Setar, Kedah Tel :04-7729940 Faks:04-7724340 Laman Web: www.ikmas.edu.my |
IKM SIK Jalan Sek. Men. Keb. Agama Sik, 08200 Sik, Kedah Tel : 04-4692045 / 4695964 Faks: 04-4693416 Laman Web : www.ikmsik.edu.my |
IKM LUMUT Jalan Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung, 32040 Lumut, Perak Tel : 05-6884401 / 1403 Faks: 05-6883919 Laman Web : www.ikmlumut.edu.my |
IKM KUALA LUMPUR Jalan Belangkas, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur Tel : 03-92844455 / 4535 Faks: 03-92848213 Laman Web : www. ikmkl.edu.my |
IKM JASIN Km. 32, Jalan Chinchin, Simpang Kerayong, Peti Surat 141, 77008 Jasin, Melaka Tel : 06-5291561 / 2595 Faks : 06-5292561 Laman Web : www.ikmjasin.edu.my |
IKM JOHOR BAHRU Jalan Taruka, Off Jalan Datin Halimah, 80720 Johor Bahru, Johor Tel : 07-2361129 / 2370001 Faks : 07-2364289 Laman Web : www.ikmjb.edu.my |
IKM TAN SRI YAHAYA AHMAD Kaw. Perindustrian Peramu Jaya, 26600 Pekan, Pahang Tel : 09-4269404 Faks: 09-4269400 Laman Web : www.ikmtsya.edu.my |
IKM BESUT Jalan Batu Tumbuh, alor Lintang, 22200 Besut, Terengganu Tel : 09-6957244 / 8795 Fax: 09-6957326 Laman Web : www.ikmbesut.edu.my |
IKM KUCHING Jalan Kemahiran, Off Jalan Sultan Tengah, Peti Surat 3271, 93764 Kuching, Sarawak Tel : 082-441149 / 441023 Faks: 082-444135 Laman Web : www.ikmkuching.edu.my |
IKM KOTA KINABALU Lot. 4, Taman Perindustrian Kota Kinabalu, Km. 7, Jln. Sepangar, 88450 Kota Kinabalu, Sabah Tel : 088-490697 / 496645 Faks: 088-497512 Laman Web : www.ikmkk.edu.my |
IKM BINTULU Lot 957, Jalan Bintulu Sibu Blok 37 Kemena Land District Bintulu, Sarawak Te l: 086-311313 / 086-334122 Faks: 086-316633 Laman Web : www.ikmbintulu.edu.my |
Sejarah Penubuhan IKM Perlis
Institut Kemahiran MARA, BESERI Perlis telah
ditubuhkan pada tahun 1993. Ia dibina di atas sebidang tanah seluas 45
ekar dan terletak 15km dari bandar Kangar.
Pengambilan pertama pelatih
seramai 77 orang telah dibuat pada sesi Julai-Disember 1993, melibatkan
pelatih daripada jurusan Elektronik, Elektrik, Marin, Penyejukbekuan
& Penyamanan Udara dan Kimpalan & Fabrikasi. Bermula tahun 2001,
2 kursus lagi dijalankan iaitu kursus Mekatronik dan Automobil.
Kursus
yang ditawarkan di sini ialah pada tahap sijil teknologi. Mulai sesi
Julai 2006, 5 kursus telah dinaiktaraf kepada sijil kejuruteraan (setara
dengan politeknik) dan 4 kursus lagi masih dikekalkan kepada sijil
teknologi. Senarai sijil yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
- Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri)
- Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Instrumen)
- Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
- Kejuruteraan Mekatronik Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri)
- Kejuruteraan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
- Kejuruteraan Automobil
- Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi
- Teknologi Kejuruteraan Marin
Sehingga
kini IKM Beseri mempunyai sebuah bangunan intergrasi yang merangkumi
blok pentadbiran dan dewan theatherade, tiga belas blok bengkel
teknikal, tiga buah blok asrama (lelaki dan wanita), sebuah dewan
serbaguna, surau, dewan makan, perpustakaan dan beberapa gelanggang
sukan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen