Terima Kasih Bomba Malaysia
7,000 bomba bertugas menjelang raya
Gambar Pasukan Balai Bomba Dan Penyelamat Kuantan Bermotor
helmet merah....anggota RIM
Kemalangan jalan raya yang berlaku pada 03hb Julai 2011
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ada pelajar saya berminat menceburi kerjaya sebagai Pasukan Bomba dan peneylamat. Terima kasih kepada Pasukan Bomba dan penyelamat, ketika orang lain bercuti hari raya, anda sanggup korbankan masa ria bersama sanak saudara demi tugas dan amanah yang dipikul.
Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 4 Ogos 2013, seramai 7,000 bomba bertugas menjelang raya. Tahun ini hanya 30 peratus anggota bomba dan penyelamat yang akan bercuti (Aidilfitri) manakala bakinya bertugas di 267 buah balai dan di lebuh raya.
Terima kasih kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat bertugas yang kadang kalanya, memperjudikan nyawa sendiri!
Sempena musim perayaan ini, pastikan kenderaan yang digunakan untuk perjalanan balik ke kampung berada dalam keadaan selamat.
Buatlah pemeriksaan lebih awal dengan mengambil perhatian terhadap sistem brek kenderaan, tahap kehausan
bunga pada tayar, tekanan angin, fungsi lampu dan lain-lain komponen
penting pada kenderaan anda bagi mengelakkan berlaku kerosakan ketika
sedang dalam perjalanan.
Semoga semua pengguna jalan raya selamat sampai ke destinasi.
Sumber Gambar; Sila ke https://www.facebook.com/pages/Balai-Bomba-Dan-Penyelamat-Kuantan/110846989006372
7,000 bomba bertugas menjelang raya
BUKIT MERTAJAM 4 Ogos - Seramai 7,000 pegawai dan anggota bomba dan penyelamat di seluruh negara akan bertugas sempena Aidilfitri ini, termasuk di 16 lokasi plaza tol di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan.Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, kesemua mereka telah bersiap sedia bagi memberi bantuan sekiranya berlaku kecemasan.
"Tahun ini hanya 30 peratus anggota bomba dan penyelamat yang akan bercuti (Aidilfitri) manakala bakinya bertugas di 267 buah balai dan di lebuh raya.
"Bagi lebuh raya, kita akan menggunakan anggota peronda bermotosikal yang akan memantau di kawasan yang kerap berlaku kes kecemasan.
"Jika ada kecemasan, mereka akan melaporkan terus ke balai berdekatan malah respons terhadap kes kecemasan juga lebih cepat dengan peronda bermotosikal terutama jika berlaku kesesakan lalu lintas," ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Jalinan Mesra Bersama Pegawai dan Kakitangan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda di sini malam tadi.
Yang turut hadir ialah Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Azmi Tamat, pegawai dan kakitangan bomba serta pesara jabatan itu.
Pada majlis sama, Wan Mohd. Nor turut menyampaikan sumbangan kepada balu anggota bomba yang meninggal dunia akibat kemalangan iaitu Mohd. Fauzi Zainal selain Madrasah Al-Falah dan Darul Ulum.
nice entry..visit me back..http://randsomana.blogspot.com/search/label/lukisan.^_^
ReplyDelete